Nuffnang

Monday, June 7, 2021

Fuh Tudia !! Menyamar pencegah maksiat sebelum rogol kekasih orang

 


Menyamar pencegah maksiat sebelum rogol kekasih orang

Suspek membawa wanita itu ke sebuah hotel lain sebelum merogol wanita terbabit.

DUNGUN- Menyamar sebagai pencegah maksiat sebelum merogol seorang wanita yang ditahan bersama teman lelakinya.

Itu kesalahan dipercayai dilakukan dua lelaki berusia 21 dan 28 tahun yang direman lima hari bermula hari ini di sini.

Sumber memberitahu, kedua-kedua suspek yang menyamar sebagai penjawat awam menahan mangsa dan teman lelakinya di hadapan sebuah rumah tumpangan di Kuala Dungun pada 14 Mei lalu.

Suspek juga dipercayai meminta wang tunai RM1,000 untuk menutup kes maksiat yang didakwa dilakukan mangsa dan teman lelakinya itu.

"Selepas mangsa dan teman lelakinya memberitahu tidak dapat membayar wang berkenaan, kedua-kedua suspek melepaskan lelaki tersebut.

"Bagaimanapun, mereka membawa wanita itu ke sebuah hotel lain di bandar Dungun sebelum merogol wanita terbabit," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-kedua lelaki tersebut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 375 (b) Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan Seksyen 170 kanun yang sama kerana menyamar sebagai penjawat awam. - Awani


Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung