Nuffnang

Tuesday, February 4, 2020

Perghh !!!Pemandu tak bagi signal, penunggang motosikal kongsi dua kali jatuh ‘berjemaah’ atas jalan raya


Pemandu tak bagi signal, penunggang motosikal kongsi dua kali jatuh ‘berjemaah’ atas jalan raya
Arif mengalami luka dan bengkak di beberapa bahagian badan manakala motosikalnya juga rosak teruk gara-gara sikap seorang pemandu kereta yang tidak berhemah.
SEORANG penunggang motosikal sememangnya terdedah kepada risiko apabila berada di atas jalan raya.
Setiap daripadanya pasti pernah merasai pengalaman terbabit dalam kemalangan jalan raya, tidak kiralah sama ada ia berpunca daripada kesalahan sendiri mahupun orang lain.
Sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini, dia baru sahaja ditimpa kemalangan gara-gara sikap pemandu kereta yang disifatkannya langsung tidak berhemah.
Menurut Arif Idris, kejadian malang itu berlaku pada minggu lalu ketika dia sedang menunggang motosikal ke tempat kerjanya yang terletak di Sungai Besi.
“Ketika itu sekitar pukul 8 pagi, saya baru sahaja menghantar isteri di tempat kerjanya yang terletak di Bangsar. Masa tu jalan agak licin dan basah sebab hujan gerimis.
Perkongsian Arif mengenai kemalangan yang menimpanya menjadi tular di Twitter.
“Sewaktu melalui Jalan Istana dan sedang menunggang di lorong kiri, tiba-tiba seorang penunggang motosikal yang berada di lorong tengah dihimpit sebuah kereta yang mahu menukar lorong tanpa memberi signal, menyebabkan dia terjatuh di lorong saya.
“Kejadian berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat mengelak daripada melanggar penunggang tersebut. Maka 'berjemaahlah' kami tersepai di atas jalan raya. Selepas itu, dua lagi penunggang motosikal turut terjatuh gara-gara tidak dapat mengelak,” katanya ketika dihubungi mStar.
Menurut Arif, akibat kemalangan tersebut, beberapa anggota badannya mengalami luka dan bengkak, manakala motosikalnya pula bercalar teruk.
Keadaan motosikal Arif selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Istana, baru-baru ini.
“Mujur saya pakai jaket khas ketika itu, sedikit sebanyak ia membantu meminimakan kecederaan. Saya rasa kalau tak pakai jaket tu, pasti cedera teruk.
“Saya belajar daripada pengalaman kerana lima tahun lalu, saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ia disebabkan keadaan jalan di laluan motosikal yang berlubang kerana tidak diselenggara dengan baik. Ketika itu, jatuh berjemaah juga, lebih kurang lapan penunggang motosikal.
“Masa itu saya cedera teruk, menerima jahitan di beberapa anggota badan. Selepas kejadian tu, saya pasti akan pakai jaket ketika menunggang motosikal,” ujarnya yang merupakan seorang penjawat awam.
Lima tahun lalu, saya pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya. Ia disebabkan keadaan jalan di laluan motosikal yang berlubang kerana tidak diselenggara dengan baik.
Arif berkata, akibat kemalangan yang menimpanya baru-baru ini, dia diberikan cuti sakit selama lima hari memandangkan kecederaannya masih belum pulih sepenuhnya.
“Tangan kanan saya bengkak, manakala luka-luka yang lain perlu dicuci. Walaupun cedera ringan, tapi lukanya agak dalam,” ujar lelaki berusia 35 tahun itu.
Tiga kali pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya sewaktu menunggang motosikal membuatkan Arif benar-benar menitikberatkan soal pakaian perlindungan keselamatan.

Netizen bukan sahaja meluahkan rasa simpati malah turut berkongsi pengalaman masing-masing.
“Penunggang motosikal patut utamakan soal pakaian dan aksesori perlindungan seperti jaket dan gloves. Selain topi keledar, dua benda itu memang penting sebab ia boleh meminimakan kecederaan. Ya, kadang orang ambil remeh, konon leceh… ataupun sebab nak pergi tempat dekat, tapi tetap perlu pakai.
“Dalam pada itu, sebagai pengguna jalan raya baik penunggang motosikal mahupun pemandu kenderaan lain, amalkanlah sikap bertolak ansur. Masing-masing ada ragam tapi perlu saling memahami dan jangan pentingkan diri,” katanya lagi.

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung