Nuffnang

Saturday, February 27, 2021

Hampir sejuta ‘followers’ TikTok gadis Siam tiba-tiba lesap, 2 kali gugur air mata si jelita.

 

Hampir sejuta ‘followers’ TikTok gadis Siam tiba-tiba lesap, 2 kali gugur air mata si jelita... status calon SPM ini buat ramai keliru

Mula aktif berkongsi video sejak tahun lalu, Niena memiliki hampir sejuta pengikut di aplikasi TikTok.

GUGUR air mata gadis ini pada Rabu lalu apabila akaun TikTok miliknya yang memiliki lebih 900,000 pengikut lesap secara tiba-tiba.

Menurut gadis berketurunan Siam yang menetap di Kangar, Perlis itu, dia reda dengan kejadian itu, namun tetap berusaha untuk mendapatkan semula akaun miliknya.

Berkongsi kepada mStar, Shaniena Natasya, 18, sekali lagi gugur air mata apabila dia berjaya memperolehi akaun TikTok itu pada Isnin lalu.


"Pada Rabu minggu lepas, saya baru nak post video. Kemudian tiba-tiba akaun TikTok saya jadi log out. Pengikut jadi kosong dan hilang semua video.

"Masa tu saya dalam kereta lepas beli barang. Saya email kepada pihak TikTok. Tapi masa tu saya dah reda kalau tak dapat balik.

"Saya tak kisah sangat hilang akaun tu, cuma banyak kenangan yang ada. Kemudian pada Isnin, saya dapat email bahawa akaun itu sudah boleh diakses semula.

Niena berjaya mendapatkan semula akaun TikTok miliknya pada Isnin lalu.

"Menangis sekali lagi masa tu. Masa akaun kena banned pun menangis, dapat balik pun menangis," ujarnya berseloroh.

Kata Niena, dia mula aktif berkongsi video di TikTok sejak Ogos tahun lepas.

Ujarnya, dia meraih ratusan ribu pengikut kerana sering tampil dengan content bersifat santai dan bersahaja, termasuklah bertutur dalam bahasa Thailand.

Rezeki yang tuhan bagi, ia menjadi tanggungjawab untuk saya tolong orang lain yang memerlukan.

NIENA

"Puncanya sebab saya selalu cakap Siam dalam TikTok. Orang suka tengok. Pada masa sama ramai yang keliru, mereka fikir saya orang Islam sedangkan saya beragama Buddha.

"Saya bangsa Siam, tapi dilahirkan di Malaysia. Memang semua keluarga saya asal Malaysia. Saya OK je nak jelaskan kalau ada yang tanya.

"Sebab cara saya bercakap, kehidupan saya, memang nampak macam orang Melayu. Saya pun memang dikelilingi orang Melayu.

Ada pengikut TikTok yang keliru dengan status bangsa dan agama gadis ini sehingga dia terpaksa tampil membuat penjelasan sebenar.

"Saya juga pernah kena kecam. Tapi itu dah biasa untuk saya, memang dah lama hadap benda tu. Orang kecam kata saya kafir, kata saya duduk negara orang. Saya tak kisah dan tak ambil hati," ujarnya.

Dalam pada itu, Niena yang juga calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sudah bergelar sebagai usahawan kosmetik sejak setahun yang lalu.

Jelasnya, dia sememangnya suka berniaga dan turut aktif dalam lapangan kerja kebajikan.

Niena sewaktu menghulurkan sumbangan buat gelandangan di Pulau Pinang.

Ujar Niena yang pernah menjadi model sambilan sebelum ini, dia aktif menghulurkan sumbangan makanan buat golongan gelandangan di sekitar negeri di utara tanah air.

"Selain fokus bisnes dan pelajaran, saya juga buat kerja kebajikan. Pada saya, rezeki bukan untuk kita seorang.

"Rezeki yang tuhan bagi, ia menjadi tanggungjawab untuk saya tolong orang lain yang memerlukan," ujarnya mengakhiri bicara.

Mstar T Kasih

1 comment:

ibu salmah said...

Ass.wr.wt.saya Ibu salmah sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (4862) dan alhamdulillah saya menang (200,57 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
1.di lilit hutang
2.selalu kalah dalam bermain togel
3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
6.Dukun Pelet Sakti
7.Dukun Santet Ganas
8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
" ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
«082-313-336-747»  
..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung