KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana mencederakan seorang buruh warga Pakistan di Wangsa Maju di sini, Januari lepas, dengan rakaman videonya menjadi viral di laman sosial.
Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, 33, selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan iaitu menampar, menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit Khuram Shahzad, 33.
Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di hadapan Starparc Point, Wangsa Maju di sini pada 1.30 tengah hari 29 Jan lepas mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000.
Mahkamah juga memerintahkan Papagomo menjalani hukuman penjara 10 bulan jika gagal membayar denda itu.
Tertuduh, bagaimanapun membayar denda tersebut.
Bagi pertuduhan menampar dia didenda RM1,000 atau dua bulan penjara, bagi kesalahan menumbuk dia didenda RM1,500 atau tiga bulan penjara dan denda RM1,800 atau lima bulan penjara untuk kesalahan menendang alat sulit mangsa.
Berdasarkan fakta kes, semasa mangsa berada di tempat kerja, dia didatangi tertuduh bersama seorang lelaki dan tiga wanita termasuk dua adik perempuannya.
Tertuduh kemudian mengarahkan mangsa dan dua lagi rakannya beratur di hadapan tertuduh sebelum meminta dua adik perempuannya mengenal pasti individu yang didakwa telah melakukan gangguan seksual.
Terdahulu, dalam rayuan meringankan hukuman, peguam tertuduh, Azizzul Shariman Mat memohon hukuman denda minimum atas alasan anak guamnya bukan bertindak secara membuta tuli serta perlu menanggung isteri yang tidak bekerja serta empat orang anak.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhada
No comments:
Post a Comment