Nuffnang

Tuesday, May 4, 2021

Kumpulan perompak disimbah petrol, hasrat cari mangsa di stesen minyak tak kesampaian

 

Kumpulan perompak disimbah petrol, hasrat cari mangsa di stesen minyak tak kesampaian

Lelaki itu mengacu pam minyak ke arah kumpulan perompak sebelum menyimbah petrol ketika dia dihampiri sebuah van.

CUBAAN sekumpulan individu yang mahu merompak seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Chile gagal.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang kini tersebar luas, lelaki itu mengacu pam minyak ke arah kumpulan perompak sebelum menyimbah petrol ketika dia dihampiri sebuah van secara mengejut.


Kumpulan perompak itu kelihatan cuba mengelak daripada disimbah sebelum melarikan diri dengan menaiki van tersebut.

Rata-rata pelayar internet memuji tindakan pantas dan berani mangsa sehingga menggagalkan cubaan jahat itu.

"Gila, itu yang selayaknya mereka dapat.

"Saya kerja di stesen minyak dan boleh katakan bahawa aksi ini sangat bahaya," tulis beberapa netizen. - Daily Star.

Mstar


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung