Nuffnang

Tuesday, February 6, 2018

Tudiaaa !!! Baju Hello Kitty: “Memang Saya Letak Harga Setengah Juta”




Paparan skrin perbualan mengenai baju Hello Kitty yang dijual pada harga RM500,000.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/05/baju-harga-setengah-juta/#DDdkyEqc4vBBPpU9.99
PETALING JAYA: Kisah bajunya terus hangat diperkatakan selepas mendapat tawaran daripada seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan seorang ahli perniagaan.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik ini memuat naik paparan skrin perbualannya bersama seorang lagi individu yang menyatakan minat untuk membeli baju Hello Kittynya itu.
“Berapa ‘dear’ jual? Saya berminat ‘dear’. Betul-betul berminat,” kata individu berkenaan.
“Kalau saya letak harga RM500,000 satu set baju Hello Kitty, macam mana setuju?,” balas usahawan kosmetik berkenaan, Yus Amina Mohd Zawizah, 27.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/05/baju-harga-setengah-juta/~/media/27bd189dbfed4a5099e59c9c78d51f1e.ashx?la=en

Yus Amina Mohd Zawizah.

Harga setengah juta yang ditawarkan itu mengejutkan individu berkenaan termasuk netizen, sehingga ia tular di media sosial.
Yus Amina atau lebih dikenali sebagai Afina berkata, sehingga kini beliau terus menerima banyak mesej di telefon dan laman sosial yang berminat untuk mendapatkan baju Hello Kittynya yang pernah tular tahun lalu.
Afina menjelaskan bahawa paparan skrin yang dikongsinya di laman sosial itu merupakan pertanyaan daripada seorang wanita yang merupakan ahli perniagaan.
“Memang saya letak harga RM500,000 untuk baju Hello Kitty yang pernah dipakai saya, suami dan anak perempuan, ada tiga helai kesemuanya.
“Ramai sangat yang tanya berapa harga, jadi senang cerita saya terus letak harga tu. Bagi saya, kalau mereka betul-betul peminat Hello Kitty dan mampu, mereka boleh beli dengan harga yang saya tawarkan tu,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Antara koleksi baju Hello Kitty yang dipakai Afina bersama suami dan anak perempuannya.
Afina berkata, lambakan mesej yang diterima berhubung baju Hello Kitty menyukarkan beliau membezakan pelanggan yang mahu berurusan mengenai produk kecantikannya.
Ditanya mengenai harga setengah juta dianggap terlalu tinggi, Afina menjelaskan bahawa selama ini dia tidak pernah menetapkan sebarang harga untuk baju-baju tersebut.
“Baju Hello Kitty yang dibeli pada harga RM50,000 pun bukan saya yang tetapkan tetapi ia ditawarkan oleh pembelinya. Jadi, bila dah banyak sangat yang tanya, tak salah kali ini saya pula yang nak 'demand' (letak harga),” katanya.
Baru-baru ini, usahawan kosmetik ini dikejutkan dengan keputusannya menjual enam baju Hello Kitty berharga RM50,000 kepada seorang ahli perniagaan.
image: http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/02/05/baju-harga-setengah-juta/~/media/5b7bcb127d8643dbade88542604b88a6.ashx?la=en

Maklum balas seorang ahli perniagaan selepas harga baju ditetapkan RM500,000.
Dalam pada itu, Afina mendedahkan bahawa dia menerima komen-komen negatif berhubung harga setengah juta itu tetapi telah dipadamkannya di laman sosial.
“Mereka kata melampau sebab jual baju tu mahal sangat. Sampai ada yang kata ‘baju guna kain cadar tapi jual harga boleh beli rumah’.
“Ingin saya jelaskan bahawa kain yang saya beli tu memang untuk dibuat baju sebab tu saya sekeluarga pakai. Tapi kain tersebut tak banyak jual, ‘limited’,” katanya.
Tahun lalu, kisah Afina dan anak perempuannya berbaju raya Hello Kitty tular apabila seorang lelaki bergelar Datuk Z sanggup membeli baju berkenaan pada harga ribuan ringgit untuk anak perempuannya termasuk cucu yang menghidap kanser hati.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung