Nuffnang
Tuesday, September 17, 2019
Wow !!! Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia, tauke kedai buntu...macam mana nak kongsi resepi ni?
Tunku Azizah komen mi bandung Sg Lembing paling sedap di dunia, tauke kedai buntu...macam mana nak kongsi resepi ni?
Tunku Azizah yang mahu resepi mi bandung di Kedai Makan Wan Masturah di Sungai Lembing di Kuantan, Pahang.
MI bandung di Sungai Lembing di Pahang laris apabila periuk besar berisi kuahnya licin, semuanya penangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli menikmati hidangan itu.
Terletak di tepi jalan di Kampung Kuala Kenau, Kedai Makan Wan Masturah yang menerima kunjungan Agong dan Tunku Azizah pada Sabtu lalu, mendapat jolokan mi bandung paling sedap.
“Saya orang Johor biasa makan mi bandung, tetapi mi bandung di Sungai Lembing paling sedap sekali di dunia... dan tauke kedai janji nak beri saya resepi.
“Tuanku (Agong) pun cakap sedap sangat mi bandung Sungai Lembing,” tulis Tuanku menerusi akaun Instagram @tunkuazizah di ruangan komen pada salah satu posting di laman Instagram rasmi mStar @mstaronlineofficial, yang menunjukkan video ketibaan Agong dan Permaisuri ke kedai makan tersebut.
Komen Tunku Azizah mengenai mi bandung di Sungai Lembing.
Sementara itu, Nur Madihah Ahmad Rosdi yang memuat naik video berkenaan sehingga tular berkata, keistimewaan mi bandung di kedai makan yang diusahakan keluarganya sejak 20 tahun lalu kerana kuahnya yang pekat.
“Resepinya sama dengan mi bandung yang lain tapi cara masakannya mengikut cara masakan daripada arwah mak saudara kami iaitu Allahyarham Wan Masturah.
“Kenangan manis kami adalah ada orang sanggup datang ke Sungai Lembing semata-mata untuk makan mi bandung dan mi jawa kami, ia akan disusuli dengan respons positif daripada mereka,” katanya kepada mStar.
Resepi ni tak bagi lagi kepada Tunku Azizah. Pihak kami tak pasti nak bagi macam mana sebab ramai berkerumun di kedai kami ketika itu dan (pihak Tuanku) tak sempat ambil nombor telefon.
NUR MADIHAH
Malah, gadis berusia 23 tahun itu memberitahu ada pelanggan yang berulang kali datang semata-mata penangan kehebatan kedua-dua menu tersebut.
“Tetapi kenangan paling manis adalah dapat menghidang sendiri mi bandung untuk disantap Agong dan Permaisuri,” ujar graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan Kampus 1 di Kota Samarahan, Sarawak.
Agong dan Permaisuri bersama rakyat di Kedai Makan Wan Masturah.
Nur Madihah memberitahu, resepi mi bandung itu bagaimanapun masih belum disampaikan kepada Tunku Azizah kerana tiada nombor telefon yang diambil.
“Resepi ni tak bagi lagi kepada Tunku Azizah. Pihak kami tak pasti nak bagi macam mana sebab hari tu ramai berkerumun di kedai kami ketika itu dan (pihak Tuanku) tak sempat ambil nombor telefon.
“Kami tak kisah bila-bila pun boleh kongsikan resepi dengan Tuanku,” katanya yang membantu keluarganya mengusahakan kedai makan tersebut sementara mencari peluang pekerjaan.
Agong dan Tunku Azizah berkenan mencemar duli menikmati mi bandung.
Jelas Nur Madihah, keluarganya sedia menunjukkan cara-cara memasak mi bandung mengikut resepi turun-temurun itu di premis mereka sekiranya diberikan peluang.
Terdahulu, menerusi salah satu video yang dikongsi Nur Madihah, Tunku Azizah mahu mendapatkan resepi mi bandung yang dijual digerainya.
“Janji tau, ambil nombor telefon dia,” titah Tunku Azizah yang mahu resepi hidangan tersebut dikongsi oleh pemilik kedai makan berkenaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Posting Terbaik Minggu Ini
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, bar...
-
'MAAFKAN SAYA ATAS KEDUNGUAN SAYA' - FAIZAL TAHIR Perlaksanaan GST 1 April yang lalu benar- benar menerima 'kesan' y...
-
EBIT Lew. FOTO Bernama. Kuala Lumpur: Pempengaruh Indonesia, Mondy Tattoo diarah membayar RM20,000 kepada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebi...
-
Tabik! Anggota tentera kutip Jalur Gemilang di tepi jalan undang sebak, “Terima kasih pahlawan” Foto yang menjadi tular di laman sosial. ...
-
Demo Kangkung ..Pemimpin depa yang silap cakap.. su kangkung tiba-tiba bertukar menjadi isu ketuanan melayu hanya sanya Naji...
-
MANGSA dirogol di hadapan rakan-rakannya yang khuatir turut menjadi mangsa. - Thaiger BANGKOK – Seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun...
-
Sedepa tanduk yang datang, sejengkal tanduk yang menanti, payah juga yang datang ... sekali air bah, sekali pasir berubah. Maksud: Apabila b...
No comments:
Post a Comment