Nuffnang

Sunday, April 4, 2021

Pergh!!! Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada ‘maknhluk tumpang’!

 

Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada ‘maknhluk tumpang’! - “Dalam bilik boleh terhidu bau bangkai”

Ular sawa sebesar saiz lengan orang dewasa yang tersangkut di dalam kereta Adila akhirnya berjaya dikeluarkan dalam masa 3 jam.

SERINGKALI kita membaca perkongsian daripada pengguna media sosial mengenai pengalaman kereta mereka 'ditumpangi' makhluk lain, khususnya pada bahagian enjin.

00:14
/
08:05
×

Ini kerana bahagian tersebut menjadi lokasi kegemaran haiwan kerana suhunya yang panas tambahan pula ia jarang dibuka.

Baru-baru ini seorang wanita berkongsi pengalaman yang tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya di mana seekor ular sawa bersembunyi di bahagian bonet keretanya.


Bukan calang-calang ular sawa, sebaliknya reptilia tersebut bersaiz sebesar lengan orang dewasa sepanjang kira-kira 3.6 meter!

Sehingga kini perkongsian pengalamannya menerusi bebenang di Twitter meraih lebih 24,000 retweet.

Menurut Adila Kaman, kejadian yang berlaku pada Khamis lalu hanya disedarinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja.



Ular sawa berkenaan tersangkut pada bahagian dashboard kereta Adila.

"Masa masuk kereta tu saya macam terbau benda busuk tapi tak sangka ia datang daripada dalam kereta sendiri. Saya fikir mungkin bau dari luar atau dekat tayar, kalau-kalau terlanggar sesuatu. Saya memandu macam biasa dan berhenti di stesen minyak untuk isi angin tayar.

"Tiba-tiba perasan ada darah menitik di atas jalan datang dari dalam bahagian bonet enjin. Saya terus call kawan, dan dia minta saya buka enjin untuk tengok tapi saya tak berani.

"Tak lama kemudian pekerja site (tapak) datang dan mereka kata ada bangkai haiwan tersekat dalam tu. Kereta saya dibawa ke stor tempat mereka bekerja.

"Saya tumpang kereta lain sebab tak berani nak drive. Sampai sana, bila disuluh, nampak kepala ular sawa," ujarnya yang merupakan seorang penyelia tapak di Cyberjaya.



Pekerja tapak (site) yang juga rakan sekerja Adila mengambil masa selama tiga jam untuk mengeluarkan bangkai ular sawa tersebut.

Menurut Adila, pekerja tapak yang merupakan antara rakan rapat di tempat kerjanya sepakat membantu untuk mengeluarkan bangkai ular sawa yang tersekat di bahagian enjin itu.

"Masa tu saya masih lagi terbayang-bayang dan takut. Saya berdiri jauh dari kereta. Berdiri jauh pun masih boleh bau bangkai ular tu sangat kuat. Saya tak berani nak pergi tengok sehinggalah bangkai itu dikeluarkan.

"Ambil masa hampir tiga jam jugalah sebab mereka keluarkan bateri, buka fender. Rupa-rupanya ular tu tersekat pada bahagian dashboard.

Masa dalam bilik, boleh terhidu-hidu lagi bau bangkai tu. Melekat dekat baju. Kereta tu tak payah cakap, memang masih melekat lagi baunya walau dah hantar cuci enjin.

ADILA KAMAN

PEMILIK KERETA

"Saya tak dapat bayangkan berapa lama ia ada dalam tu dan mujur tak jadi apa-apa sepanjang saya drive. Saya sendiri tertanya-tanya dari mana ia datang sebab saya hanya bergerak dari rumah ke pejabat.

"Kawasan parking pun di basement apartment dan di tapak parking terbuka di tempat kerja... tak ada semak," ujarnya.

Sungguhpun masih takut namun Adila berkata dia cuba memandu kereta berkenaan perlahan-lahan untuk pulang ke rumah.

"Masa dalam bilik, boleh terhidu-hidu lagi bau bangkai tu. Melekat dekat baju. Kereta tu tak payah cakap, memang masih melekat lagi baunya walau dah hantar cuci enjin.

"Kalau buka aircond masa mula-mula naik, semerbak baunya. Saya letak daun pandan banyak-banyak nak hilangkan sikit bau tu," cerita Adila.



Akhirnya ular sawa sepanjang 3.6 meter yang tersangkut dalam bonet enjin kereta Adila berjaya dikeluarkan.

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Adila berkata dia sekadar bercerita mengenai pengalaman yang dilaluinya dan dalam masa yang sama berharap pemandu lain lebih berjaga-jaga.

"Saya minta maaf kalau ada yang rasa tak sesuai share gambar bangkai ular. Ada juga kecam kata kami bunuh sedangkan ular tu mati dah lama, siap ada darah dan bau busuk.

"Bagi mereka yang lain, sentiasalah periksa keadaan kereta masing-masing. Kalau rasa pelik seperti terbau atau terdengar sesuatu, elok hubungi bomba atau rakan-rakan untuk minta pertolongan," ujarnya lagi.

grup Telegram mStar!

1 comment:

Kumpulan Pejuang Kemerdekaan Bangsa Orang Asal Melayu Islam Malaysia (Malaysian Indigenous Malay Muslim Peoples' Liberation Group) said...

Nasib baik adik Adila ni selamat, Alhamdulillah. Mungk8n ada si PEDENGKI nak KHIANAT @ buat ILMU HITAM!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung