Nuffnang

Monday, April 11, 2016

Pasangan Dari Sarawak Disangka Pendatang Asing









Sedang viral di media sosial kini, luahan seorang isteri mengenai tindakan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak sombong dan biadab terhadap pasangan terbabit.

Luahan wanita itu yang disiarkan oleh Berita Harian, telah menimbulkan rasa kurang senang netizen terutamanya dari Sarawak yang menganggap layanan diskriminasi pada bumiputera Sarawak masih wujud dan tegar di tanah Semenanjung Malaysia ini.

Baca luahan beliau di bawah:

Pada 1 Februari lalu, petugas Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan anggota Rela mengadakan operasi menahan pendatang tanpa izin di kawasan Pangsapuri Taman Bunga Negara, Seksyen 27 Shah Alam selama beberapa jam yang berakhir pada jam 5 pagi. 

Dalam kejadian itu, dua pendatang asing yang melarikan diri daripada serbuan menyelinap masuk ke rumah saya, tanpa kami sedari kerana sedang tidur. Namun berjaya ditahan pasukan petugas. 

Saya dan keluarga melalui pengalaman pahit ketika pihak berkuasa terutamanya petugas KDN menahan pendatang berkenaan di rumah saya.

Ketika saya dan suami bangun dari tidur, sekumpulan anggota Rela dan pegawai KDN sudah berada dalam rumah. Suami saya kemudian meminta mereka menunjukkan kad kuasa sebelum membenarkan mereka masuk ke rumah. 

Malangnya permintaan suami saya itu menyebabkan pegawai KDN itu berang dan terus mengheretnya. Saya tidak marah apabila dia meminta suami saya menunjukkan kad pengenalan dan menyanyikan lagu 'Negaraku' kerana kami berasal dari Sarawak.

Namun, apa yang amat saya kesali ialah pegawai itu tetap tidak berpuas hati dan terus menyinga. Malah, pegawai berkenaan membangkitkan isu kaum dan perkataan lucah. Kebetulan pula suami saya berbangsa Iban manakala saya Melayu dari Sarawak.

Saya dan suami berasa cukup terhina dengan tindakan pegawai berkenaan yang bukan saja meragui kewarganegaraan kami, malah bertindak di luar batas undang-undang negara.

Wajarkah kami dilayan sebegitu rupa hanya kerana suami saya meminta mereka menunjukkan kad kuasa? Adakah selepas ini sesiapa saja yang mengaku sebagai pegawai KDN perlu kami biarkan saja masuk ke dalam rumah tanpa bertanya? Bagaimana pula kalau mereka adalah perompak yang menyamar sebagai kakitangan kerajaan?

Bagaimanapun, saya menghormati anggota Rela yang tanpa banyak soal menunjukkan kad identiti mereka. Malah, anggota Rela yang masuk ke rumah saya lebih bersopan berbanding pegawai berkenaan yang sombong kerana mempunyai kuasa.

Saya menyokong usaha KDN membanteras pendatang asing tetap harap peka kepada sensitiviti kaum. Saranan saya, pihak KDN perlu menasihati pegawai mereka supaya lebih peka kepada sensitiviti kaum ketika menjalankan tugas. 

Semoga apa yang saya paparkan di sini menjadi iktibar kepada semua pihak. - Anak Bumi Kenyalang | PIXEL MEDIA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung