Nuffnang

Saturday, April 3, 2021

Usahawan wanita ini sangat pemurah, top up berkepuk wang tunai

 

Usahawan wanita ini sangat pemurah, top up berkepuk wang tunai kalau beg suami kosong - “Apa yang dia nak semua saya belikan”

Ellena memberi penghargaan terhadap suaminya kerana sentiasa menjadi tulang belakang dan memberi semangat sehinggalah dirinya menjadi usahawan berjaya sekarang.

TUGAS mencari nafkah selalunya dikaitkan dengan golongan lelaki tetapi lain pula kisah seorang usahawan kosmetik di Pasir Puteh, Kelantan.

Sebuah video yang dimuat naik usahawan wanita berkenaan di aplikasi TikTok tular dan menjadi perbualan netizen.


!

Rakaman video itu dibuat sebaik sahaja Ellena Sazlin, 28, terdetik untuk membuka beg suaminya.

Apabila mendapati beg suaminya kosong, dia terus memasukkan wang tunai yang agak tebal secara senyap-senyap ke dalam beg tersebut.

“Ini bukan kali pertama beg dia kosong, jadi saya memang selalu letak duit dekat dalam.

“Saya juga memang sentiasa bawa cash kalau nak ke mana-mana,” katanya ketika dihubungi mStar.



Ellena dan suaminya berkongsi minat yang sama iaitu bidang perniagaan.

Menurut Ellena, dia tidak menyangka video dia meletakkan duit berjumlah RM10,000 di dalam beg suaminya itu menjadi tular dan mendapat 1 juta tontonan hanya dalam masa sehari.

Jelasnya, dia memuat naik video tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap suaminya kerana sentiasa menjadi tulang belakang dan memberi semangat ketika mereka sama-sama susah dahulu sehinggalah dirinya menjadi usahawan berjaya sekarang.

“Kalau dia sanggup tanggung saya sejak dulu, apa salahnya saya yang balas balik jasa dia sekarang? Kenapa saya perlu pentingkan diri bila dah berjaya? Isteri boleh membantu suami.

“Saya tak pernah kedekut dengan suami. Apa yang dia nak semua saya belikan. Tiada istilah suami menyusahkan isteri dalam kehidupan kami. Hargailah suami kita walaupun ada lelaki yang lebih baik dari dia,” katanya sambil menambah pada hari tersebut dia meletakkan wang berjumlah RM10,000 di dalam beg suaminya.

Kalau dia sanggup tanggung saya sejak dulu, apa salahnya saya yang balas balik jasa dia sekarang? Kenapa saya perlu pentingkan diri bila dah berjaya?

ELLENA

USAHAWAN

Ellena berkata dia dan suami berkenalan sejak umur 15 tahun dan kemudian mendirikan rumah tangga ketika masing-masing berusia 18 tahun.

Pasangan tersebut kini dikurniakan seorang anak lelaki berumur sembilan tahun dan seorang anak perempuan yang berusia lima tahun.

“Saya belajar sampai SPM dan suami pula sampai PMR. Walaupun kami boleh je menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, tetapi kami lebih minat untuk berniaga," ujarnya.



Van yang buruk ini menjadi kenderaan yang digunakan dahulu untuk menjual makanan haiwan.

Bercerita lanjut mengenai kisah hidupnya, Ellena berkata suaminya membuka perniagaan makanan haiwan di Ketereh, Kelantan pada tahun 2009 dan mereka hanya menggunakan van buruk sahaja untuk berniaga.

Selepas beberapa tahun, suaminya mengambil keputusan untuk berhenti daripada melakukan bisnes tersebut.

Pada tahun 2015, Ellena mula menjual produk kosmetik sebagai ejen dropship dan berjaya mengembangkan perniagaan dengan menghasilkan produknya sendiri.

Dengan hasil perniagaannya itu, dia mampu membeli sebuah kereta untuk menggantikan van lama yang digunakan sebelum ini.

Walaupun baru tiga tahun mengeluarkan produk sendiri, Ellena mempunyai ramai ejen di bawahnya dan berjaya memasarkan produk ke luar negara seperti Bangladesh, Brunei dan Singapura.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung