Nuffnang

Sunday, September 26, 2021

Tudia !! Ramai dapat mesej Hattan nak pinjam duit, rupa-rupanya tipu! - Ye Ke..J0m Baca

 

Ramai dapat mesej Hattan nak pinjam duit, rupa-rupanya tipu! - “Telefon kena hack, mereka guna nama dan gambar saya”

Hattan menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati.

BENGANG dan sakit hati... itu yang dirasakan Datuk Hattan apabila namanya digunakan individu tidak bertanggungjawab bagi memperdaya orang ramai.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 57, menyedari identitinya digunakan sindiket penipuan dengan tujuan meminjam wang daripada kenalan di aplikasi WhatsApp.


"Saya dapat tahu perkara ini selepas salah seorang kawan bertanya sama ada betul atau tidak saya mahu meninjam wang daripadanya... saya kata tidak ada. Dia cakap mesej yang dia terima itu menggunakan gambar saya.

"Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hattan menerusi Instagram mendedahkan dia menjadi mangsa sindiket penipuan setelah indentitinya digunakan penyamar untuk meminta wang daripada kenalan rapatnya.

Hattan berkata, dia sudah membuat laporan polis selepas mendapati aplikasi komunikasi WhatsApp sudah diceroboh pihak berkenaan.

"Saya baru balik dari balai buat laporan polis kerana telefon saya kena hack. Mereka guna nama dan gambar saya.

"Habis semua kawan-kawan saya terima mesej dari satu nombor telefon yang menggunakan muka saya mahu pinjam duit. Tapi saya dah maklumkan kepada semua tentang scam ini," katanya.

Dari semalam saya sakit hati tak sangka jadi mangsa seperti ini.

DATUK HATTAN

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi Gadis Jolobu ini turut menyarankan orang ramai supaya menyemak lebih teliti apabila menerima mesej untuk meminjam wang biarpun daripada individu dikenali.

"Kadang-kadang dalam keadaan yang sibuk kita tidak fokus... jadi apabila ada orang mesej macam itu kita akan terus beri bantuan.

"Saya juga disarankan oleh pihak polis untuk memuat turun aplikasi Semak Mule di telefon supaya bila ada nombor yang tidak dikenali, kita boleh semak siapa yang menghubungi kita," katanya.




Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung