Nuffnang

Saturday, February 11, 2017

Fuyooo !!! Penunggang Superbike Perlu Ajar Pengguna Kapcai - TPM




  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU: Penunggang motosikal berkuasa tinggi (superbike) amat dikenali sebagai antara pengguna jalan raya paling berdisiplin dan perlu menjadi contoh kepada pengguna lain terutamanya penunggang motosikal kapcai, demikian saranan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, penungggang superbike perlu berkongsikan pengetahuan dan kemahiran mereka kepada penunggang motosikal kecil dan menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes kematian membabitkan kumpulan kumpulan pengguna kapcai.
"Jangan hanya berkumpul sesama sendiri, tetapi bercampurlah dengan penunggang motosikal kapcai supaya mereka boleh belajar satu atau dua perkara untuk berdisiplin di atas jalan raya," katanya.
Ahmad Zahid menekankan bahawa negara mencatatkan 521,466 kemalangan trafik pada tahun lalu, jumlah tertinggi dalam tempoh lima tahun dan lebih daripada separuh jumlah itu melibatkan penunggang motosikal.
"Dua tahun lalu, lebih 7,100 kematian dicatatkan akibat kemalangan dan lebih separuh jumlah itu merupakan penunggang motosikal," katanya.
Tambah beliau, kemalangan trafik juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk menampung kos perubatan sebanyak RM9.2 juta bagi merawat mangsa dan kehilangan produktiviti.
"Angka kemalangan trafik perlu dikurangkan sebanyak 20 peratus pada setiap tahun.
"Tidak realistik jika mengharapkan sifar kemalangan tetapi kita perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mengurangkan kadar kemalangan," katanya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung