Nuffnang

Thursday, February 9, 2017

Perghh : Lelaki Sembur Racun Serangga Selepas Tiga Hari Lipas Dalam Telinga



Lelaki Sembur Racun Serangga Selepas Tiga Hari Lipas Dalam Telinga



BEIJING: Seorang lelaki di selatan China menyembur racun serangga ke telinganya untuk membunuh seekor lipas yang terperangkap hampir tiga hari.
Chengdu Economic Daily melaporkan, lipas itu merayap masuk ke telinga lelaki berusia 60 tahun itu pada 1 Februari lalu.
Selepas cuba mengeluarkan serangga itu dengan pelbagai cara termasuk menggunakan pencungkil gigi dan penyepit, lelaki itu akhirnya menyembur racun serangga ke lubang telinganya.
Bagaimanapun, serangga itu masih terperangkap menyebabkan telinganya bengkak kerana kesan bahan kimia yang disembur itu.
Susulan itu, warga tua berkenaan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan bantuan.
Serangga sepanjang satu sentimeter akhirnya dapat dikeluarkan daripada telinga lelaki itu.
Nasihat doktor di hospital berkenaan, jika lipas terperangkap dalam telinga, langkah terbaik adalah dengan memasukkan minyak untuk memudahkan ia keluar.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung