Nuffnang

Thursday, July 22, 2021

Apa? Salman Khan dah ada isteri bernama Noor dan anak perempuan usia 17 di Dubai?

 

Apa? Salman Khan dah ada isteri bernama Noor dan anak perempuan usia 17 di Dubai? Ini komen tuan badan

Salman Khan tersentak dengan dakwaan tidak masuk akal itu.

PELAKON Bollywood popular, Salman Khan menafikan dakwaan dia mempunyai isteri bernama Noor dan seorang anak perempuan berusia 17 tahun yang disorokkannya di luar negara.

Salman, 56, membuat penafian tersebut ketika muncul dalam program bual bicara, Pinch musim kedua kelolaan adiknya, pelakon dan pengarah Arbaaz Khan.

Dalam rancangan itu, Arbaaz, 54, membacakan beberapa komen yang dilontarkan terhadap abangnya itu termasuk mengatakan Salman sebenarnya sudah berkahwin dan menyembunyikan isteri serta anaknya di Dubai.

"Kenapa kamu sembunyikannya, pengecut ke? Seluruh India tahu yang kamu mempunyai isteri dan seorang anak perempuan berusia 17 tahun yang menetap di Dubai. Berapa lama lagi kamu nak bodoh-bodohkan kami?" kata Arbaaz ketika membacakan komen tersebut.


Tersentak dengan tuduhan itu, Salman pantas menafikan khabar angin tersebut.

"Mereka ini nampaknya macam lebih tahu tentang kehidupan peribadi saya, semua ini adalah tohmahan semata-mata!

"Saya tidak tahu siapa yang mereka maksudkan, adakah mereka ingat saya akan memberikan respon terhadap tuduhan mereka ini.

"Adikku, saya tidak pernah berkahwin dan mempunyai isteri. Saya menetap di India di Galaxy Apartment sejak berusia sembilan tahun lagi.

"Saya tidak mahu memberikan sebarang respon terhadap tuduhan ini, satu India tahu mana saya tinggal," jawab Salman sekali gus menafikan dakwaan dia mempunyai keluarga rahsia di negara Timur Tengah itu. - Bollywoodlife

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung