Nuffnang

Wednesday, January 6, 2021

Tragis! Pelancong maut gara-gara tergelincir di Victoria Falls, foto terakhirnya sempat dirakam rakan




Roy George Tinashe Dikinyay sedang berjalan bersendirian di tebing air terjun berkenaan sebelum tergelincir dan jatuh daripada ketinggian 350 kaki. Foto: Newsflash

FOTO terakhir seorang pelancong sempat dirakam sebelum dia menemui ajal akibat tergelincir di Victoria Falls, Jumaat lalu.

Roy George Tinashe Dikinyay, 40, yang sebelum itu berjalan bersendirian di tebing air terjun berkenaan, dilaporkan tergelincir dan jatuh daripada ketinggian 350 kaki di hadapan rakan wanitanya.

Menurut media tempatan, Dikinyay ketika itu sedang bergilir-gilir dengan rakannya untuk mengambil gambar berlatar belakangkan air terjun terbesar di dunia itu.

Menurut seorang pelancong lain, dia terdengar jeritan daripada rakan wanita mangsa yang memberitahu lelaki itu tergelincir.

"Disebabkan keadaan kabus, kami tidak dapat mengesan mangsa lalu memaklumkan pegawai taman negara," kata pelancong berkenaan.

Pasukan penyelamat kemudian menjalankan misi pencarian dan menemui mayat Dikinyay 24 jam selepas dia dilaporkan terjatuh. - Dailay

Telegram mStar!


1 comment:

Anonymous said...

Ni bukan bersiar2, tapi nak bunuh diri!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung