Nuffnang

Wednesday, May 5, 2021

Pergh !!! Tip Nak Kurus,, akhirnya dapat Porsche Carrera sebab kurus!

 

Sering dibuli, diejek ‘gajah’ ketika berat 130kg... apa yang remaja ini buat memang berbaloi, akhirnya dapat Porsche Carrera sebab kurus!

Asyraaf menerima sebuah Porsche Carrera pemberian keluarganya selepas berjaya mencapai berat badan ideal.

SEGALA kata penghinaan yang dilemparkan menjadi pembakar semangat untuk remaja berusia 20 tahun ini mengubah fizikal dirinya.

Menurut Asyraaf Khan ketika dihubungi mStar, berat badannya pernah mencecah 130 kilogram (kg) ketika zaman sekolah sehingga dia menjadi mangsa buli.

Hasil usaha yang dilakukan, dia kini berpuas hati dengan berat ideal sekitar 65kg, sekali gus menjadikan dirinya lebih sihat dan yakin.


"Maksimum 130kg masa tingkatan lima. Saya sebenarnya dah gemuk sejak kecil lagi. Saya jadi mangsa buli, orang ejek sehingga nangis-nangis balik rumah.

"Ada yang cakap saya gajah, mereka pura-pura ada gempa bumi kalau saya berjalan dan sebagainya.

"Masa awal naik tingkatan lima saya mula proses untuk kuruskan badan. Selain kata-kata orang, saya juga nak kurus sebab dah tak ada baju nak pakai," ujarnya berseloroh.

Asyraaf berkata proses untuk kurus mengambil masa dalam setahun sahaja.

Mesra disapa Asyraaf, anak ketiga daripada enam beradik ini berkata dia sudah berhenti makan nasi sejak proses itu dimulakan sehinggalah ke hari ini.

Malah, dia turut melakukan senaman secara berkala bagi mendapatkan bentuk tubuh idaman.

"Untuk kurus saya ambil masa dalam setahun. Kunci utama, saya berhenti makan nasi sampai sekarang.

Dulu mungkin saiz XXL atau XXXL, sekarang saya pakai saiz S dan M.

ASYRAAF KHAN

"Fast food dan minuman manis pun saya dah tak ambil. Setiap hari saya bersenam, saya pergi gim dan dapatkan personal trainer untuk bantu saya.

"Bila saya dah dapat turunkan 60kg lebih, separuh daripada berat asal... sudah tentu rasa bangga dengan diri sendiri.

"Mula-mula tu memang susah nak berhenti makan nasi, sampai saya demam dan menangis. Sakit sangat bila tak makan nasi.

Asyraaf pernah mencapai berat badan 130kg.

"Tapi lama-lama saya dapat sesuaikan diri. Pernah juga ada rasa nak putus asa sepanjang proses tu. Tapi kita kena nekad dengan apa yang dimahukan," ujarnya lagi.

Menurut penuntut bidang Pemasaran Perniagaan itu, keluarganya turut berjanji menghadiahkan kereta seandainya dia berjaya menurunkan berat badan.

Akhirnya, Asyraaf menerima sebuah Porsche Carrera pada tahun lalu selepas berjaya mencapai berat badan ideal.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Keluarga sangat memberi sokongan. Itu salah satu sebab juga. Mereka janji nak hadiahkan kereta.

"Pada saya kalau nak buat sesuatu, memang kita kena ada motivasi. Jadi kita akan berusaha lebih lagi.

"Selain tubuh sihat dan membantu keyakinan diri, sekarang saya lebih mudah untuk berfesyen.

"Dulu mungkin saiz XXL atau XXXL, sekarang saya pakai saiz S dan M. Dulu masa gemuk, nak bercakap dengan orang pun rasa malu," ujarnya lagi. Kredit Mstar

2 comments:

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

JANGAN DIET tak makan nasi, nak!! Yg. penting makan nasi sekurangnya sepinggan, tapi lauk sihat terutamanya makanan laut & sayur2an banyakkan. Daging & Ayam mungkin 2× seminggu, apapagi Rendang kita! Jangan jadi kurus dgn. cara tak sihat & kempunan, sbb. akan senang gemuk balik. Juga kalau wanita tak makan nasi lansung, senang rambut gugur nanti bila makin berumur.

Juga, sgt. penting bersenam, mesti ada di rumah alat senaman, apalagi waktu Covid-19. Mesin jogging & kalau boleh sekali, Mini Home Gym.

Pertahan Hak Orang Asal Islam/Melayu Malaysia (Defend Indigenous Malaysian Muslim/Malay Peoples' Rights) said...

Dan yg. Mak Bapa dia hadiahkan anak yg. masih terlalu muda ni, Porsche apahal!! Kan bahaya & ajaq anak utk. berlagak tu!! Baik ajaq anak bantu Org. Miskin & Anak2 Yatim kalau dah kaya sgt.!!

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung