Nuffnang

Friday, May 27, 2016

Lelaki Dakwa Dipukul 3 Samseng Berpangkat VVIP, Termasuk Orang Kuat DUN Kedah ?




Pada 15 Mei 2016, Ahad, jam 5.45 petang, semasa saya keluar dari Aman Central, kemudian saya terus memandu kereta saya memasuki lorong tengah di persimpangan lampu isyarat di hadapan Aman Central. 

Datang sebuah kereta jenis Toyota Harrier berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berusia 20'an bersama dengan dua penumpang lelaki Melayu berusia 20'an dan 50'an. 

Pemandu terbabit telah membunyikan hon panjang dan berada di sebelah kiri kereta saya. Sewaktu itu, lampu isyarat berwarna merah.

Kemudian pemandu kereta tersebut telah menurunkan tingkap keretanya dan berkata,

"Kenapa? Kenapa? Hang tak kenal lagi aku siapa!" katanya berulang kali dan meminta saya keluar dari kenderaan. 

Tetapi saya enggan berbuat demikian, Tiba-tiba lelaki 50'an keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta saya, merampas kunci kereta. Dia telah menumbuk saya di bahagian mulut. Akibatnya, mulut saya mengalami luka.

Kemudian, lelaki yang sama juga telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta. Apabila saya keluar dari kereta, saya membalas tumbukan lelaki itu.

Datang pula dua lelaki 20'an itu dan mereka bertiga berganding bahu memukul saya. Teman wanita saya keluar dari kereta cuba meleraikan pergaduhan di antara kami. Namun, teman wanita saya telah ditarik dan ditumbuk di bahagian dada dan kedua-dua tangannya. 

Orang ramai yang menyaksi kejadian itu datang cuba meleraikan pergaduhan itu. Kemudian ketiga-tiga mereka masuk semula ke dalam kereta dan terus meninggalkan tempat kejadian. 

Saya telah membawa teman wanita saya ke KMC Alor Setar, Kedah, kerana dia mengalami kesesakan nafas yang sangat teruk. 

Beberapa hari selepas kejadian, saya mendapat tahu daripada rakan ayah saya yang bekerja di Wisma Negeri Kedah bahawa lelaki yang berusia 50'an itu adalah Dato Azmi Che Husain, Timbalan Speaker Negeri Kedah. 

Tujuan saya kongsikan perkara ini adalah mahu beliau tampil memberikan keterangan kepada pihak polis agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya amat tidak berpuas hati kerana saya dan teman wanita telah dipukul oleh 3 orang samseng jalanan yang berpangkat VVIP. Sekian. - Adam Hoonigan | PIXEL MEDIA

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung