Nuffnang

Monday, February 5, 2018

Tudia !! Dahsyatt !!! Hilang Vida ‘Berisi’, Tapi Ramai Tak Keruan Rupanya


Hilang Vida ‘Berisi’, Tapi Ramai Tak Keruan Rupanya


Vida berkunjung ke Aceh, Indonesia untuk melawat pesantren yang terdapat di wilayah itu. - Instagram.

PETALING JAYA: 'Kehilangan' usahawan kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman selama dua hari membuatkan pengikut setianya tidak keruan gara-gara tidak dapat mengikuti siaran penstriman langsung wanita itu.
Gaya usahawan itu yang bersahaja dan kadangkala mencuit hati bukan sahaja menghiburkan netizen malah setiap gerak-gerinya menjadi perhatian masyarakat di dalam dan luar negara.
Seorang pengguna Instagram, @therealsharil berkata: "Datuk Seri dah dua hari tidak buat 'live' di Facebook...suka tengok cara pemasaran DSV buat 'live'."
Ternyata 'kehilangan' Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu memberi kesan kepada netizen yang sentiasa mengikuti perkembangannya.

Kehilangan Vida di laman sosial adalah disebabkan meluangkan masa melawat 'pesantren' di Aceh, Indonesia.
Vida pada Jumaat lalu memuat naik sebuah video di laman Instagramnya dengan kapsyen: "Apakah misi saya kali ini? 'Travel' ke Aceh. Ini lapangan terbang dia.
"Cuaca yang amat panas sekarang ni. Biasa kita 'travel' tempat mewah-mewah je kan... kali ini saya kongsi tempat-tempat pedalaman, nak tengok tak?"
Populariti yang diraih usahawan itu menjadikan beliau turut terkenal sehingga ke negara seberang apabila terdapat beberapa pengguna Instagram yang dipercayai berasal dari Aceh berasa teruja untuk bertemu dengannya di wilayah itu.
"Assalamualaikum Datuk. Apa ada rencana (perancangan) mahu ke Banda Aceh kah, datuk? Pengen (teringin) nak jumpa Datuk," tulis @zahira_f.olshop di ruangan komen.
Seorang lagi netizen, @rere_Rekare78 berkata: "Datuk di mananya di Aceh Utara? Saya nak jumpa dengan Datuk."
Sementara itu, Vida ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu berkata, beliau ke wilayah itu untuk meninjau keadaan di beberapa 'pesantren' (pusat tahfiz) demi mencari saham akhirat.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/04/vida-hilang/~/media/308004164765464b9c43ec39661f064c.ashx?la=en

Antara komen yang ditinggalkan oleh peminat Vida di Instagram.
"Saya datang sini nak cari saham akhirat...tengok 'pesantren' dan bercadang nak buka (pesantren) di Ipoh dan Kota Bharu.
"Saya nak lihat cara mereka menguruskannya di sini dan insyaAllah kalau ada rezeki, saya akan bawa sesuatu yang baik untuk orang Aceh," katanya sambil memberitahu bahawa akan mengutamakan bantuan kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu sebelum boleh membantu saudara seagama di negara lain.
Jelasnya, beliau tidak aktif di laman sosial sejak tiba di Aceh kerana melawat kawasan pedalaman yang adakalanya mempunyai masalah rangkaian Internet.
Dalam pada itu, Vida turut terkejut selepas mengetahui terdapat dalam kalangan peminatnya yang berasal dari Aceh dan tidak menyangka bahawa mereka ingin bertemu dengan beliau.
"Saya pergi kawasan-kawasan kampung, nak kemaskini(media sosial) tu susah sedikitlah.
"Saya tak sempat baca komen dan terkejut rupa-rupanya saya dikenali di sini. Terima kasih banyak," katanya.





No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung