Nuffnang

Monday, August 20, 2018

Perghh !!! Bintang Liga Perdana Inggeris didakwa rogol model

Bintang Liga Perdana Inggeris didakwa rogol model



SEORANG bintang bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) didakwa merogol seorang model di London.
Seorang bintang terkemuka dan seorang pemain bola sepak bukan liga bakal berdepan dengan siasatan polis selepas seorang wanita mendakwa dirinya diberikan dadah sebelum dirogol.
Mangsa mendakwa bintang Piala Dunia itu bersama rakannya melakukan perkara tersebut di sebuah unit apartment selepas mengadakan pertemuan di London.
Wanita yang tidak didedahkan namanya itu membuat laporan polis berhubung insiden.
Dia yang merupakan seorang model warga Perancis disiasat polis di Paris dan kemudian menjalani pemeriksaan perubatan.
Dalam kejadian itu, model tersebut bersama rakan-rakannya bertemu dengan dua pemain berkenaan di sebuah restoran di Mayfair, London untuk menikmati makan malam.
Mereka kemudian ke sebuah unit apartment di Westminster di ibu negara Britain untuk persiapan keluar ke kelab malam.
Seorang jurucakap Polis Nationale di Perancis berkata, mereka enggan mengulas kerana perkara itu masih dalam siasatan.
Polis Metropolitan di London pula memberitahU mereka masih belum mendapat maklumat berhubung insiden daripada pihak berkuasa Perancis. - Daily Star UK

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung