Nuffnang

Saturday, December 29, 2018

Teddia Gadis Di Kecam akibat Putus Cinta..


HANYA beberapa hari lagi tahun 2018 bakal melabuhkan tirai, pelbagai perkara direncanakan seperti azam sempena tahun baharu.
Menjelang 2019, muncul satu lagi ikutan di media sosial apabila masing-masing berlumba-lumba membuat cabaran akhir tahun atau dipanggil ‘End of Year Challenge’.
IKLAN
Cabaran ini menyaksikan dua gambar dimuat naik, dengan gambar pertama diambil pada awal tahun, manakala sekeping lagi yang paling baharu bagi menunjukkan perbandingan antara kedua-duanya.
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/in-art-close-icon-128x128-16481b937f87b244a645cdbef0d930f8.png
–– ADVERTISEMENT ––
image: https://video.unrulymedia.com/native/images/unmiss-sound-button-muted-e74d67a0c85c3548f07d7564782a269c.svg

Seorang gadis bagaimanapun menarik perhatian di laman sosial, apabila paparan cabarannya itu tular, sehingga diulang kicau lebih 25,000 kali!


Perkongsian seorang gadis mengenai cabaran akhir tahun atau 'End of Year Challenge'.
Gambar pertama (awal tahun) menunjukkan dirinya bersama seorang pemuda, manakala gambar kedua sebagai gambaran akhir tahun adalah dirinya bersama selonggok sampah. Ia telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.
Bercakap kepada mStar Online, gadis berusia 19 tahun itu berkata, ‘cabaran akhir tahun’ itu mendedahkan dirinya telah putus cinta bersama seorang pemuda seusia dengannya, selepas menjalinkan hubungan hampir setahun.
Hanya mahu dikenali sebagai Wani, cabaran itu sebenarnya dibuat sebagai satu bahan jenaka selepas kebanyakan rakannya melakukan perkara yang sama, dan tidak menyangka ia menjadi tular.
“Kebanyakan mereka meletakkan dua gambar wajah tunjuk perbezaan awal dan akhir tahun. Ada yang dulu tak cantik tapi sekarang semakin berseri-seri, begitu juga yang dulunya OK, kemudian yang selekeh mungkin stres selepas peperiksaan.
“Lelaki dalam gambar tu adalah bekas boyfriend (kekasih) saya, kami baru saja putus cinta sebulan lalu. Dia ‘kantoi’ sebab curang dengan perempuan lain,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Wani bersama bekas teman lelakinya, putus cinta selepas menjalinkan hubungan hampir setahun.
Mengulas lanjut, pelajar kolej berasal dari Kuala Lumpur ini menjelaskan bahawa kecurangan teman lelakinya disedari selepas menemui mesej peribadi menerusi akaun media sosial kekasihnya.
“Dulu boyfriend saya ada buka akaun sosial media dia guna telefon saya dan butiran log masuk masih ada. Saya kesan dia dan perempuan tu ada bermesej secara peribadi.
“Hubungan kami kadang-kadang baik, kadang-kadang gaduh, adatlah orang bercinta. Tapi sepatutnya dia cuba perbaiki hubungan kami, bukannya ‘mengorat’ perempuan lain. Perempuan tu pula ambil kesempatan bermesra dengan dia,” tambah Wani.


Wani menjelaskan gambar sampah itu sebagai naratif menunjukkan mereka yang bersikap curang, tanpa mengira jantina.
Bagaimanapun, Wani menegaskan bahawa gambar dirinya menunjukkan selonggok sampah tersebut bukan gambaran kepada semua lelaki itu adalah sampah.
“Saya tak kata lelaki itu sampah. Naratif yang saya cuba sampaikan itulah perangai orang yang bersikap curang tanpa mengira jantina. 
“Ramai yang komen termasuk memberi sokongan kepada saya selepas putus cinta. Bukan setakat perempuan, ada juga netizen lelaki yang berkongsi pengalaman mereka dicurangi kekasih sendiri. Jadi, kita semua ni sama, bezanya perangai baik dan buruk saja,” katanya.


Siri tulisan Wani di twitter berhubung paparan 'End of Year Challenge' yang dimuat naiknya.
Sejak putus cinta, gadis ini dihujani begitu banyak mesej daripada pengguna Twitter terutama lelaki yang mahu mengenalinya, tetapi tidak dipedulikan.
Susulan daripada perkongsiannya menjadi tular, Wani turut dikecam sebagai tidak matang, bersikap kebudak-budakan, tidak boleh ‘move on’, malah keterlaluan dilabelkan sebagai pendendam hanya kerana memaparkan gambar bekas kekasih.
“Kebanyakan kecaman ini daripada netizen tempatan. Mereka tak berada di tempat saya, jadi mudah untuk berkata-kata. Saya banyak juga terima komen dan mesej dari luar negara, tapi kebanyakannya lebih positif dan memberi semangat.
“Paling menarik perhatian saya adalah seorang lelaki dari Amerika Syarikat (AS) kerana mesej-mesej begitu intelektual dan memberikan bantuan dari sudut psikologi. Bagaimanapun, kami baru saja mengenali sebagai kawan,” katanya tanpa mahu mengulas lanjut mengenai lelaki warga AS itu sambil menambah dirinya kini mahu memberi tumpuan kepada diri sendiri termasuk keluarga dan pelajarannya.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung