Nuffnang

Saturday, December 31, 2016

Perghhh !!! Kepala kemaluan kehitaman, keluarga tuntut penjelasan


HKL
HKL - Foto sumber internet
KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri menuntut Hospital Kuala Lumpur (HKL)
memberi penjelasan berhubung insiden kepala kemaluan anak lelaki mereka berusia
sembilan tahun  menjadi kehitaman dan rosak selepas rawatan.
Aliakbar Pakker Mohmad, 40, dan Rodziah Abdul Razak, 35, mendakwa kepala
kemaluan anak tunggal mereka menjadi kehitaman selepas beberapa hari menjalani prosedur penyambungan selepas putus akibat terpotong ketika berkhatan di sebuah klinik di Jalan Ipoh 15 Disember lalu.
Menjelaskan lanjut mengenai insiden berkenaan, Aliakbar memaklumkan, pada hari
kejadian dia dan isteri membawa anak mereka ke klinik berkenaan untuk bersunat melalui
 kaedah gunting."Bagaimanapun kami dimaklumkan oleh doktor yang bertanggungjawab menjalankan prosedur sunat itu bahawa keseluruhan kepala kemaluan telah terpotong secara
tidak sengaja.
"Doktor tersebut mengaku bertanggungjawab terhadap insiden tersebut dan memaklumkan
mereka telah mencantumkan sementara kepala kemaluan itu sebelum dibawa ke sebuah
hospital swasta untuk mendapatkan rawatan kecemasan," jelasnya.
Menurutnya, setibanya di hospital swasta berkenaan, mereka kemudiannya diarahkan
ke HKL untuk menjalani pembedahan penyantuman semula susulan ketiadaan pakar.
"Pakar di hospital itu memaklumkan seluruh kepala kemaluan terputus dan menulis surat
rujukan kepada pihak HKL, sebelum anak dirujuk ke bahagian Urologi ,"jelasnya.
Bagaimanapun terang Aliakbar selepas beberapa hari menjalani operasi penyambungan,
seluruh bahagian kepala kemalun yang dicantum menjadi kehitaman pada 27 Disember lalu.
Sementara itu melalui peguam P Uthayakumar berkata, satu surat rasmi telah dihantar
kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengarah HKL, Datuk Dr Zaininah Mohd Zain kelmarin bagi mendapatkan
laporan perubatan kanak-kanak tersebut.
"Kami bagaimanapun dimaklumkan oleh setiausaha mereka tidak boleh menemui kami atau
 memberi penjelasan mengenai perkara tersebut hari ini," katanya.
Uthayakumar berkata, insiden yang menimpa kanak-kanak tersebut adalah sesuatu yang
sangat serius dan tidak pernah berlaku yang memerlukan rawatan pakar dengan segera.
"Sekiranya HKL tidak mempunyai kepakaran dan peralatan sesuai untuk menjalankan
prosedur tersebut, mereka sepatutnya mendapatkan bantuan daripada pihak Baitulmal untuk menghantar kanak-kanak tersebut menjalani rawatan di Arab Saudi atau Singapura yang
mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut," katanya.
Sementara itu, ibu kanak-kanak malang tersebut Rodziah berharap masih ada sinar untuk
 anaknya pulih dan normal seperti orang lain.
"Dia satu-satunya anak kami. Saya masih meletakkan segunung harapan agar masih ada
jalan untuk anak saya pulih dan menjadi lelaki normal seperti orang lain," katanya sambil
menyeka air mata.
Rodziah berkata, buat masa sekarang anaknya masih belum mengerti mengenai kejadian
yang menimpa dirinya namun beliau khuatir perkara itu akan menjadikan anaknya trauma
kelak.Dalam pada itu difahamkan Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan satu kenyataan
media sebagai maklum balas insiden berkenaan.

Friday, December 30, 2016

Perghhh ::: Jamal serbu pusat judi Ampang pula


Jamal serbu pusat judi Ampang pula
Kapsyen:Jamal bersama pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas. - Foto Ihsan BERITA HARIAN ONLINE
AMPANG JAYA - Pengerusi Gerakan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos bersama pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis perjudian di Taman Kosas, di sini, sebentar tadi.
Memetik laporan Berita Harian, serbuan itu dibuat jam 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Difahamkan, serbuan itu telah mengejutkan beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai.
Sebelum ini, Jamal melakukan serbuan ke atas beberapa premis perjudian yang dikesan wujud di sekitar Sekinchan.
Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.
"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya.

Thursday, December 29, 2016

Menyamun di Lampu Isyarat, 2 Penyamun Parah Dipercayai Selepas Dikejar & Dilanggar Mangsa




PETALING JAYA, 28 Dis: Seorang wanita dipercayai bertindak nekad melanggar motosikal yang dinaik oleh dua penyamun dengan kereta yang dipandunya sejurus dia disamun ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat berhampiran Evolve Mall di Ara Damansara awal pagi tadi.

Kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 3.30 pagi.

Mangsa, yang memandu kereta jenis Volkswagen Bettle secara bersendirian dikatakan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu sebelum datang sebuah Kawasaki Ninja berhenti di sebelah kiri keretanya.

Sebelum lampu isyarat bertukar hijau, tiba-tiba salah seorang dari dua suspek memecahkan cermin tingkap di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan mengambil beg komputer riba mangsa sebelum melarikan diri.

BH Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang berang kemudian mengejar motosikal suspek.

"Mangsa dipercayai berjaya mengejar motosikal suspek dan seorang saksi yang juga pengawal keselamatan yang sedang bertugas di premis berhampiran terdengar dentuman kuat.

"Pengawal terbabit kemudian dengar suara wanita menjerit 'perompak' sebanyak tiga kali sebelum bergegas ke tempat kejadian dan nampak dua lelaki jatuh daripada motosikal. Seorang daripada mereka cuba melarikan diri ke arah sebuah kantin di tapak pembinaan berhampiran," katanya.

Namun, pengawal keselamatan itu berjaya menangkap kedua-dua suspek sebelum menghubungi pihak polis.

"Kedua-dua suspek yang cedera parah dalam kejadian itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan, manakala mangsa tidak cedera.

"Suspek adalah lelaki tempatan dan masing-masing berusia 26 tahun. Semakan mendapati mereka berdua mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Subhanallah : Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh

Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh

Lima kisah ajaib ketika tsunami Aceh
Kubah Masjid Al-Tsunami yang hanyut oleh gelombang tsunami Aceh.
PADA tarikh ini, 26 Disember tahun 2004, Aceh dilanda gempa bumi besar, di susuli
dengan bencana tsunami yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban dan akibat daripada
 bencana itu.
Sejak itu, Aceh telah menjadi sebuah tempat yang diibaratkan 'seperti padang jarak padang
tekukur'.Ya kini, 12 tahun peristiwa itu berlalu, namun kisahnya masih meniti di bibir kita

(Video) Anjing Berani Sanggup Sabung Nyawa Temani Pasangan di Landasan Selama 2 Hari,

(Video) Anjing Berani Sanggup Sabung Nyawa Temani Pasangan di Landasan Selama 2 Hari, Biarpun Keretapi Lalu Diatas Mereka

Seekor anjing berani sanggup merisikokan nyawa bagi menemani pasangannya yang tercedera dan tidak dapat bergerak dari landasan keretapi.

Anjing jantan yang dinamakan Panda, menemani Lucy selama dua hari dan enggan meninggalkan pasangannya itu biarpun mengetahui landasan keretapi itu berbahaya.

Wednesday, December 28, 2016

Perghh !!! Pemandu potong barisan tunjuk isyarat lucah


 Pemandu potong barisan tunjuk isyarat lucah
Salinan paparan tweet yang viral hari ini
FOTO seorang pemandu lelaki yang didakwa memotong barisan di sebuah hentian tol dan dirakam menunjuk isyarat lucah kepada pemandu lain viral di Facebook hari ini.
Foto tersebut telah dimuatnaik oleh seorang pelayar di laman Twitter, empat jam lepas.
"Lelaki tak ada adab. Orang lain dah beratur panjang sampai jem dekat belakang dia terus masuk line depan. Kena hon then cari gaduh," kata pelayar tersebut bersama tiga foto yang menunjukkan muka pemandu terbabit dan no plat kenderaannya jenis Myvi berwarna kelabu.
Susulan itu, akaun Twitter Polis Diraja Malaysia, @PDRMsia menggalakkan pelayar terbabit supaya membuat laporan polis.
"Salam hormat, anda diminta tampil di mana2 balai berhampiran utk membuat laporan agar tindakan lanjut dapat diambil. Terima kasih," kata @PDRMsia.

Subhanallah !!!!Besarnya kuasa ALLAH



ā€˜Besarnya kuasa ALLAHā€™
Bangunan Wakaf Darul Quran yang terletak di Kampung Sungai Siapu.
MERSING - Bermula dengan mengajar mengaji al-Quran dan mukadam di rumah kepada anak-anak di kampungnya, pasangan suami isteri ini nekad meneruskan usaha murni itu hingga berdirinya Wakaf Darul Quran pada April tahun lalu.
Pengasasnya, Mohd Fauzi Ismail, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Fauzi berkata, berkat bantuan rakan dan penduduk setempat, akhirnya murid-muridnya kini lebih selesa ketika mengaji.
“Mulanya saya dan isteri (Suhailah Abd Aziz, 41) mengajar ngaji di rumah mertua di Kampung Sungai Siapu, tapi lama-kelamaan rumah makin sesak sebab semakin lama murid semakin ramai.
“Saya suarakan kepada rakan-rakan yang terdiri dari golongan profesional dan teknikal di Johor Bahru, di mana saya beri kuliah falaq mengenai perkara itu. Alhamdulillah... mereka hadiahkan kami kabin seluas 20x40 siap pasang dan ‘wiring’,” katanya kepada Sinar Harian.
Namun, lama-kelamaan kelas berkonsepkan kabin itu juga tidak muat sehingga timbul idea untuk membina wakaf.
“Kita bina empat wakaf berdekatan kabin untuk kelas mengaji. Baru-baru ini dalam satu program Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), kita terima dua lagi wakaf,” katanya sambil melahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan pihak berkenaan.
Bukan sahaja kelas mengaji, murid di sini juga diajar bacaan dalam solat dan azan, selain solat Maghrib serta Isyak berjemaah.
Di sini juga, ramai golongan dewasa yang turut serta belajar mengaji terutama selepas waktu bekerja.
Meskipun tiada pendapatan tetap setiap bulan, operasi Wakaf Darul Quran tetap berjalan sehingga hari ini dengan meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada ALLAH SWT.
Menurut Ustaz Fauzi, murid di situ dikenakan yuran RM15 sebulan, namun tidak semuanya mampu membayarnya.
“Kebanyakan orang kampung di sini susah, kalau 10 orang mungkin seorang je mampu bayar. Tapi besarnya kuasa ALLAH, tak pernah sehari kita berhenti operasi.
“Kita tak ada pendapatan mahupun bantuan tetap setiap bulan. Semuanya kita bergantung kepada ALLAH.
“Saya tak tahu dari mana datangnya duit, Alhamdulillah ada rezeki untuk kita bayar upah guru-guru, bil utiliti dan sebagainya. Kos operasi mencecah kira-kira RM8,000 hingga RM10,000 sebulan,” katanya.
Kini, Wakaf Darul Quran yang beroperasi enam hari seminggu dari jam 2 petang hingga 9 malam itu mempunyai 15 guru dengan 250 pelajar bermula dari usia 4 tahun.
Sebarang bantuan boleh dihulurkan melalui akaun Bank Islam Wakaf Darul Quran 01096010021767 atau hubungi Ustaz Fauzi di akaun Facebook-Imam Fauzi.

Monday, December 26, 2016

Jamal: Teguran Sultan khas untuk MB



    Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos
    Jamal.
    SABAK BERNAM - Teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mahu tindakan diambil terhadap segelintir pihak yang mencetuskan kekacauan dengan berselindung di sebalik nama NGO di negara ini ditujukan khas kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
    Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Mohamed Azmin perlu lebih jujur dan amanah dalam mentadbir negeri ini.
    “Jangan menggunakan NGO untuk kepentingan atau pun menutup kelemahan beliau sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
    Jamal menegaskan, Sultan Sharafuddin berasa agak gusar dan mungkin berasa dukacita dengan perkembangan yang berlaku sejak kebelakangan ini.
    “Kalau dilihat kumpulan daripada pihak pembangkang ini yang terang-terang membuat demonstrasi menggunakan NGO... mereka ini terdiri daripada kalangan pakatan pembangkang seperti DAP, Amanah, Bersatu dan lain-lainnya.
    “Teguran ini saya anggap adalah wajar kerana mereka telah bertahun-tahun menganjurkan demonstrasi haram daripada penganjuran Bersih yang bermotifkan politik semata-mata,” katanya.
    Situasi itu, ujar beliau, sudah pasti  mendapat respons daripada politik parti lawan yang lain.
    “Selepas BN diberikan kepercayaan sekali lagi oleh rakyat untuk memerintah negara ini pada pilihan raya umum lalu, mereka ini berterusan mengadakan kempen demonstrasi membantah pentadbiran kerajaan sedia ada,” katanya.
    Sementara itu,Pengerusi Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Zon 07 Puncak Alam, Mohd Razib Mohd Talib berkata, mana-mana NGO yang dikenal pasti jelas membawa haluan kiri wajar dikenakan tindakan.
    Menurutnya, cukup bahaya NGO yang dilihat secara zahir ini lebih ke arah menjatuhkan sesebuah pemerintahan dengan niat tanpa selindung dan menjadi 'hantu' kepada mana-mana parti politik sehingga menjejaskan amalan demokrasi negara.
    “Hasutan terbuka dalam mana-mana laman web dan kalau mereka betul-betul ingin pemerintahan yang bersih, lebih baik gunakan saluran yang betul dan tunggu saja masa pilihan raya umum nanti.
    “Bukan semua NGO ni tak betul. tapi yang penting, kita perlu sokong mana-mana NGO yang tidak berniat menggadaikan negara kita ini dan mempertahankan maruah bangsa, agama dan keamanan,” katanya.
    Mohd Razib berkata tidak menjadi masalah sekiranya NGO berpaksikan pada undang-undang negara dan tidak melanggar akta hasutan tetapi pihak berkuasa wajar bertindak tegas jika mereka ada niat yang terselindung dan dibayar untuk tujuan itu.
    “Sebagai contoh, dalam kalangan penduduk sendiri ada yang jenis suka sembang kosong saja di kedai kopi dan menjadi wakil tidak dilantik untuk menyebarkan viral tidak betul...ini lebih bahaya sebenarnya kerana terlalu percayakan fakta tidak berasas.
    “Bagi saya, semua pihak bertanggungjawab dan pihak berwajib boleh batalkan NGO yang jelas memecahbelahkan perpaduan negara,” katanya.

    Ronaldo Tampil Bantu Mangsa Aleppo, Sampaikan Pesanan Menerusi Satu Video Ringkas


    HOME · SAFE · SEMASA · SUKAN · UTAMA



    Kongsikan di




    London - Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo tampil memberi sumbangan kepada mangsa peperangan di Aleppo.

    Sumbangan yang diberikan oleh pemain Portugal itu akan diberikan dalam bentuk makanan, pakaian dan ubat-ubatan kepada keluarga di Aleppo, kata Save the Children pada Jumaat.

    "Ini adalah untuk anak-anak di Syria", kata Ronaldo dalam satu video yang dimuat naik di akaun sosial medianya semalam.

    "Kami tahun kamu semua telah menderita selama ini. Saya mungkin pemain yang terkenal, tapi kamu adalah hero sebenar. Jangan hilang harapan. Dunia bersama kamu. Kami ambil berat terhadap kamu. Saya bersama kamu.

    Pengarah Save the Children, Nick Finney dalam satu kenyataan berterima kasih atas sumbangan pemain terbaik dunia itu.

    "Sumbangan Ronaldo akan bantu kami untuk membantu kanak-kanak dari Aleppo dan di Syria yang mengalami penderitaan yang tidak sepatutnya ditempuh oleh kanak-kanak

    "Ronaldo bukan sahaja ikon sukan berpengaruh, tetapi turut menjadi harapan kepada berjuta-juta kanak-kanak di seluruh dunia - dan harapan adalah apa yang kanak-kanak di Syria perlukan sekarang",katanya.

    Sumber: Si



    Saturday, December 24, 2016

    Wanita Masak Bunga Ros Untuk 'Abadi' Lamaran Kahwin


    Wanita Masak Bunga Ros Untuk 'Abadi' Lamaran Kahwin



    -foto Sina.com.cn
      (Ubah saiz teks)
    BEIJING: Demi mempertahankan saat-saat manis dilamar teman lelaki, seorang wanita di timur China telah menghasilkan sirap manis sendiri menggunakan 99 kuntum bunga ros yang dihadiahkan kepadanya ketika lamaran itu dibuat, lapor media Cina.

    Wanita di Hangzhou, wilayah Zhejiang itu menerima lamaran perkahwinan pada 9 Disember, tetapi mahu menyimpan memori indah itu lebih lama selepas melihat beberapa bunga kuntum bunga menjadi layu.

    Beliau memetik kelopak-kelopak bunga tersebut, mencucinya dan kemudian memasaknya bersama gula dan air, lapor Qianjiang Evening News.

    Wanita itu, yang nama penuhnya tidak diberikan, juga berharap dapat menggunakan bunga itu untuk membuat penkek bunga ros sendiri, snek popular di wilayah Yunnan di China, menurut laporan itu.

    Ibunya kemudian mempersoalkan sama ada bunga ros itu boleh dimakan dan beliau mengalihkan pertanyaan itu ke media sosial untuk mendapatkan nasihat.

    Akaun beliau telah dibanjiri dengan komen, pujian dan ada juga menjadikan tindakan beliau itu sebagai bahan jenaka.

    Laporan itu memetik pakar sebagai berkata bahawa mawar tidak boleh dimakan mentah kerana ia mungkin mengandungi racun perosak. -South China Morning Post

    Perghhh.. Bila Siti Nurhaliza tegur Jamal ,, Sudah 4 Hari Tak Mandi Ka

    Bila Siti Nurhaliza tegur Jamal
    Perkongsian Siti Nurhaliza di Instagramnya.
    GELAGAT Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang hanya hadir ke Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor semalam dengan hanya bertuala mencuri tumpuan penyanyi tersohor negara.
    Datuk Siti Nurhaliza Taruddin menerusi laman Instagram miliknya dalam nada berseloroh turut menegur tindakan Pengerusi Gerakan Baju Merah itu.
    "Jangan jadi macam jamal ye.. #kawasansayapuntakdeair #dapatnotis #sediatongair #fahambahasa #Repost @yasinsulaiman
    "Jamal dah 4 hari tak mandi. Mintak jasa baik MB tumpang mandi kat opis SUK #lol", tulisnya lagi.
    Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Jamal yang hadir ke SUK semalam menyatakan kehadirannya itu dengan berpakaian tuala mandi sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang gagal mengurus masalah air di negeri ini.
    [ARTIKEL BERKAITAN: Jamal bertuala, mahu tumpang mandi di pejabat MB]
    [ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara bawa sebotol air ke rumah Jamal]
    “Saya cuma datang untuk menumpang mandi, sudah empat hari saya tidak mandi kerana ketiadaan air di rumah.
    “Lagipun, saya bukannya datang untuk membuat demo baju merah ataupun bawa senjata, jika tidak boleh di pejabat MB, di tingkat bawah pun jadilah,” katanya ketika ditemui di hadapan pagar pejabat SUK Selangor.
    Beliau yang tiba kira-kira jam 9.40 pagi itu berhasrat untuk mandi di pejabat Menteri Besar dan menunggu hampir 45 minit sebelum beredar dari kawasan SUK.
    Sementara itu, teguran Siti itu selepas 20 jam lalu dimuat naik telah mendapat 16.5 ribu likes dan lebih 1,400 komen

    Thursday, December 22, 2016

    Perghh !!! Kapal terbang Pun Boleh Ketawa Ya..





    Kalau lihat satu persatu gambar ini kelihatan seolah olah macam ketawa ya


    Perghhh !!! Isu Air: Jamal Bertuala Ke SUK Selangor



    Isu Air: Jamal Bertuala Ke SUK Selangor




    SHAH ALAM: Pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos, hadir ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, dengan memakai tuala sebagai tanda protes terhadap kerajaan negeri berkaitan isu gangguan bekalan air.
    Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, turut membawa bersama gayung, berus gigi dan alatan mandian lain.
    Bagaimanapun, beliau yang tiba di pintu utama bangunan itu pada pukul 9.40 pagi Rabu, dihalang daripada memasuki pusat pentadbiran kerajaan Selangor itu.
    Jamal memberitahu wartawan yang berada di lokasi bahawa beliau tidak mandi selama dua hari.
    "Saya hanya mahu menumpang mandi di sini.
    "Saya tidak faham mengapa mereka tidak benarkan saya masuk," katanya yang membidas pentadbiran negeri Selangor kerana gagal menangani masalah air.
    Ketika ditanya di mana beliau akan mandi selepas ini, Jamal berkata beliau bercadang untuk pergi ke KLCC ketika masih dalam keadaan bertuala.

    Cendol 'Abang Kacak' Jadi Tumpuan Di Ipoh







    Cendol 'Abang Kacak' Jadi Tumpuan Di Ipoh


     

    Peniaga cendol kacak M.Kelvinraj, 18, menyiapkan cendol untuk dihidangkan kepada pelanggan di gerainya yang terletak di Jalan Yang Kalsom, Ipoh. - BERNAMA








    IPOH: Dia baru beberapa jam saja memulakan operasi perniagaan, namun 'Cendol Abang Kacak' yang viral di laman sosial sejak Ahad lalu telah terjual lebih 100 mangkuk.
    Menggunakan motosikal roda tiga, M. Kelvinraj memilih Jalan Yang Kalsom sebagai lokasi utama menjalankan perniagaan Wawasan Cendol milik keluarganya sejak setahun lalu.

    Wednesday, December 21, 2016

    Trip sempoii Ke Koh Panyee, Phuket Thailand Part 1


    Sebelum ke Jetty Phang Nga

    Siunggah d Krabi

    Kedai Makan Di PhangNga , R n R

    Di atas Floting Football, Belakang masjid Koh Panyee


    Bersama Teman Se Riders


    Naik Bot Ke Koh Panyee

    Padang Bola Yang mempunya sejaranya tersediri

    Video  Klip Statik yang di  Ambil Semasa di Koh Pan yee 
    Lihat sini




    Huhu Dahsyattt : Senarai Nama Jutawan Boalasepak ,Tevez Bakal Terima Gaji Paling Mahal Di Dunia






    Tevez mengangkat tangan kepada penyokong Boca Juniors selepas menjaringkan gol kedua ketika menewaskan Colon 4-1 pada 18 Disember 2016. - AFP


    MAKIN tua makin mahal! Itulah yang boleh digambarkan untuk bekas penyerang Argentina, Carlos Tevez yang bakal menjadi pemain paling mahal menerima bayaran gaji dalam kalangan bintang bola sepak.
    Penyerang berusia 32 tahun itu dilaporkan bersedia melengkapkan perpindahan ke China walaupun penyokong kelabnya, Boca Juniors merayu agar pemain kesayangan mereka untuk kekal bersama pasukan tersebut.
    Namun Tevez dilihat membuat lambaian penuh emosi kepada penyokong selepas membantu pasukannya menewaskan Colon 4-1 dalam saingan Liga Primera, Ahad.
    Lambaian itu memberi petunjuk bahawa bekas pemain West Ham, Manchester United dan Manchester City itu akan menyertai kelab Shanghai Shenhua di Liga Super China dengan menerima bayaran kira-kira 615,000 pound (RM3.43 juta) seminggu.
    Dalam perlawanan tersebut, Tevez yang menyumbat dua gol, dikeluarkan pada minit ke-90 sebagai peluang untuk menerima penghormatan daripada penyokong Boca Juniors yang memenuhi ruang stadium.
    Malah seorang penyokong menceroboh masuk padang dan melutut di depan Tevez dengan harapan dapat memujuk bintang kesayangan kelab itu agar membatalkan hasrat ke China.
    Bagaimanapun, Tevez membalas rayuan penyokong itu dengan memberikan pelukan sebelum beredar dari padang.
    Tevez menyertai Boca Juniors pada tahun lalu selepas beraksi bersama Juventus, menjadi pemain berprofil tinggi yang menerima bayaran lumayan di China.
    Tevez menyertai bintang Chelsea, Oscar yang melengkapkan perpindahan bernilai 60 juta pound (RM335 juta) untuk menyertai kelab Shanghai SIPG pada minggu lepas.


    Berikut adalah senarai 10 pemain bola sepak yang menerima gaji paling mahal:
    1. Carlos Tevez (Shanghai Shenhua) RM3.43 juta seminggu/per week RM178.6 juta setahun
    2. Oscar (Shanghai SIPG) RM2.23 juta seminggu/RM116.2 juta setahun*
    3. Cristiano Ronaldo (Real Madrid) RM2.03 juta seminggu/RM106.1 setahun**
    3. Lionel Messi (Barcelona) RM2.03 juta seminggu/RM106.1 setahun**
    5. Gareth Bale (Real Madrid) RM1.93 juta seminggu/RM100 juta setahun**
    6. Hulk (Shanghai SIPG) RM1.77 juta seminggu/RM92.1 juta setahun
    7. Paul Pogba (Manchester United) RM1.62 juta seminggu/RM83 juta setahun
    8. Neymar (Barcelona) RM1.61 juta seminggu/RM83 juta setahun**
    9. Graziano Pelle (Shandong Luneng) RM1.45 juta seminggu/ RM75.4 juta setahun
    9. Wayne Rooney (Manchester United) RM1.45 juta seminggu/ RM75.4 juta setahun
    *Perpindahan dilengkapkan pada Januari
    **Anggaran jumlah sebelum cukai.

    Tuesday, December 20, 2016

    Kesian !! Terpaksa Mencuri Untuk Anak-Anak


    Antara barangan yang dicuri suspek | Foto - Harian Metro
    JOHOR BAHRU - Seorang tukang masak di sebuah jabatan kerajaan ditahan selepas didapati mencuri makanan dan berangan bernilai RM415.06 di pasar raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah, semalam, lapor Harian Metro
    Barang-barang yang dicuri oleh bapa kepada tiga orang anak itu adlaah, makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking. 
    Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran bagi barangan yang ditemui bersamanya. 
    Difahamkan, suspek pergi ke pasar raya tersebut bersama dengan anak lelaki sulung yang berusia tiga tahun. Melihat suspek dalam keadaan yang mencurigakan, lalu pengawal keselamatan pasar raya menghampiri dan meminta suspek mengemukakan resit pembayaran. 
    "Suspek gagal menunjukkan resit pembelian menyebabkan pengawal keselamatan berkenaan terus membawa suspek kepada pihak pengurusan. Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barang tanpa membuat sebarang pembayaran," katanya. 
    Hasil siasatan awal mendapati, suspek mengaku mencuri kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua barangan tersebut. Suspek juga mendakwa dia perlu membeli barangan sekolah untuk anaknya. 
    "Kita masih jalankan siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan," katanya. 
    Suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan. - 

    Monday, December 19, 2016

    Perghhh !!!! Cara Kreatif Elak Saman Trafik










    BEIJING: Sebilangan pemandu kenderaan berat di China bertindak kreatif termasuk sanggup membayar orang awam untuk berdiri dan berpaut di hadapan kenderaan mereka bagi tujuan menutup nombor plat demi mengelak saman trafik.

    Polis di Liujiang dalam wilayah Guangxi berkata, mereka berhadapan 15 kes sepanjang tahun ini membabitkan tindakan pemandu cuba menutup nombor kenderaan mereka dengan pelbagai cara, demikian lapor Nanguo Today News.

    Selain itu terdapat juga pemandu yang menggunakan kertas, CD serta alat kawalan juah bagi menutup atau menukar nombor pendaftaran kenderaan mereka.

    Sebahagian daripada jalan yang menghubungkan Liuzhou dan daerah-daerah berdekatan digunakan oleh kenderaan berat.

    Sehubungan itu bagi mengelak kesesakan, pihak berkuasa memperkenalkan jadual masa perjalanan mengikut angka pada nombor pendaftaran.

    Ini bermakna hanya kenderaan dengan nombor tertentu dibenarkan menggunakan laluan berkenaan pada satu-satu masa.

    Bagaimanapun kebanyakkan pemandu kenderaan berat cenderung untuk melanggar jadual perjalanan tersebut khususnya pada waktu malam.

    Perghh..Akibat Ketelanjuran Kata Kata D FB ..Faiz Bakal D Panggil PDRM


    Akui Ketelanjuran Kata, Mohd Faiz Tampil Memohan Maaf Kepada Yang Di Pertuan Agung Dan Rakyat Malaysia


    Kongsikan di



    Sejak pagi tadi menjadi viral di laman sosial keratan penulisan di facebook mendakwa seorang lelaki telah menghina Yang Dipertuan Agung, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

    Penulisan beliau itu membuatkan ramai rakyat Malaysia berang dan mengecam tindakan beliau.

    Mengakui akan ketelanjuran katanya dalam media sosial, lelaki berkenaan, Mohd Faiz telah tampil memohon maaf kepada YDPA dan seluruh rakyat Malaysia.



    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

    Ingin diakui keterlanjuran kata dan bahasa diri ini dalam menyampaikan buah fikiran saya didalam media sosial ini, dengan merujuk kepada posting fb yg sebelum ini tentang kuasa YDPA dan Institusi Majlis Raja-raja.

    Saya merafak sembah dan memohon maaf kepada YDPA dan sekalian rakyat Malaysia atas kenyataan yang dilihat menyinggung. Posting itu dihiasi dengan semangat anak muda yang inginkan perubahan kearah Malaysia yang lebih baik.

    Langsung tiada niat diri ini menghina YDPA dan institusi Raja-Raja, adapun cuma mahu melihat kuasa Majlis Raja-raja diperkukuhkan dalam menjaga institusi Islam dan melayu di Malaysia ini. Itulah yang dimaksudkan dengan Kesalehan Sosial yang saya suarakan sebelum ini. Institusi Raja bukan sahaja Soleh Spiritual, malah Soleh Sosial (dengan maksud mempunyai peranan dan tanggungjawab sosial).

    Negara unggul yang kita impikan tentunya Negara yang membahagiakan dan sekaligus membanggakan. Atas dasar itu lah, peranan YDPA dan Raja-Raja serta institusi islam lainnya dapat berfungsi dengan baik.

    Dalam menyemangati hubungan Raja-Rakyat, haruslah kita meneladani janji antara Demang Lebar Daun (rakyat) dan Seri Teri Buana(raja) , berkenaan kesetiaan Melayu yang bersyarat dan bersyariat. Kata Demang Lebar Daun ,

    "Seperkara lagi. perjanjian patik mohonkan anugerah ke bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu itu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan janganlah ia difadihatkan. dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh,tuanku; jangan tuanku aibi".

    Demang lebar Daun memberikan taat setia kepada Seri Teri Buana, yang dibalasnya dengan ;

    "Hendaklah oleh segala anak cucu hamba, jikalau ada salahnya sekalipun, atau zalim jahat pekertinya,jangan segala hamba Melayu itu derhaka dan menitikkan darahnya ke bumi, jikalau mereka itu akan cedera, berundur hingga takluk negerinya juga."

    Inilah waad (perjanjian) taat-setia rakyat kepada Rajanya , bersendikan syariat. Pantang anak Melayu itu dinista dan dikeji tanpa sebab. Adapun pantang juga anak melayu itu dipuja melambung-lambung tanpa sebab. Kita tidak mahu nama Agong itu fungsinya dilihat secara literal pada namanya, Contohnya jika dia seorang guru, dia bukan hanya digurukan, malah bibapakan, dimurabbikan, dimentorkan. Kita tidak mahu nama Agong itu hanya tinggal di Agung agungkan, tanpa sebarang peranan yang besar.

    Sebolehnya saya mahu mengelakkan salah faham yang berpanjangan atas posting saya yang sebelum ni. Dan mahu melihat negara ini bersama semua pemimpin dan rakyat terus hidup makmur semakmurnya dan sebahagianya.

    Wallahualam
    Mohd Faiz
    17 Disember 2016

    - Siakapkeli.my

    Sunday, December 18, 2016

    Jakim perjelas isu coklat Kit Kat ada alkohol



      Jakim perjelas isu coklat Kit Kat ada alkohol
      Facebook Bahagian Hab Halal, Jakim.
      SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), memperjelaskan coklat jenama Kit Kat keluaran Nestle yang didakwa mengandungi alkohol memang wujud dan terdapat di pasaran, namun bukan di pasaran dan dikilangkan di Malaysia sepertimana yang diviralkan di media sosial.
      Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, menyatakan dalam hal ini, Jakim tidak akan mengeluarkan pengesahan halal untuk produk yang jelas menggunakan alkohol.
      "Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Nestle yang dikilangkan di Malaysia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.
      "Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat," jelas kenyataan Jakim, hari ini.
      Oleh itu, pihak Jakim menasihati orang ramai supaya menyemak dahulu sebarang sebaran cerita sebelum menyebarkan kepada orang awam.
      "Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut," jelas kenyataan itu lagi.
      Dalam pada itu, pengguna juga dinasihatkan untuk merujuk logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim dalam melakukan pembelian produk luar negara.
      Jelas pihak Jakim, sehingga kini, Jakim telah mengiktiraf 56 badan dan logo halal luar negara.
      "Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran dan logo halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim bolehlah di semak di  www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim," jelas kenyataan itu.
      Sebelum ini, viral di media sosial bahawa coklat Kit Kat Nestle di dakwa mengandungi alkohol dan telah dipasarkan di Malaysia.

      Kanak-kanak cuba terjun bangunan diselamatkan


      Bomba
      Bomba
      KUALA LUMPUR - Seorang kanak-kanak yang ditinggalkan bersendirian di rumah dan dipercayai cuba terjun dari kediaman keluarganya di tingkat tiga sebuah flat di Pandan Mewah di sini, sempat diselamatkan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
      Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kanak-kanak lelaki berusia lingkungan sembilan tahun itu dilihat cuba terjun dari belakang rumahnya setelah mencampakkan beg berisi pakaian ke bawah bangunan flat berkenaan kira-kira 10.30 pagi ini.
      "Sepasukan bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pandan dikejarkan ke lokasi itu sebaik menerima panggilan kecemasan pada 10.34 pagi namun didapati pintu utama rumah itu berkunci serta tiada penjaga.
      "Bagaimanapun, pasukan penyelamat berjaya memasuki rumah berkenaan melalui pintu dan berjaya memujuk kanak-kanak terbabit sebelum dibawa turun," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
      Mohd Sani berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak itu tinggal bersendirian kerana keluarganya keluar bekerja.
      Beliau berkata, operasi tamat pada 11.06 pagi dan kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Bernama

      Saturday, December 17, 2016

      Friday, December 16, 2016

      Baru ada Akal , Suri Rumah Tulis 'Babi' Didenda RM100




      Suri Rumah Tulis 'Babi' Didenda RM100

      Tan berjalan keluar dari bilik mahkamah selepas dia didenda kerana menulis perkataan 'babi' di kertas saman.


      JOHOR BARU: Suri rumah berusia 53 tahun yang menulis perkataan 'babi' pada kertas saman trafik didenda RM100 di Mahkamah Majistret di sini.

      Tan Yeoh Foong mengaku bersalah melakukan perbuatan itu itu apabila pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias pada Khamis.

      Yeoh Foong didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100.

      Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Tun Abdul Razak kira-kira pukul 8.55 malam pada 13 Disember.

      Tertuduh diwakili peguam Chuah Shyue Chien.

      Dilaporkan bahawa wanita itu ditahan selepas menulis 'babi' pada kertas saman polis yang telah dikeluarkan kepadanya.

      Dia sebelum ini telah mengingkari peraturan lalu lintas apabila menghalang laluan trafik.

      Thursday, December 15, 2016

      Saya Mahu Ketenangan..Beri kami masa dan ruang privasi'


      LPT2 berdarah: Lima maut, lima parah
      LPT2 berdarah: Lima maut, lima parah
      KUALA TERENGGANU - Anggota keluarga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Pantai Timur Fasa II (LPT2) meminta supaya diberikan masa dan ruang untuk mereka bertenang sehingga keadaan benar-benar reda.
      Mohd Aziruddin Majid, adik ipar Mahani Ngah yang meninggal dunia bersama lima yang lain berkata mereka memerlukan sedikit masa untuk bertenang dan menghadapi situasi tersebut memandangkan semua anggota keluarga terutama mangsa yang terlibat masih lagi trauma.
      "Sekarang ni semua mangsa masih lagi trauma, terutamanya suami Mahani (Ahmad Nasal Abd Rahman)...jadi buat masa sekarang eloklah kalau semua pihak tidak mengganggu keluarga kami terutamanya mangsa yang terlibat.
      "Bila ada pihak yang berjumpa dan bertanya berkaitan kejadian tersebut kepada mangsa, ianya akan menimbulkan kembali trauma. Semalam pun, ramai yang tanya hal kejadian dengan Ahmad Nasal sehinggakan beliau jadi semakin trauma dan menangis-nangis mengenangkan kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
      Mohd Aziruddin berkata Ahmad Nasal, 52, yang merupakan pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) semasa kemalangan maut itu sudah dibenarkan keluar dari Hospital Kemaman petang semalam.
      Tiga lagi anaknya Quratul Ain, 14, Ahmad Shakir, 12, dan Ahmad Mukriz, 3, yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dilaporkan semakin stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
      "Alhamdulillah, Ahmad Nasal dah dibenarkan pulang...pagi tadi, kakak saya bagitahu kemungkinan Ahmad Shakir dan Ahmad Mukriz juga akan dibenarkan pulang hari ini manakala keadaan Quratul Ain juga semakin baik dan sudah mula dapat disuap bubur," katanya.
      Mohd Aziruddin berkata meskipun reda dengan kejadian tersebut, keluarganya memerlukan masa untuk menerima dugaan tersebut.   

      Wednesday, December 14, 2016

      Subhanallah Kalimah Allahuakbar Bergema Dalam Istana Negara Selepas Sultan Muhammad ke-V Ditabalkan Sebagai Agong ke-15

        


      Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara di sini.

      Antara perkara menarik berlaku di Istana Negara adalah ucapan Daulat Tuanku ditukarkan kepada Allahuakbar dan perkataan menggagungkan Allah itu boleh kedengaran di majlis istiadat tersebut.

      Sultan Muhammad V, 47, dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) pada Oktober lepas yang turut memilih Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.






      Posting Terbaik Minggu Ini

      Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

      Follow twitter

      Harga Minyak dan Logam Dunia

      Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung