Nuffnang

Thursday, January 21, 2021

Bakat luar biasa! Terowong rekaan pelajar umur 13 tahun bakal dibina di sekolahnya -


Bakat luar biasa! Terowong rekaan pelajar umur 13 tahun bakal dibina di sekolahnya - “Darjah 3, dia install sendiri perisian arkitek”

Bakat luar biasa Airiel Haziq menerima reaksi positif netizen sehingga dia digelar sebagai arkitek muda.

BAKAT yang cukup luar biasa!

Mungkin itulah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan kisah seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, Airiel Haziq yang digelar 'arkitek muda'.

Kisah itu menjadi perhatian ramai selepas bapanya, Mohd Hardy Ahmad, 43, banyak berkongsi hasil karya anak sulungnya itu menerusi laman Facebook.


Menurut pegawai penyelaras insuran dari Alor Setar, Kedah itu, bakat anaknya disedari sejak dia masih kecil lagi yang mana ia disifatkan wujud secara semulajadi.

"Saya ingat lagi masa dia kecil, sebelum masuk tadika saya ada belikan dia whiteboard. Dari situ dia mula conteng, kadang-kadang sampai terlajak ke lantai.

"Dia nampak teruja, minat seni dari kecil. Apabila masuk darjah 1, lukisan rumah yang dihasilkan juga nampak berlainan. Ada sisi pandangan dan perspektif.

"Tapi dia mula menonjol masa darjah 3 hingga darjah 4. Saya belikan sebuah komputer terpakai RM300, dia install sendiri satu perisian yang digunakan oleh arkitek. Dia belajar sendiri semuanya," ujarnya.

Airiel Haziq kini berusia 13 tahun.

Menurut Hardy, dia sendiri langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang seni bina, begitu juga isterinya, Zafina Mohd Fadzilah, 42, yang betugas sebagai jururawat.

Selain lukisan di atas kertas yang dijelmakan secara tiga dimensi sehingga menjadi satu visual lengkap menerusi komputer, idea kreatif Airiel Haziq juga dikahabarkan bakal menjadi realiti tidak lama lagi.

Menurut Hardy, Airiel Haziq diminta menghasilkan satu rekaan terowong untuk dijadikan Galeri Sains dan Tamadun Islam oleh pihak pengurusan sekolah rendahnya.

Tambahnya, rekaan itu telah dipersetujui pihak berkenaan dan kini sedang menunggu dana untuk disempurnakan sebagai binaan sebenar.

Kalau dia senyap tu, maknanya dia memang ada 'something'lah. Kadang-kadang sampai komputer tak berfungsi.

HARDY

"Sekarang dia ada projek dengan sekolah rendah dia dulu, guru besar minta dia buat satu terowong.

"Terowong itu akan dibina menghala ke laluan surau. Jadi murid yang lalu dalam terowong akan dapat melihat pelbagai maklumat dalam galeri itu.

"Dia dah siapkan model 3D, dah proposed dan sudah dipersetujui oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Sekarang tunggu dana untuk proceed," ujarnya.

Tambah Hardy lagi, terowong rekaan Airiel Haziq itu diinspirasikan daripada telapak tangan yang sedang berdoa.

Hardy bersyukur apabila netizen memberi kata-kata semangat dan doa buat anaknya menerusi media sosial.

Dalam pada itu, Hardy turut bersyukur apabila netizen di media sosial banyak memberi kata-kata semangat, tak kurang juga yang mendoakan kecemerlangan anaknya.

Kata Hardy lagi, Airiel Haziq menjadikan Zaha Hadid, arkitek berdarah campuran Iraq-British sebagai idolanya.

Selain itu, anaknya juga sebelum ini pernah menghasilkan model-model rekaan stadium dan juga pusat beli-belah.

Namun katanya, Airiel Haziq juga sama seperti kanak-kanak lain dan tidak sepanjang masa fokus terhadap minatnya itu.

Terowong rekaan Airiel Haziq yang akan dibina di sekolah lamanya.

"Sama seperti anak-anak lain, petang dia pergi main bola. Siang hari kelas, malam dia akan mula.

"Kalau dia senyap tu, maknanya dia memang ada somethinglah. Kadang-kadang sampai komputer tak berfungsi.

"Jadi tahun lepas saya upgrade dan belikan komputer baharu untuknya," katanya lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Sungguh MENAKJUBkan adik Airiel Haziq ni, bertuahnya Ibubapa dia!! Harap ada ARKITEK hebat ISLAM/MELAYU kita - boleh jadi MENTOR dia, supaya KEPINTARAN amat UNIKnya ini dpt. diPUPUK berterusan!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung