Nuffnang

Thursday, February 28, 2019

Rakyat Malaysia diminta tinggalkan Azad Jammu, Kashmir segera


Foto: Bernama
A
 
A

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India dikehendaki meninggalkan buat sementara wilayah atau kawasan tersebut dengan serta-merta.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad (STMI) menerusi catatan di laman Facebook memaklumkan, situasi keselamatan di kawasan sempadan India-Pakistan, terutama di ‘line of control (loc)’, kini tegang dan semakin membimbangkan berikutan beberapa insiden melibatkan angkatan tentera kedua-dua negara itu.
Menurut Suruhanjaya itu, pihaknya sedang memantau dengan teliti perkembangan situasi berkenaan.
“Warganegara Malaysia di Pakistan dikehendaki sentiasa bersiap siaga untuk sebarang kemungkinan, termasuk memastikan segala dokumen pengenalan diri dan perjalanan sentiasa tersedia.
“Warga Malaysia juga diingatkan tidak melawat Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India serta mendapatkan nasihat perjalanan daripada pihak berwajib, sekiranya perjalanan tersebut tidak dapat dielakkan,” menurut catatan itu.
Rakyat Malaysia juga dikehendaki melaporkan sebarang pergerakan ke luar kawasan atau keberadaan mereka di sesuatu tempat kepada pihak STMI dan mematuhi sebarang arahan pihak berkuasa Pakistan dari semasa ke semasa.
Media hari ini melaporkan ketegangan antara New Delhi dan Islamabad dengan kedua-duanya merupakan kuasa nuklear, semakin memuncak sejak serangan pengganas di Pulwana, India pada 14 Februari lalu yang menyebabkan lebih 40 orang terbunuh dan ramai tercedera.
Menurut laporan, kumpulan militan berpangkalan di Pakistan, Jaish-e-Mohammed, mendakwa bertanggungjawab atas serangan itu. - Bernama

    No comments:

    Posting Terbaik Minggu Ini

    Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

    Follow twitter

    Harga Minyak dan Logam Dunia

    Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung