PUTRAJAYA - Hampir 40 buah geng motosikal hari ini menyerbu pejabat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya selepas solat Jumaat hari ini.
Kehadiran mereka itu bagi memberi sokongan kepada program Penyerahan Memorandum Menolak Deklarasi Rakyat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad Bersama Pakatan Pembangkang terus ke tangan Mahathir di Yayasan itu petang ini.
Program ini dianjurkan oleh beberapa NGO, yang dipercayai NGO pro kerajaan.
Sementara itu, menurut salah seorang penunggang motosikal yang ditemui Sinar Online hari ini menyatakan bahawa dia datang dari Gombak.
"Adalah dalam 40 buah motor bang," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Dalam pada itu, menurut pegawai Yayasan Kepimpinan Perdana menyatakan Mahathir tiada di pejabatnya.
No comments:
Post a Comment