Nuffnang

Sunday, January 31, 2021

Wow!!!! Model kacak derita kaki lumpuh, tak sangka kini mampu berjalan semula

 


Biarpun doktor menyatakan dia ada harapan tipis untuk berjalan semu, Xander membuktikan sebaliknya. Foto: Jam Press/@xander.fit/@davidsantalucia.

SEORANG model yang lumpuh kedua-dua kakinya ternyata gembira apabila dia berupaya berjalan semula.

Kini, dia juga mampu menjana wang lumayan dengan menjual foto dan video seksinya menerusi platform dalam talian.

Xander Neff, 27, yang juga bekas tentera Amerika Syarikat (AS) dari Las Vegas berkata, dia sama sekali tidak menyangka akan pulih dan boleh berjalan semula.

Dia lumpuh sewaktu berusia 19 tahun akibat cedera ketika membuat aktiviti lasak, menyebabkan dia koma selama enam hari.

Biarpun doktor menyatakan dia ada harapan tipis untuk berjalan semula, Xander membuktikan sebaliknya.

Secara berperingkat, dia menunjukkan perkembangan baik sehinggalah mampu untuk berdiri dan berjalan.

"Saya kehabisan wang, jadi saya kongsi gambar di Instagram. Kemudian saya terima tawaran dari sebuah syarikat.

"Saya rasa seperti bintang rock. Rasa seronok dapat penuhi fantasi wanita," ujarnya yang kini banyak menjana wang menggunakan aplikasi OnlyFans. - Daily Star.Telegram mStar!


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung