Nuffnang

Sunday, January 31, 2016

Pregg ,Ibu sanggup Mendera Bayinya Secara Sensual di Laman Web

Ibu kantoi libatkan anak dalam pornografi
BUCHAREST - ROMANIA . Seorang ibu sanggup bertindak kejam dengan mendera bayi perempuannya secara seksual dan memuatnaik aksi perbuatannya itu ke sebuah laman web.
Memetik laporan Metro.co.uk, ibu kepada dua anak itu melakukan perbuatan tersebut demi mendapatkan habuan hampir £10,000 (RM 59,012.18).
Wanita tersebut akhirnya ditahan di Romania setelah Biro Siasatan Persekutuan (FBI) membocorkan maklumat tentang kegiatan wanita tersebut.
Ketika ditahan, wanita terbabit memberitahu bahawa bayinya yang berusia 11 bulan itu tidak akan terkesan dari segi mental kerana bayi itu masih kecil.
“Saya terlibat dengan dunia ini ketika saya masih mengandung dan selepas saya melahirkan anak saya, saya buat keputusan untuk libatkan dia dalam dunia saya.
“Ada klien saya yang meminta saya untuk melakukan ‘sesuatu’ kepada bayi saya dan mereka sanggup bayar dengan harga yang tinggi,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan portal berkenaan.
Difahamkan, pihak berkuasa Amerika Syarikat menemui bukti kukuh yang mengaitkan kesalahan wanita terbabit apabila menyiasat seorang lagi individu, Brandon Gresette atas dakwaan eksploitasi seksual dan pornografi kanak-kanak.
Wanita berkenaan bergerak aktif di sebuah laman web dengan menggunakan nama samaran dan dipercayai pernah menerima sejumlah transaksi wang daripada Gresette

TErkini Mufti. dari.... Puji Nyanyian Faizal Tahir D AJ ke 30 sebab..


Nampaknya walaupun Anugerah Juara Lagu 2015 memang dimenangi oleh Akim & The Majistret, tetapi persembahan yang merupakan 'juara' dimata mata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah lagu nyanyian Faizal Tahir.

Dalam satu kenyataan beliau di laman Facebooknya, Dr Asri mengucapkan syabas kepada Faizal kerana nyanyia yang dibawanya membawa mesej yang baik.

"Saya ucapkan syabas kepada Faizal Tahir kerana berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi," katanya.

Dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu(AJL30) itu, Faizal yang menyampaikan lagu Assalamualaikum dan memenangi tempat kedua di belakang Potret nyanyian Akim & The Majistret.

Tempat ketiga pula ialah Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu.

Assalamualaikum lahir daripada hasil ciptaan bersama Faizal dengan Mike Chan, Ezra Kong dan Audi Mok.

Faizal sebelum ini telah mendapat pujian Ikram Malaysia kerana yang aktif dengan misi kemanusiaan di seluruh dunia.



Tindakan Fiazal menyampaikan Assalamualaikum dengan memaparkan latar belakang gambar berjaya menyentuh hati penonton mengenai situasi pelarian Syria.

"Untuk pengetahuan anda, Faizal telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria (Ikram For Syria).

"Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya," kata pertubuhan itu di Facebook. Ppl

Saturday, January 30, 2016

Pemandu Lori Yang Hilang Di jumpai Selepas 4 Hari Menghilang

Selepas empat hari hilang mayat pemandu lori ditemui

KOTA BHARU - Selepas empat hari menghilangkan diri akhirnya mayat mangsa Mohd Sainuddin Wahab,37 ditemui di kawasan tali air ‎berhampiran dusun belakang kediaman ibunya di Kampung Machang, Bubuk Peringat di sini petang tadi.
Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.25 petang dalam keadaan sempurna dipercayai telah meninggal dunia lebih tiga atau empat hari lalu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh Mohd Rafain Mat Zin berkata,‎ setelah memperluaskan kawasan carian dengan bantuan anggota polis dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) akhirnya mayat mangsa ditemui.
"Kita serahkan kes ini kepada polis untuk tindakan lanjut‎,"katanya.
Dalam kejadian Selasa lalu mangsa dilaporkan hilang setelah tidak kembali ke kediaman ibunya selepas keluar ke belakang dusun berhampiran kawasan itu.
Ekoran kehilangan mangsa keluarganya membuat laporan polis dan gerakan mencari dijalankan melibatkan polis, bomba dan JPAM bagi mengesan mangsa.

Perghh !!! Mukhriz Dihalang Hadir MT Umno











Mukhriz Dihalang Hadir MT Umno






KUALA LUMPUR: Spekulasi penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah semakin bertiup kencang apabila beliau diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung.
Mukhriz tiba di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kira-kira pukul 3.05 petang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Namun beliau diarahkan untuk meninggalkan mesyuarat yang sedang berlangsung tidak lama kemudian.
"Mereka yang hadir tetapi tidak dijemput harus meninggalkan mesyuarat" antara arah yang dikeluarkan semasa mesyuarat tersebut.
Menurut beliau, arahan tersebut dikeluarkan Setiausaha Agung Parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Friday, January 29, 2016

Hancur digilis kerana lambat turun keretapi


Hancur digilis kerana lambat turun keretapi
Sedutan rakaman CCTV menunjukkan Kiran Devi terjatuh ke landasan sebelum digilis keretapi

MUMBAI - INDIA. Seorang wanita berumur 55 tahun hancur digilis selepas terjatuh ke landasan akibat keluar dari keretapi yang sedang bergerak semalam.
Menurut laporan India.com, Kiran Devi yang bersama-sama dengan keluarganya lambat turun dari kenderaan tersebut kerana mengemas barang.
Keretapi yang telah berhenti selama 10 minit tersebut kemudian mula bergerak dan Kiran cuba keluar fari gerabak dan menuju ke pelantar.
Nasib tidak menyebelahi Kiran apabila beliau terjatuh ke dalam ruang di antara gerabak dan pelantar, menyebabkan beliau digilis hingga hancur.
Kejadian tersebut telah dirakam oleh CCTV dan pihak pengendali kereta api masih melakukan siasatan
.

Misteri penumpang pengsan seorang demi seorang

Misteri penumpang pengsan seorang demi seorang
Petugas perubatan memeriksa penumpang pesawat penerbangan AA109 semalam.

KEFLIK - ICELAND. Misteri menyelubungi penerbangan AA109 milik American Airlines apabila seorang demi seorang penumpang jatuh sakit dan pengsan, semalam.
Menurut laporan New Zealand Herald, seorang kru penerbangan dan lima penumpang pengsan semasa penerbangan menuju ke Los Angeles, Amerika Syarikat.
Keadaan tersebut menyebabkan pesawat Boeng 777-300 tersebut terpaksa berpatah balik ke Iceland dan kapten pesawat mengisytiharkan 'kecemasan'.
Beberapa trak bomba dan petugas perubatan kemudian menyambut pesawat tersebut di lapangan terbang Heathrow manakala beberapa barangan milik penumpang dirampas untuk pemeriksaan.
Beberapa penumpang lain dilarang keras dari keluar dari pesawat sementara petugas paramedik melakukan pemeriksaan di dalam pesawat.
Sehingga kini, sejumlah enam kru pesawat dan dua penumpang dikenal pasti pengsan dan jatuh sakit.
Sementara itu, American Airlines gagal memberikan sebarang komen berkenaan kejadian berkenaan dan menyuruh orang awam dan media menunggu laporan paramedik.
Pesawat tersebut membawa 13 anak kapal semasa kejadian dan jumlah penumpang gagal dipastikan.

Thursday, January 28, 2016

Maksud Perjanjian TPPA Kebaikan & Keburukan Malaysia

Apa maksud perjanjian TPPA beserta kebaikan dan keburukan terhadap Malaysia. TPPA atau nama penuh Trans Pacific Partnership Agreement adalah perjanjian melibatkan 12 buah negara dalam bidang utama iaitu ekonomi. Perjanjian TPPA merangkumi perdagangan bebas melibatkan semua 12 negara yang terlibat. Dalam erti kata lain, ianya merupakan perjanjian perdagangan bebas antara Amerika Syarikat dan 11 rakan perdagangannya.
ttpa
Maksud Sebenar Perjanjian TPPA
TPPA adalah perjanjian terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA menjadikan kesemua 12 negara yang terlibat boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka.
Senarai Negara Terlibat Perjanjian TPPA
Melibatkan perjanjian antara Amerika Syarikat dan 11 buah negara antaranya adalah Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.
tpp-map
Kebaikan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
  • Memudahkan pasaran Malaysia memasuki pasaran luar negara
  • Mampu meningkatkan taraf ekonomi dan pendapatan rakyat
  • Duti import bagi hampir semua produk akan dihapuskan dibawah TPPA
  • Meningkatkan peluang pekerjaan di negara yang menyertai perjanjian TTPA
Infografik Kebaikan Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia
kebaikan
Keburukan Perjanjian TPPA Kepada Malaysia
  • Kos Ubatan Meningkat: Harga ubat akan menjadi lebih mahal kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara.
  • Syarikat Gergasi Monopoli: Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara.
  • Penindasan Pekerja Tempatan: Golongan petani terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini.
  • Perlindungan Harga Intelektual: TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.
  • Filem Lucah Tidak Boleh Dihalang: Tiada lagi penapisan filem kerana ianya sebagai halangan perdagangan bebas cukai.
Infografik Keburukan Perjanjian TPPA Terhadap Malaysia
kesan


Sumber: Maksud Perjanjian TPPA Kebaikan & Keburukan Malaysia | melvister.com 

Bekas pengurus D'Herbs dilepas tuduhan keluarkan wang

mahkamah
KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini melepas dan membebaskan bekas pengurus akaun pengasas produk kecantikan dan kesihatan D'Herbs daripada tiga pertuduhan mengeluarkan wang tunai daripada akaun bank milik pengasas syarikat itu, Julai tahun lepas.
Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Hasliani Hashim, 37, selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin memaklumkan pihaknya telah menerima representasi daripada tertuduh supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan.
Ahmad Zuhaini berkata pada masa sama pengadu, iaitu Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, yang merupakan pengasas produk D'Herbs, turut menarik balik kes itu."Berdasarkan arahan yang diberi daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan, pohon tarik balik ketiga-tiga pertuduhan ke atas tertuduh," katanya ketika kes itu disebut hari ini.
Pada 22 Oktober tahun lepas, Hasliani mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan mengeluarkan wang tunai melalui tiga transaksi menggunakan kad ATM Al Rajhi Bank milik Aliff Syukri, 28, berjumlah RM4,500, tanpa kuasa daripadanya.    
Hasliani didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Mesin ATM Al Rajhi, Setia City Mall, Setia Alam, di sini masing-masing pada pukul 2.27 petang, pukul 2.28 petang dan pukul 2.29 petang, 30 Julai lepas.
Bagi kesemua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM150,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, suami tertuduh, Dahlan Muh Darwis, 36, memberitahu pemberita bahawa Aliff Syukri menarik balik kes itu tanpa sebarang syarat.
"Saya memang berterima kasih banyak pada Datuk (Aliff Syukri) dengan penarikan balik kes ke atas isteri saya tanpa syarat. Saya memang terhutang budi dengan Datuk, memang tak boleh dibayar (dengan wang ringgit)," kata ahli geologi itu.
Sementara itu Hasliani pula kelihatan gembira serta tersenyum namun enggan ditemu bual dan hanya mengucapkan terima kasih. -Bernama

Jenazah Pelajar Malaysia Yang Maut Bermain SKI Di Bawa Pulang

Ski
KUALA LUMPUR - Jenazah Affiah Ariffin Hew, 23, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika bermain ski di Perancis dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Jumaat ini.
Menurut ibu saudara Affiah, Norhazlinda Madon, 39, jenazah Allahyarham Affiah dijangka tiba kira-kira 5 petang, waktu Malaysia.
"Saya tidak pasti waktu bila penerbangan dari sana (Perancis) berlepas namun dimaklumkan ibu Affiah, jenazah akan tiba di sini dalam pukul 5 petang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Katanya, selepas disembahyangkan, jenazah akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini, untuk dikebumikan. 
Sementara itu, kenalan keluarga Affiah yang juga pelajar di Nice, Abdul Aziz Asmuni, 23, berkata urusan dokumentasi untuk membawa pulang jenazah ke tanah air kini berjalan lancar.
"Setakat ini segala urusan berjalan lancar dengan bantuan keluarga kawan baik Allahyarham Affiah dari sini (Perancis) sekali gus membolehkan pengurusan jenazah dapat disegerakan," katanya kepada Bernama menerusi sistem pesanan Facebooknya hari ini.
Affiah, pelajar jurusan ekonomi tahun ketiga di University of Nantes, terbabit dalam kemalangan ketika bermain ski di Nice pada Jumaat dan dibawa ke Hospital Pasteur menggunakan helikopter.
Difahamkan, Affiah hilang kawalan ketika bermain ski sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan serius di kepala.
Affiah dilaporkan dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia sehari kemudian (awal pagi Ahad di Malaysia). - Bernama

Wednesday, January 27, 2016

BETUL KE STRESS KAHWIN DENGAN JURURAWAT!'


Gara-gara tidak tahan dengan isteri yang sibuk bekerja, lelaki ini sudah terniat untuk berkahwin lagi. Bagaimanapun, dia meminta pendapat seorang wanita yang juga rakan isterinya sendiri.

Difahamkan, kesibukan isterinya sebagai jururawat yang bekerja mengikut syif membuatkan lelaki itu terasa dirinya terabai dari segi batin. 

Sebagai jalan penyelesaian, dia memilih untuk berkahwin lagi, namun dia sebenarnya lebih rela jika dia menceraikan sahaja isterinya kerana enggan menggalas tanggungjawab yang berbelah bagi.

Husband Mas: Salam beb, aku nak minta pendapat kau ni.

Eiyra: Wasalam, kenapa? 

Husband Mas: Macam ni Eiyra, aku ingat aku nak kahwin lagi satu lah. Tetapi aku rasa better aku cerai kot. Bukan nak tambah satu lagi.

Eiyra: Ehh kau jangan buat lawak! Mas itu kawan aku! Apa masalahnya ni? Mas ada lelaki lain ke? Ke kau yang gatal nak berbini dua?

Husband Mas: Aku bosan sebenarnya. Kau faham kan? Dia kan kerja syif macam kau. Tak ada masa untuk aku. Busy je memanjang. Balik kerja, dah penat, tidur.

Eiyra: Inilah risiko menikah dengan staff jururawat. Kau kena faham situasi dia. Dia tak pernah cuti ke? Tak pernah masak? Tak pernah jaga anak? Jangan main gile beb. Auni (anak mereka) camne nanti?

Husband Mas: Dia buat semua tu. Masak sedap, pandai buat kek, pandai jaga anak, rumah sentiasa kemas. Tapi dia busy sangat. Nak ajak keluar malam pun dia cakap esok kerja pagi. Penat. Nak ajak tengok wayang pun tak ada masa. Bila cuti, sibuk nak jaga anak. Aku stress, tu yang aku carik perempuan baru ni. Budak ini tak kerja, duduk di rumah je. Aku kenal pun kat GSC. Cantik, selalu temankan aku makan, tengok wayang. Aku bahagian dengan dia. Sebab itu aku tanya pendapat kau, nak kahwin lagi satu atau cerai dengan dengan bini aku, kahwin lain. 

Eiyra: Okay, apa kata kau suruh bini kau berhenti kerja dan layan kau 24 jam. Confirm dia ada masa untuk kau.

Husband Mas: Ish kau gile? Rumah dengan kereta siapa nak bayar nanti? Gaji aku mana cukup.

Eiyra: Owh okay. Nak tahu apa jawapan aku untuk soalan kau??

Husband Mas: Kau mesti kata aku boleh kahwin lain kan?? (senyum).

Eiyra: Tak, aku nak kata kau bodoh! Bini kau pula tanggung rumah dan kereta kau. Lepas itu kau nak betina lain pula. Lelaki macam kau ni patut kena tembak je. Bengong! Aku tak nak jawab soalan kau. Tak mampu, buat cara tak mampu bro. Bincang elok-elok. Suruh dia minta pindah ke klinik ke. Bukan 24 jam busy. Aku pun nurse, tapi pandailah curi masa pergi bercuti dan tengok wayang. Kau yang tak pandai berbincang. Bengong!



Bagaimanapun, perbualan SMS di antara Eiyra dengan suami kepada Mas ini menimbulkan keraguan netizen berikutan gaya penulisan mesej itu dilihat sama dan mungkin sengaja direkayasa bagi menyedapkan cerita. - THEHYPEMEDIA.COM

Lelaki digelar 'Iron Man' hasilkan tangan bionik

Lelaki digelar 'Iron Man' hasilkan tangan bionik
Wayan Sumardana dan tangan bionik ciptaannya.

BALI - INDONESIA. Seorang lelaki warga Indonesia yang lumpuh tangan kiri mengatasi kekurangannya itu dengan menghasilkan sendiri tangan bionik.
Wayan Sumardana, 31,  yang memiliki bengkel kimpalan di Bali menderita penyakit strok sejak enam bulan lalu sehingga menyebabkan tangan kirinya lumpuh.
Memetik Reuters, kekurangannya itu menghalangnya untuk bekerja dan menyara keluarganya itu menyebabkan Wayan mencipta alat tersebut.
Wayan menghasilkan pendakap lengan dengan bahan dan kepingan logam terpakai yang diperoleh dari bengkel miliknya itu.
Menurut Wayan, pendakap itu disambung ke gear kepala yang memindahkan tenaga yang didorong oleh fikiran ke lengan bioniknya itu
Walaupun ciptaannya tidak mempunyai sokongan saintifik, namun ia telah menjadikan dia seorang selebriti tempatan malah dia turut digelar "Iron Man" Indonesia.
Kisahnya yang menjadi inspirasi ramai kerana dia mampu mengatasi kecacatannya iru untuk menyara keluarga.
Bagaimanapun, ada sesetengah pihak mendakwa ciptaannya itu adalah palsu.
Sementara  itu memetik media tempatan, Gabenor Bali yang tertarik dengan ceritanya itu turut mengadakan lawatan serta menyumbangkan AS$3600 (RM16,301) untuk mendapatkan rawatan perubatan yang lebih baik.

Tuesday, January 26, 2016

Fuh! Tak Sangka Begini Rumah Zizan Razak Di Kampung Sejak Putus Cinta Dengan Emma Maembong

Fuh! Tak Sangka Begini Rumah Zizan Razak Di Kampung Sejak Putus Cinta Dengan Emma Maembong, Tercengang Kami Dibuatnya....




Melalui akhbar Kosmo yang meninjau rumah bapa Zizan. Ab.Razak di Jalan Terkukur, Kuala Terengganu semalam, tiada tanda yang menunjukan pelawak itu akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat...

Mungkin juga Zizan membuat persediaan dirumah lain, ramai yang tidak percaya ini rumah utama Zizan yang terkenal sebagai seorang yang berjaya dan memiliki kereta mewah bernilai jutaan ringgit...Mungkin juga zizan seorang yang low profil...

Bapa kepada pelawak popular, Zizan Razak mengesahkan wanita dikenali sebagai Nur Edora Diyana Hashim yang gambarnya tersebar di portal-portal berita hiburan dan laman sosial baru-baru ini mempunyai hubungan rapat dengan Zizan....

Ab. Razak Husain, 57, bagaimanapun menafikan Zizan telah melangsungkan perkahwinan atau bertunang dengan wanita tersebut secara senyap-senyap....

Katanya, Zizan, 31, telah membawa Edora bertemu dengannya sebanyak tiga kali sekitar hujung tahun lalu di bandar ini.

Ujarnya lagi, Zizan juga ada memberi bayangan bahawa wanita itu merupakan pilihannya untuk dijadikan calon isteri...

“Dia ada bertanya, abah ini (Edora) okey ke dan saya jawab okey saja....

“Lagipun sebagai bapa, saya sokong siapa saja pilihan anak saya,” kata Ab. Razak ketika ditemui di rumahnya di Jalan Terkukur di sini semalam.


Sumber: Beritapsiko

Wanita dipukul kekasih kerana cemburu komen FB

kes pukul

GEORGETOWN - Seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dipukul teman lelakinya akibat cemburu.

Menurut sumber, teman lelakinya yang berusia 52 tahun itu memukulnya menggunakan hulu kapak kerana cemburu terhadap komen lelaki lain di laman sosial Facebook milik wanita berkenaan.
Difahamkan, wanita itu menjalin hubungan dengan suspek sejak dua tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 11.30 malam, Khamis lalu di rumah yang didiami mereka di Kampung Pisang Awak, Kampung Melayu di sini.
"Menurut wanita berkenaan, dia tinggal bersama teman lelakinya yang merupakan ahli Pasukan Keselamatan Sukarela Pulau Pinang (PKS) itu lebih dua tahun lalu. Sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengan suspek menyebabkan suspek berang lalu memukul suspek dengan  hulu kapak di beberapa bahagian badannya. Mangsa kemudiannya dihalau dari rumah oleh suspek.
"Hasil siasatan mendapati, mangsa dipukul kerana teman lelakinya itu cemburu terhadap komen seorang lelaki yang memuji mangsa cantik di Facebook. Teman lelakinya juga menuduh mangsa mempunyai teman lelaki lain namun mangsa menafikannya," katanya.
Menurutnya, mangsa mengalami bengkak di mata kanannya, lebam di tangan serta keseluruhan tubuhnya sakit akibat dipukul suspek.
"Pada mulanya mangsa tidak mahu memanjangkan kes dengan memanggil mangsa ke balai polis untuk berbincang namun suspek gagal dihubungi. Serbuan ke rumah suspek juga gagal kerana dia dipercayai melarikan diri.
"Polis masih memburu suspek namun identitinya sudah dikenalpasti selain senjata yang digunakan dipercayai sebilah kapak turut gagal ditemui. Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau antaranya kes dadah, membuat ugutan dan mencuri. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan," katanya. se

Perghh,,Pajak Ladang Untuk Lombong Bauksit,,Tetapi tiada hasil

Pajak ladang tapi tak dapat hasil
Lapang dan terdedah. Begitulah keadaan sebuah kawasan yang dahulunya ladang kelapa sawit milik peneroka Felda kini habis dirata dan dikorek untuk kegiatan perlombongan bauksit. - Foto Bernama

KUANTAN - Ditawarkan wang tunai mencecah jutaan ringgit, peneroka Felda Bukit Goh diminta memajakkan ladang kelapa sawit milik mereka untuk dijadikan lombong bauksit.
Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila terdapat peneroka mendakwa tertipu dengan tawaran lumayan itu.
Tanah sudah dipajak tetapi hasil diperoleh tidak setimpal dengan pengorbanan dilakukan.
Mereka bukan sahaja tidak mendapat habuan dijanjikan, malah punca pendapatan daripada hasil jualan kelapa sawit dinikmati selama ini hilang begitu sahaja.
Paling menyedihkan, ada peneroka yang terpaksa menggunakan wang simpanan demi meneruskan kelangsungan hidup.
Peneroka Felda Bukit Goh, Abdul Ghani Hamzah, 78, mendakwa, dia hanya menerima sebanyak RM100,000 daripada pengusaha bauksit.
Mengakui kecewa dengan keadaan itu, dia berkata, kesenangan yang diharapkan, hanya tinggal mimpi.
Bapa 10 cahaya mata itu berkata, pada April tahun lalu, dia didatangi beberapa individu memperkenalkan diri sebagai pengusaha bauksit yang mahu melihat tanah ladang kelapa sawit seluas empat hektar miliknya.
“Ketika itu, mereka serahkan wang tunai RM500 untuk melihat tanah. Kami kemudian berbincang dan persetujuan dicapai iaitu kira-kira 3.6 hektar tanah akan dikorek bagi mengeluarkan bauksit kerana baki dari tanah itu adalah kawasan paya.
“Dalam tempoh tersebut sampai sekarang, saya cuma dapat kira-kira RM100,000 dan itu pun menerusi empat kali pembayaran. Selepas itu apabila saya telefon mereka (pengusaha bauksit), tidak berjawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Felda Bukit Goh di sini.
Menurutnya, hidupnya bertambah perit apabila dia mengambil keputusan untuk memperbesarkan rumahnya sebaik sahaja menandatangani perjanjian dengan pengusaha bauksit.
“Kos besarkan rumah ialah RM210,000. Bayangkan saya terpaksa keluarkan wang simpanan pula. Baru nak harapkan duit dari hasil bauksit tetapi pengusaha pula menghilangkan diri.
“Saya tidak tahu bagaimana dengan nasib kami sekeluarga sekiranya selepas tiga bulan ini mereka terus diamkan diri, sedangkan ladang dah dikorek dan ditinggalkan begitu sahaja,” katanya.
Abdul Ghani berkata, bagaimanapun dia tetap bersyukur kerana berpeluang memperoleh rezeki terpijak dan dapat menggunakan wang itu untuk membaik pulih rumah yang uzur.
“Jika ladang tidak diusik untuk ambil bauksit, mungkin tak ada rezeki saya untuk baiki rumah demi keselesaan anak cucu yang balik kampung,” ka
t

Monday, January 25, 2016

Me ,Nate Nafi Bil Rm 19,000 untuk Rumah PM

Meā€™nate nafi bil RM19,000 untuk rumah PM

SUSULAN
 sekeping gambar yang viral menunjukkan resit dengan angka RM19,284.80 yang didakwa kononnya untuk hidangan di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis lalu, pemilik Me’nate Steak Hub tampil menafikan perkara itu.
Mustafa Othman berkata, pihaknya telah menyemak tanda harga yang tersebar dan mendapati ianya palsu.
“Ia tidak terdapat di dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard yang digunakan oleh Me'nate Steak Hub di semua outlet kami.
“Ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai ‘bar coding’ yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan,” katanya dalam Facebooknya, semalam.
Beliau melahirkan kekecewaan atas penyebaran berita palsu itu dan mendakwa ia usaha pihak-pihak berkepentingan politik yang cuba mengheret perniagaannya dalam koncah politik fitnah yang tidak bertanggungjawab.
“Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka mana boleh ada nasi dan lauk-lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan chef dari Me'nate,” katanya.
Beliau juga menegaskan sedang mendapatkan nasihat peguam berhubung perkara itu untuk mengambil mana-mana tindakan undang-undang yang bersesuaian terhadap pihak yang menyebar fitnah itu.
“Jika perkara ini tidak dihentikan dan berterusan kami tiada pilihan lain selain daripada membuat laporan polis seterusnya mengambil tindakan susulan,” katanya.
Pada resit itu tercatat "to cook: Sri Perdana (Prime Minister of Malaysia Resaidency) Dato Sri Najib Tun Razak. 21 January 2016. Matsusaka Wagyu 2 kg, Marinade-Vege-Fries-Fruits".
Ada juga sekeping kertas dipercayai bil yang tercatat jumlah RM 19,284.8
0

'KAMI DIFITNAH & AKAN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG'









KUALA LUMPUR - Susulan tersebarnya gambar resit dan sebuah nota yang didakwa dari tukang masak kediaman Perdana Menteri di Putrajaya, pemilik Me'Nate Steak Hub tampil membuat penafian.

Mustaffa Othman, menafikan laporan media sosial yang menunjukkan tanda harga daging yang disediakan di Seri Perdana bernilai RM19,284.80 itu. 

"Setelah kami menyemak tanda harga tersebut, ia adalah palsu dan tidak terdapat dalam sistem inventori kami. Tanda harga serta nota berikut semacam dirancang untuk dipamerkan itu tidak sama dengan tanda harga standard kami yang digunakan oleh Me'Nate Steak Hub di semua outlet kami. 

"Ditambah pula semua tanda harga kami mempunyai barcoding yang tersendiri berbeza dengan apa yang telah diviralkan. 

"Hidangan yang dipamerkan juga tidak masuk akal. Jika makan steak dan Matsusaka, manakan boleh ada nasi dan lauk-lauk lain. Gambar tukang masak juga bukan Chef dari Me'Nate," katanya melalui laman Facebook, semalam. 

Mustaffa kecewa kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan berkepentingan politik cuba mengheret perniagaannya ke dalam kancah politik fitnah yang tidak bertanggungjawab ini. 


"Pihak kami sedang merancang serta sedang mendapatkan nasihat peguam kami selain dalam proses untuk menasihatkan kami akan bentuk tindakan undang-undang yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan kepalsuan dan fitnah ini," katanya yang juga menegaskan akan membuat laporan polis jika sudah tiada pilihan yang lain. - THEHYPEMEDIA.COM

Sunday, January 24, 2016

Berita Travis ..6 Maut Kemalangan D Gua Musang

Enam sekeluarga maut dalam nahas Gua Musang
Keadaan mangsa kemalangan pagi tadi.

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Enam sekeluarga, termasuk tiga kanak-kanak, maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Rantau Manis di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pemandu kereta Nur Amira Azudin, 23, ibunya Mardiah Drani, 48, kakak iparnya Noor Azila Yasin, 27, serta tiga orang anak saudaranya maut.
"Tiga orang anak saudara yang maut itu termasuk anak Noor Azila, Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz yang berumur setahun enam bulan, serta pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah, berusia empat tahun," katanya kepada pemberita.
Suami Noor Azila, yang merupakan abang Nur Amira, Muhd Hafiz, 30, cedera parah di kepala serta badan, dan kini dirawat di Hospital Gua Musang.
"Pemandu dua lori yang turut terbabit dalam kemalangan itu, Ahmad Ismail, 37, dan Ahmad Zaki Pahmi, 30, tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Saiful Bahri berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku ketika Nur Amira yang dipercayai cuba memotong sebuah lori bertembung dengan sebuah lori lain yang datang dari arah bertentangan.
Nur Amira dan keluarga dilaporkan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Panggong Lalat menuju ke Felda Chiku 2 untuk melawat anak saudara lelaki Noor Azila berumur empat bulan yang sakit.
Sementara itu, ayah Nur Amira, Azudin Sulaiman, 59, ketika ditemui di Hospital Gua Musang berkata keluarganya bertolak pada 8.45 pagi tadi untuk ke rumah besannya di Felda Chiku 2.
"Saya tak dapat nak ikut mereka ziarah kerana ada kerja lain. Saya hanya sempat hantar mereka sebelum mereka bertolak pagi tadi.
"Bagaimanapun saya terkejut apabila terima panggilan mengatakan mereka terlibat dalam kemalangan. Saya tidak tahu hendak cakap apa. Saya kena terima dengan hati terbuka kerana ia ketentuan Ilahi," katanya.
Sementara itu, sepupu Nur Amira, Asiah Che Ibrahim, 30, berkata, sepupunya itu merupakan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah ada mengunjunginya petang semalam.
"Arwah Nur Amira tanya kenapa tak datang ke rumah dan saya beritahu nak ke rumah mereka hari ini, tapi tak sangka mereka terlibat kemalangan hari ini.
"Rasa terkejut juga dengan kejadian kemalangan ngeri itu hingga saya sendiri tidak tahan sedih menatap wajah semua jenazah yang parah itu," katanya. - Bernama

Taja Kedah!! Dato Aliff Jumpa Mukris untuk Bincang

Aliff Syukri
- Foto Ihsan Datuk Aliff Syukri

PENGASAS
 D'Herbs Healthy Sdn Bhd (D'Herbs), Datuk Aliff Syukri Kamarzaman telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bagi membincangkan isu tajaan pasukan Kedah semalam.
Aliff Syukri atau lebih dikenali sebagai 'Abang terlajak laris' berkata, pertemuan itu berlangsung dengan baik dan kali ini beliau tidak mengenakan sebarang syarat kerana ingin melihat apa yang boleh diberi oleh pasukan Kedah terhadapnya.
"Dua minggu lagi saya akan buat keputusan rasmi sama ada akan menaja Kedah atau tidak, ini kerana ada beberapa lagi pasukan yang berminat untuk menjadikan saya sebagai penaja.
"Saya kena betul-betul fikir kerana ia melibatkan tajaan jutaan ringgit, kena ada 'win-win situation'," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Sementara itu, Aliff berkata pertemuan semalam berlangsung dengan penuh perasaan harmonis walaupun Mukhriz berhadapan dengan masalah politik di Kedah kini.
"Beliau (Mukhriz) seorang yang profesional, layanan yang diberi kepada saya amat baik, saya nampak jiwa rakyat dihati beliau," katanya
.

Saturday, January 23, 2016

Tolak ,MB : Gang Tolak Mukriz Tutup Mulut Rapat

Tolak MB: Kumpulan anti-Mukhriz tutup mulut
Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah (atas pentas) kelihatan berada diatas pentas di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim 'tutup mulut' dan enggan mengulas lanjut mengenai perjumpaan pemimpin Umno Kedah dengan Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini dalam keadaan tergesa-gesa kira-kira jam 6.40 petang tadi.
Bagaimanapun pergerakan Abdul Azeez dapat 'dihidu' petugas media ketika melalui pintu belakang PWTC yang menghubungkan Hotel Seri Pasific menuju ke kenderaan rasminya.
Biarpun beliau diasak beberapa kali oleh petugas media, namun beliau enggan memberi komen tentang perjumpaan itu.
"Tak ada komen, mesyuarat tadi Alhamdulillah," katanya kepada pemberita sebaik sahaja memasuki kenderaan rasminya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sik, Dr Mansor Abdul Rahman yang muncul di laluan sama selepas Abdul Azeez turut 'menutup mulut' dan terus meninggal petugas media.
"Saya tak boleh bagi komen," tegasnya
Terdahulu, 14 Ketua Umno Bahagian, Adun dan Ahli Parlimen Kedah mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung krisis Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, di PWTC, di sini, hari ini.
Ia susulan tindakan Umno Kedah diketuai Timbalan Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz dalam satu sidang media di Alor Setar, Kedah, pada Rabu lalu.
Sidang media itu mendesak Perdana Menteri melakukan perubahan pucuk pimpinan Kedah yang menurutnya dilihat gagal menggerakkan jentera Umno serta menjan
a

Pregnant!!! Suami Potong Hidung isterii


Reza Gul kini berada dalam keadaan stabil di hospital
  (Ubah saiz teks)







KABUL: Seorang ibu muda melalui detik ngeri apabila hidungnya dipotong oleh suaminya dalam satu serangan fizikal.
Dalam kejadian pada Ahad, Reza Gul, 20, telah diserang oleh suaminya menggunakan sebilah pisau di sebuah kampung yang ditadbir oleh puak Taliban.
Pengarah Kesihatan Awam Wilayah Faryab, Dr Maroof Samar berkata, mangsa berada dalam kaedaan kritikal ketika dibawa ke hospital.
Sementara itu ibu mangsa, Zarghona memberitahu, Reza Gul sering dipukul dan menjadi mangsa deraan suaminya iaitu Muhammad Khan, 25 sejak lima tahun lalu mendirikan rumah tangga.
"Bila dia sanggup memotong hidung Reza Gul, saya rasa ingin cicang dia jika terjumpa," katanya dalam keadaan marah.

Friday, January 22, 2016

Perghh..Polis melambung dilanggar tokan


Penduduk membantu polis mengangkat kereta viva dinaiki dua lelaki dipercayai tokan yang melanggar motosikal URB polis di Taman Bertam Indah, hari ini.
MELAKA – Seorang anggota polis dari Unit Ronda Bermotosikal (URB) cedera apabila dirinya melambung selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta dinaiki dua lelaki dipercayai tokan di Taman Bertam Indah, Bertam Ulu, di sini, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, anggota polis berusia 30-an itu dirempuh ketika cuba menghalang laluan kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki dua lelaki berusia 30-an termasuk seorang daripadanya dipercayai anggota tentera.
Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Halim, 44, berkata, kejadian berlaku di depan matanya yang sedang memandu kereta menghala  rumah adik iparnya terletak di taman perumahan tersebut.
Halim berkata, kereta peronda polis itu dilihatnya mengejar kereta viva terbabit ketika dia sedang menurunkan isterinya di sebuah gerai makan berhampiran sebelum memandu ke rumah adik iparnya.
“Masa berhenti tepi jalan turunkan isteri, saya dengar bunyi siren kereta polis dan saya ingat polis kejar saya. Tapi lepas tu saya nampak polis ikut kereta viva dinaiki dua lelaki masuk ke taman perumahan adik ipar.
“Sebelum kereta langgar polis URB, saya juga nampak peniaga kuih berhampiran deretan rumah kedai mencampakkan meja kayu ke arah kereta tersebut namun sempat dielak pemandunya, katanya.
Sementara itu, Sinar Harian difahamkan terdapat dua bungkusan berisi beberapa paket dadah disyaki syabu ditemui di dalam kereta berwarna putih tersebut.
Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi memberitahu maklum dengan kejadian tersebut namun kenyataan rasmi akan dibuatnya petang ini.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung