Nuffnang

Tuesday, March 8, 2016

Pelajaran Anak Terjejas Ketika Saya Bercerai" - Nourul Wahab










Nurul bersama anaknya, Ayu Nadirah.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Penyanyi Nourul Wahab memberitahu pelajaran anaknya iaitu Ayu Nadirah Mohd Faizal, 17, pernah merosot ketika rumah tangga yang dibina antara dia bersama komposer Ajai hancur pada tahun 2007.

Nourul atau nama sebenarnya, Nurul Huda Abdul Wahab berkata, anak sulungnya itu turut terkesan dengan kegagalan rumah tangga yang dibina itu sehingga tidak dapat memberi perhatian terhadap pelajaran.

"Saya akui keluarga yang bercerai sedikit sebanyak memberi kesan kepada anak, begitu juga Ayu yang mana sekitar dua tahun perpisahan kami pelajarannya terjejas teruk.

"Bagaimanapun, saya dan Ajai cari punca dan jalan untuk dia kembali fokus dengan pelajaran sehingga dia kembali semula seperti biasa," ujarnya kepada mStar Online.Nourul berkata demikian ketika diminta mengulas tentang pencapaian anaknya Ayu Nadirah yang memperoleh 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), yang diumumkan pada Khamis lalu.

Dalam pada itu Nourul berkata, sebagai ibu dia berasa gembira dan berbangga dengan kejayaan yang dicapai anaknya itu.

Ujarnya, Ayu merupakan seorang yang sentiasa mahukan kesempurnaan dalam apa juga perkara yang dilakukan.

"Dia seorang perfectionist, dia akan pastikan apa yang dilakukan menjadi sempurna dan kadang-kadang menjadikan saya risau.

"Kalau dia tidak dapat apa yang dia mahukan cikgunya akan hubungi saya kerana dia menangis. Untuk SPM ini dia ada beberapa kali hubungi saya mengadu tertekan dengan pelajaran," ujarnya.

Nourul berkata, dia tidak terlalu memberi tekanan kepada anaknya untuk mendapatkan keputusan cemerlang, sebaliknya menyokong apa terbaik yang mampu dilakukan.

Tambahnya, Ayu juga bertuah mendapat sokongan dan galakan daripada dua buah keluarga.

"Dia bertuah kerana ada ramai yang ambil berat tentang pelajarannya. Saya dan suami hanya beri nasihat dari segi psikologi sahaja supaya dia lakukan terbaik," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang perancangan masa depan Ayu, Nourul berkata, mereka sedang meneliti Institusi Pengajian Tinggi terbaik buat anaknya itu.

Katanya, bekas suami Ajai lebih senang jika anaknya itu menyambung pelajaran dalam negara sahaja.

"Ada beberapa universiti yang datang buat tawaran, Ayu masih lagi dalam proses meneliti kursus apa yang ingin diambil.

"Dia mahu kurus berkaitan haiwan, sebelum masuk mana-mana universiti dia akan jadi pekerja sukarela di zoo dahulu," ujarnya.

Nourul berkahwin dengan Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.

Selepas itu, Ajai mendirikan rumah tangga bersama Norliza Ilias pada 15 Ogos 2009 manakala Nourul pula melangsungkan perkahwinan bersama Eric Daniel Depp pada 6 Jun 2012.

Sebelum ini ejaan bagi nama Nourul adalah Nurul.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung