Nuffnang

Thursday, September 2, 2021

Wow Tudia !!! PU Riz syukur 200,000 pelitup muka terjual dalam masa tiga jam!

 

PU Riz syukur 200,000 pelitup muka terjual dalam masa tiga jam!

PU Riz 1

MASIH mengunci mulut mengenai spekulasi kehamilan isteri, namun Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail melahirkan rasa syukur apabila pelitup muka keluaran syarikatnya habis terjual dalam masa tiga jam dilancarkan.

Menurut Haris, dia tidak menjangkakan pelitup muka itu mendapat sambutan luar biasa dengan terjual sebanyak 220,000 helai pada Selasa.


Kata suami kepada selebriti Neelofa itu, produk berkenaan sepatutnya dilancarkan kepada orang ramai pada malam rabu.

PU Riz 1

Haris tak sangka pelitup muka mendapat sambutan.

"Alhamdulillah saya tidak menjangkakan sambutan begini menggalakkan. Kami baru sahaja lancar tiga jam lepas dah habis ditempah.

"Sepatutnya malam ini jualan dibuka kepada umum tapi dah habis dibooking. Tapi jangan bimbang kita dalam usaha untuk menambah stok," katanya kepada mStar.

Terdahulu, Haris atau nama sebenarnya Haris Mohd Ismail berkongsi mengenai perkara itu di laman Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, pelakon berusia 26 tahun ini juga memberitahu produknya itu juga mempunyai kelebihan iaitu empat lapisan berbanding yang dijual di pasaran.

Buat masa ini hanya warna putih dan Insyallah akan datang kami keluarkan pelbagai warna.

HARIS ISMAIL

PELAKON

Tambah pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa ini, pihaknya juga merancang untuk menambah beberapa koleksi warna untuk keluaran akan datang.

"Pelitup muka keluaran kita ini mempunyai kebaikan tambahan iaitu empat lapisan berbanding yg dijual di market.

"Kita dah rancang untuk keluar sejak Disember lalu tapi ambil masa sedikit disebabkan kami ingin pastikan ia betul betul berkualiti.

PU Riz 2

Haris dalam perancangan untuk keluarkan pelitup muka dalam pelbagai warna.

"Buat masa ini hanya warna putih dan Insyallah akan datang kami keluarkan pelbagai warna," ujarnya.

Markaz Tijari sebelum ini mengeluarkan beberapa produk makanan tambahan dan pakaian yang turut mendapat sambutan menggalakkan.

Untuk rekod, Markaz Tijaari adalah usaha Haris dan Neelofa membantu rakyat Malaysia terutama golongan suri rumah dan pelajar yang mahu menambah pendapatan.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung