Nuffnang

Sunday, January 31, 2016

TErkini Mufti. dari.... Puji Nyanyian Faizal Tahir D AJ ke 30 sebab..


Nampaknya walaupun Anugerah Juara Lagu 2015 memang dimenangi oleh Akim & The Majistret, tetapi persembahan yang merupakan 'juara' dimata mata Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah lagu nyanyian Faizal Tahir.

Dalam satu kenyataan beliau di laman Facebooknya, Dr Asri mengucapkan syabas kepada Faizal kerana nyanyia yang dibawanya membawa mesej yang baik.

"Saya ucapkan syabas kepada Faizal Tahir kerana berusaha menyampaikan misi kemanusiaan dalam lirik lagunya. Seni itu sepatutnya membangunkan kemanusiaan dan hidup yang berteraskan beradaban yang tinggi," katanya.

Dalam pertandingan Anugerah Juara Lagu(AJL30) itu, Faizal yang menyampaikan lagu Assalamualaikum dan memenangi tempat kedua di belakang Potret nyanyian Akim & The Majistret.

Tempat ketiga pula ialah Caliph Buskers dengan lagu Hanya Namamu.

Assalamualaikum lahir daripada hasil ciptaan bersama Faizal dengan Mike Chan, Ezra Kong dan Audi Mok.

Faizal sebelum ini telah mendapat pujian Ikram Malaysia kerana yang aktif dengan misi kemanusiaan di seluruh dunia.



Tindakan Fiazal menyampaikan Assalamualaikum dengan memaparkan latar belakang gambar berjaya menyentuh hati penonton mengenai situasi pelarian Syria.

"Untuk pengetahuan anda, Faizal telah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke kem pelarian Syria di Lubnan dan Jordan bersama Aqsa Syarif dan i4Syria (Ikram For Syria).

"Jazakallah khair. Semoga Allah membalas amal anda sebaik-baiknya," kata pertubuhan itu di Facebook. Ppl

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung