Nuffnang

Friday, September 13, 2019

Tediaaa !! Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka!


Bantuan terbantut! Tayar kereta cikgu terbenam ketika jemput calon UPSR ke sekolah... tindakan guru besar tak disangka-sangka!
Seorang guru di SK Sungai Bakap sanggup meredah hujan demi mahu pelajarnya menduduki UPSR.
"KAMI sudah anggap semua anak murid seperti anak sendiri," demikian kata guru wanita yang dipuji netizen kerana sanggup meredah hujan untuk menjemput seorang anak muridnya di rumah semata-mata untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Guru berkenaan, Siti Nadira Zainal ketika dihubungi mStar berkata, sudah menjadi tanggungjawab setiap guru mengambil berat dan mengetahui setiap permasalahan yang dihadapi murid.
"Kami dah anggap macam anak sendiri. Jika tak datang periksa, pentadbir dan guru semua risau, jadi kena cari mereka. Tanggungjawab guru dah jadi seperti ibu bapa," katanya.
Terdahulu, gambar tayar kereta guru berkenaan yang terbenam di kawasan tanah lembut berhampiran rumah pelajar berkenaan menjadi viral di laman sosial.
Menceritakan kembali kejadian itu, Siti Nadira yang berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Pulau Pinang itu berkata, ia merupakan hari terakhir bagi kertas subjek Sains.

l
Beberapa orang membantu mengaihkan kereta guru berkenaan.
"Saya nak undur kereta dari rumah waris pelajar tersebut untuk membawanya ke sekolah, tapi tiba-tiba tayar terbenam. Jadi guru besar datang ke lokasi bersama seorang lagi guru lelaki untuk bawa murid itu ke sekolah.
"Guru besar kemudian datang semula bersama pengawal keselamatan dan pekerja kebersihan untuk keluarkan tayar namun tak berjaya. Jadi saya hubungi suami yang menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk tarik kereta saya. Pukul 1.00 tengah hari suami datang bersama kawannya untuk keluarkan tayar," ujarnya.
Rata-rata netizen memuji tindakan terpuji guru berkenaan yang sanggup berkorban demi melihat anak didiknya berjaya.
"Terbaik cikgu, jasa tetap dikenang kerana kepayahanmu membuat anak bangsa kagum denganmu," tulis seorang pelayar Facebook, Sarjen Sham.
Antara komen netizen yang memuji tindakan guru berkenaan.
"Terbaik la cikgu sekolah Sungai Bakap... semoga Allah permudahkan dan balas jasa guru-guru di sekolah itu," tulis Serina Hussain pula.
Sehingga kini posting itu mendapat ratusan perkongsian dan dibanjiri dengan komen positif netizen.
Mengulas lanjut, Siti Nadira berkata dia tidak menyangka tindakannya itu mendapat perhatian netizen.
"Bagi saya semua guru akan buat perkara sama untuk anak muridnya jika mereka tak hadir peperiksaan. Anak murid umpama anak kami sendiri," ujarnya lagi. Kredit Mstar

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung