Dilanggar kerana tegur pemandu guna telefon
- Antara sedutan video yang dimuatnaik oleh Samuel Ayres ke laman YouTube.
SEORANG penunggang motosikal mendakwa dia dilanggar lari dengan sengaja oleh seorang pemandu kereta selepas dia menyuruh pemandu tersebut supaya tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu.
Menurut penunggang motor, Samuel Ayres, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dalam kejadian 26 Mac lepas di California, Amerika Syarikat.
Bila tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat, dia menyedari perbuatan seorang lelaki menggunakan telefon di dalam sebuah kereta jenis BMW.
Ayres kemudian bertindak menyuruh pemandu tersebut menghentikan perbuatannya itu kerana penggunaan telefon bimbit ketika memandu adalah dilarang.
Ayres kemudian meneruskan perjalanan namun tidak semena-mena dia dilanggar dari belakang oleh pemandu sama yang kemudian bertindak melarikan diri.
Ayres kemudian memuatnaik video rakaman kejadian tersebut pad 27 Mei lepas di mana hampir 1,500,000 pelayar mengecam tindakan merbahaya pemandu tersebut.
"Tidak kisah siapa yang salah dalam kes ini, anda tidak boleh menggunakan kereta sebagai senjata," kata seorang pelayar, Royal Jordanian.
"Ayres sudah cukup baik untuk menasihati pemandu tersebut, kenapa anda (pemandu) perlu langgar dia?" kata Zach.
Walau bagaimanapun, majoriti pelayar menyifatkan Ayres memang sengaja mencari pergaduhan dengan pemandu tersebut.
"Anda boleh dengar bunyi motor perlahan dan laju, jelas Ayres sedang lakukan provokasi terhadap pemandu tersebut selepas lampu isyarat," jelas Meef.
"Anda menunggang di tengah-tengah garisan di jalan raya. Itu bukan lorong motosikal!," kata Adam.
Difahamkan, kes tersebut berada di bawah siasatan pihak berkuasa California dan Ayres kini memerlukan bantuan kewangan untuk menampung bil perubatannya yang mencecah USD 5000 (RM18,400) akibat dilanggar lari
.
.
No comments:
Post a Comment