KUALA LUMPUR - Ahli Kimia, Jabatan Kimia Malaysia, Nor Aidora Saedon membuka barang kes yang mengandungi sekeping guni plastik dan seketul batu di koridor Mahkamah Tinggi sebentar tadi disaksikan oleh Hakim, Datuk Azman Abdullah.
Terdahulu, pada prosiding hari ke dua perbicaraan kes bunuh Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais, pihak pendakwaan diwakili Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon agar barang kes tersebut dibuka di luar mahkamah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pendakwaan akan buktikan penglibatan 7 lelaki]
Selain guni, Nor Aidora turut mengemukakan tulang, simen, darah, wayar, sarung tangan dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment