HUNAN - CHINA. Jambatan kaca terpanjang dan tertinggi di dunia yang dibuka kepada orang ramai
22 Ogos lalu di tengah wilayah Hunan, China, terpaksa ditutup buat sementara bagi kerja penyelenggaraan.
Jurucakap dari jabatan jualan dan pemasaran Zhangjiajie Grand Canyon berkata, pihaknya terharu dengan
sambutan dan jumlah pelancong yang semakin bertambah setiap hari.
"Jambatan hanya mampu menampung 8,000 orang sehari tetapi permintaannya melebihi 10 kali ganda.
"Oleh itu, kami terpaksa menutupnya buat sementara meskipun baru 13 hari dibuka untuk menambah baik
dan mengemas kini kemudahan itu," katanya dalam satu kenyataan di laman blog mikro Weibo.
Jambatan unik sepanjang 430 meter itu berada pada ketinggian 300 meter dari aras tanah dan diperbuat daripada
99 keping kaca. - AFP

No comments:
Post a Comment