Nuffnang

Sunday, May 2, 2021

Hukum Bitcoin Oleh Para Ulama Kewangan Islam

 

Hukum Bitcoin Oleh Para Ulama Kewangan Islam


Masih ramai tertanya-tanya adakah harus kita melabur dalam Bitcoin atau mata wang kripto yang lain seperti Ethereum, Ripple dan Litecoin?

Secara ringkasnya, terdapat dua jenis perbincangan dalam isu ini. Pertamanya adalah sama ada Bitcoin atau mata wang kripto ini adalah mata wang dan hukum berkaitan transaksi mata wang atau al-Sarf (jualbeli mata wangdalam Shariah perlu diaplikasikan.

Kedua, sama ada Bitcoin atau mata wang kripto ini dikategorikan sebagai aset digital dan seperti aset-aset lain dalam pasaran wang, maka ia boleh dilaburkan atau tidak.

Berdasarkan fatwa oleh Majlis Agama di Malaysia antaranya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Majlis Agama Islam Perlis, masing-masing menetapkan bahawa Bitcoin bukanlah mata wang daripada sudut Shariah, maka hukum al-Sarf (pertukaran mata wang) tidak terpakai. Kedua, didapati bahawa Bitcoin adalah aset digital yang diharuskan untuk kita melabur ke dalamnya.

Di bawah dikongsikan beberapa pandangan ulama Malaysia di dalam bidang kewangan terhadap Bitcoin dengan harapan dapat menambahkan ilmu kita:

Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Dalam satu pembentangan pada 29 November 2017, beliau menyimpulkan bahawa Bitcoin adalah patuh Shariah dan pelaburan dalam Bitcoin adalah harus, dan keuntungan yang diperoleh perlu dikenakan zakat.

Beliau telah menolak hujah mereka yang tidak bersetuju dengan Bitcoin bahawa ia mempunyai elemen Gharar (ketidakpastian) kerana nilai yang sangat tidak stabil dan kemungkinan sistem digital itu sendiri akan runtuh pada bila-bila masa. Bagi beliau itu adalah risiko yang perlu diketahui dan ditanggung oleh para pelabur.

Beliau berkata risiko tidak mempunyai kesan ke atas hukum sesuatu perkara, dan ia harus dibezakan dengan Gharar yang memberi kesan ke atas hukum. Risiko adalah perkara yang normal dalam setiap perkara sama ada pelaburan, perniagaan dan apa jua bidang.

Contohnya pelaburan dalam emas, yang mana nilainya tidak stabil, namun ia tidak bermakna jual belinya perlu diharamkan. Langkah yang perlu diambil adalah memperkenalkan peraturan dan regulasi untuk mengawal kestabilan nilai dan mengurus transaksinya. Hal yang sama juga harus diperkenalkan untuk Bitcoin.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman (CEO Elzar Shariah Advisory Sdn Bhd)

Dalam beberapa perkongsian melalui media, Dr. Zaharuddin telah menyebut beberapa perkara penting berkenaan isu ini termasuklah mengakui telah mencuba sendiri Bitcoin ini bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang isu ini.

Menurutnya lagi, elemen Gharar tidak ditemui pada peringkat penciptaan dan penghasilan Bitcoin itu sendiri, tapi ditemui sewaktu peringkat transaksi di dalam ‘exchange’ di mana kita tidak boleh benar-benar memastikan transaksi itu benar-benar telah berlaku tanpa sebarang penipuan.

Walaubagaimanapun, beliau mengharuskan penyimpanan Bitcoin dan mengingatkan bagi sesiapa yang telah melibatkan diri dengan Bitcoin untuk membayar zakat simpanan apabila cukup setahun (Haul). Beliau turut menambah kepentingan kajian yang mendalam bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dengan Bitcoin atau mana-mana mata wang kripto agar tidak terjebak dengan skim penipuan dan SCAM yang banyak muncul atas nama pelaburan Bitcoin yang wujud di kalangan masyarakat.

Ditulis oleh Arham Merican, Pengurus Shariah di sebuah institusi kewangan negara dan sedang melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Pembangunan. Meminati bidang ekonomi dan Shariah dengan fokus kepada pengurusan kewangan, pembasmian kemiskinan, dan pembinaan masyarakat madani.

Boleh rujuk di sini bagaimana untuk Mulakan Pelaburan Aset Digital Yang Sah Dan Patuh Syariah Hari Ini Dengan Luno.

Bagi mereka yang telah siap akaun Luno dan belum claim bonus RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma, masukkan kod  invite code

7YTVYV                                                  klik Luno https://www.luno.com/wallet/

. Klik di bahagian Rewards dan masukkan kod ini invite code

7YTVYV                                                     sila klik Luno https://www.luno.com/wallet/

Bila kita deposit dan beli aset digital kita yang pertama bernilai RM250 (tak termasuk fees Luno), nanti dapat RM25 dalam bentuk Bitcoin secara percuma. sumber majalah libur.



No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung