Nuffnang
Tuesday, October 30, 2018
'ALLAH beri peluang kepada saya...'
JAKARTA - INDONESIA. Pegawai Kementerian Kewangan ini sememangnya bernasib baik kerana terselamat daripada tragedi pesawat Lion Air, JT 610.
"Saya berasal dari Bandung. Jadi, setiap minggu saya akan pulang dan menaiki pesawat awal pagi," jelas Sony Setiawan kepada wartawan di Pangkalpinang, hari ini.
Menurutnya, dia biasanya tiba di Jakarta tepat jam 3 pagi (waktu tempatan) dari Bandung.
Namun, Sony terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Cikampek hingga menyebabkan dia terlepas pesawat kerana tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta itu pada jam 6.20 pagi.
Dia kemudiannya mengambil penerbangan Sriwijaya Air pada jam 9.40 pagi.
"Selepas mendengar kejadian yang menimpa pesawat Lion Air. Saya menangis kerana terkejut bercampur sedih berikutan enam sahabat saya turut berada dalam pesawat itu. ALLAH memberi peluang kepada saya untuk memperbaiki diri," ujarnya sambil menambah berasa tidak sedap hati sejak petang semalam.
Menurutnya, dia turut mencetak pas masuk kerana takut terlambat. - Agensi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di Kedah alami kesesakan luar biasa hari ini apabi...
-
(Kanan) Keadaan motorsikal dinaiki mangsa yang maut dalam kemalangan di Kilometer 95 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. FOTO IHSAN Poli...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
ANGGOTA bomba menguruskan mayat Gindek yang itu maut disambar buaya di Asajaya. FOTO Ihsan JBPM Kuching: Buaya mengganas lagi dengan terba...
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong, Brunei, telah menjadi tular. - Foto tular KUALA LUMPUR: Gambar seek...
-
SEBUAH bot dihantar untuk menyelamatkan isteri pelancong dari Arab Saudi. - Foto The Pattaya News BANGKOK – Seorang pelancong dari Arab Sa...
No comments:
Post a Comment