Nuffnang

Friday, April 10, 2020

Tedia !!! Tragis! Doktor ini pernah rayu PM Britain sediakan lebih banyak PPE untuk ‘frontliners’, kini turut terkorban kerana Covid-19


Tragis! Doktor ini pernah rayu PM Britain sediakan lebih banyak PPE untuk ‘frontliners’, kini turut terkorban kerana Covid-19
Dr Abdul Mabud meninggalkan isteri dan dua orang anak selepas turut menjadi korban Covid-19. Foto: Metro.co.uk
BARU beberapa hari lalu media tempatan melaporkan mengenai seorang jururawat di Britain meninggal dunia kerana Covid-19, kini seorang doktor turut menerima nasib yang sama.
Dr Abdul Mabud Chowdhury meninggal dunia pada usia 53 tahun selepas 15 hari menerima rawatan di Queens Hospital, Romford, Timur London.
Dia merupakan salah seorang daripada 17 kakitangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang terkorban sejak bermulanya pandemik Covid-19.
Tragisnya, Dr Abdul Mabud meninggal dunia tiga minggu selepas dia merayu kepada Perdana Menteri, Boris Johnson berkenaan bekalan kelengkapan perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.
Bulan lalu, Dr Abdul Mabud menulis kepada Boris Johnson meminta Perdana Menteri itu memastikan setiap petugas NHS mempunyai akses untuk PPE.
Tulisnya, petugas barisan hadapan mempunyai kontak langsung dengan pesakit Covid-19 dan mempunyai hak seperti orang lain untuk hidup bersama keluarga tanpa perlu bimbang dengan penyakit.
Persatuan Doktor Muslim dalam satu kenyataan berkata: "Beliau meninggalkan isteri dan dua anak. Ingatan dan doa kami bersama mereka. Dua minggu sebelum kemasukannya ke hospital, beliau menulis mesej kepada Perdana Menteri meluahkan gesaan untuk bekalan PPE yang lebih baik. Semoga beliau tenang di sana." - Metro.co.uk









2 comments:

Anonymous said...

Samalah dgn rayuan dan kerisauan raykat malaysia satu ketika dulu ttg wabak nie.
Jwpn tun mangkuk...mana nak letak 1 juta pelancung china tu, kandang lembu?. Bodoh! Permintaan raykat...ketatkan pintu negara dpd negara berwabak.
Ada yg kata wabak dpt dikawal. Kalau dpt dikawal kenapa tak ada atau tak buat larangan berhimpun?
Semuanya tinggal sejarah dan bersyukur kerajaan skrg lebih efisien dpd kerajaan kencing hanceng!

Sesiapa yg nak salahkan punca wabak tu masuk...salahkan mangkuk ayun kerajaan ph.

Anonymous said...

Covit19 Kamu bukan penjenayah. Kamu langsung tak bersalah - Najib

Kamu akan dilayan baik.

Diberi saringan percuma oleh KKM jika memenuhi syarat.

Diberi rawatan rapi percuma yang sepatutnya, warded jika perlu. (makan 6 kali sehari.. mcm duduk asrama..!!)

Diberi tempat khusus untuk menginap dan makanan percuma selama 14 hari jika diperlukan untuk kuarantin diri. (WiFi percuma beb..!!)

Dan jika kamu menjalankan kuarantin diri dengan baik kamu telah menjalankan tanggungjawab kamu untuk melawan wabak Covid.

Kamu antara mereka yang akan menyelamatkan negara.

Berhubunglah dengan KKM melalui hotline mereka dengan segera jika risau kamu ada kemungkinan telah dijangkit Covid.

Duduk dan tunggu di rumah untuk KKM datang.

Berilah kerjasama penuh kepada mereka.

Mereka akan layan kamu dengan sebaik-baiknya.

-Malaysia Gazzette-

Hotline Covid KKM:
03-8881 0200
03-8881 0600
03-8881 0700

“Setakat Gebang Kencang Tidak Boleh Menyumbang, Lebih Baik Ko Diam Bangang!!”

#kitajagakita

Sumber (yang di'modify') : Najib Razak

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung