“Saya terharu tengok sikap Hau” - Selepas 9 tahun keluar-masuk sekolah, akhirnya lelaki ini dapat lihat pelajar ‘rare’
Redzwan berkongsi kisah mengenai Hau menerusi laman Facebook miliknya. Mstar
PENGALAMAN sembilan tahun sebagai penceramah seminar matematik membolehkan jejaka ini bertemu dengan ramai pelajar di seluruh negara.
Bercerita kepada mStar, Redzwan Azizan sempat berkongsi pengalaman terbaharunya yang disifatkan cukup 'rare' dan membuka mata khususnya buat masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Mesra disapa Redzwan, dia mengakui agak terkejut melihat seorang murid lelaki berbangsa Cina yang 'bekerja' di kantin Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Cheras, Kuala Lumpur pada Khamis lalu.
”
"Masa tu waktu rehat, saya di sana untuk satu sesi ceramah. Saya tengok pelajar tu tolong mak cik kantin jual kuih 'roll' dan ayam gunting.
"Saya sangat tertarik dengan inisiatifnya. Walaupun dia orang Cina, dia sanggup nak tolong mak cik Melayu.
Redzwan terharu melihat sikap positif yang ditunjukkan oleh Hau.
"Bila tanya mak cik tu, baru saya dimaklumkan dia memang sukarela nak tolong. Tak ada upah wang pun, cuma dapat makanan percuma sahaja.
"Saya difahamkan nama dia Hau dan dia murid tingkatan empat. Saya kagum tengok dia manfaatkan waktu rehat untuk praktis ilmu berniaga. Ayah dia pun berniaga juga," ujar Redzwan sewaktu dihubungi.
Saya tengok dia sanggup nak membantu, satu contoh yang sangat bagus. Dia pun sangat menitikberatkan kebersihan, siap pakai sarung tangan dan sentiasa tersenyum.
REDZWAN AZIZAN
PENCERAMAH SEMINAR MATEMATIK
Menurut Redzwan lagi, situasi itu turut membuatkan dia terharu memandangkan perbezaan latar belakang kaum langsung tidak menjadi masalah buat Hau.
Ujarnya, ia sekali gus membuktikan keharmonian kaum di negara ini masih lagi utuh biarpun ada segelintir pihak yang cuba mengeruhkan keadaan.
"Sekarang ni banyak masalah pertembungan budaya, ada yang bersifat perkauman. Padahal boleh sahaja saling tolong menolong dan hormat menghormati.
"Saya terharu tengok sikap Hau. Tak ramai pelajar di Malaysia ni yang ada sikap positif seperti dia.
Redzwan sudah sembilan tahun berkecimpung sebagai penceramah seminar matematik.
"Saya tengok dia sanggup nak membantu, satu contoh yang sangat bagus. Dia pun sangat menitikberatkan kebersihan, siap pakai sarung tangan dan sentiasa tersenyum," ujarnya yang menetap di Bangi, Selangor.
Tambah Redzwan lagi, sukar untuk dia bertemu dengan pelajar sebagus Hau pada zaman ini memandangkan ramai golongan murid yang semakin leka dalam dunia mereka sendiri khususnya dengan kehadiran gajet dan teknologi.
Malah katanya, inisiatif Hau yang wajar dipuji itu juga pastinya akan memberi input berguna untuk murid itu pada masa akan datang.
Redzwan berkongsi mengenai Hau menerusi laman Facebooknya pada 12 Julai lalu.
Posting itu sehingga kini menerima lebih 600 tanda suka dan turut dikongsi 153 pelayar Facebook.
Tags/Kata Kunci:Hau , Redzwan Azizan , kantin , Cina , Melayu , perpaduan , kantin
Nuffnang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila b...
-
AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet. ' Ini mungkin balasan Tuhan' KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak mus...
No comments:
Post a Comment