Nuffnang

Thursday, August 20, 2020

Tudiaa !!! Tragedi tragis, sempat buat live sebelum maut dirempuh kereta api

 

Tragedi tragis, sempat buat live sebelum maut dirempuh kereta api

Tavy Pustiu menjerit sebelum kereta yang dinaikinya bersama isteri dirempuh sebuah kereta api. Foto NEWSFLASH

SEORANG penyanyi sempat merakamkan detik-detik terakhir menerusi video penstriman secara langsung, sebelum kereta yang dinaikinya dirempuh sebuah kereta api.

Tavy Pustiu, 29, yang dikatakan sebagai bintang yang sedang meningkat naik di Romania, terbunuh dalam satu tragedi ngeri.

Ketika kejadian, Tavy merakamkan dirinya sedang mendengar muzik di dalam kereta, sementara isterinya sedang memandu.

Rakaman itu menunjukkan dia menari mengikut rentak lagu sambil melihat kamera sebelum kereta yang dinaiki mereka dirempuh kereta api.

Dalam kejadian yang berlaku di Ploiesti di Prahova County, pemuzik itu kelihatan riang dan tersenyum memandang isterinya, yang sedang meninjau kedatangan kereta api.

Bagaimanapun, isterinya gagal untuk bertindak pantas apabila kereta api laju muncul secara tiba-tiba sebelum merempuh kereta yang dinaiki mereka.

Rakaman terakhir menunjukkan penyanyi berkenaan menjerit sebaik menyedari bahaya yang menimpanya.

Tavy meninggal dunia di tempat kejadian, dan isterinya dalam keadaan kritikal di Hospital Prahova County. - Daily Star


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung