Nuffnang

Monday, October 4, 2021

Perghhh Tudia !!!‘Struggle’ baru nak belajar main golf, wanita Cantikkkk ini ,tak sangka perlu juga hadap komen pengkritik..

 

‘Struggle’ baru nak belajar main golf, wanita ini tak sangka perlu juga hadap komen pengkritik selepas kongsi video di media sosial

Lissa menerima pelbagai jenis komen pada videonya bermain golf.

"PUKULAN yang baik!"

Itulah salah satu komen warga TikTok terhadap video yang menunjukkan seorang gadis yang sedang memukul bola golf.

Video-video bermain golf yang dimuat naik oleh gadis berkenaan sering meraih tontonan tinggi di platform tersebut dan turut dibanjiri dengan pelbagai komen pujian dan kritikan malah tidak kurang juga yang mengajar cara-cara untuk memperbaiki pukulannya.


Bercerita kepada mStar, Iman Lissa Shafiqa Zainal Ariff, 25, memberitahu bahawa tujuan dia memuat naik video bermain golf di TikTok hanya sekadar mahu melihat perkembangan prestasi dan pukulannya.

Walaupun sering menerima kritikan daripada warganet, namun ada juga yang memberi tunjuk ajar dan tip sukan golf kepadanya di ruangan komen.

"Tujuan saya post video tu di TikTok ni sebenarnya nak lihat progres bermain golf je, tak terlintas langsung yang ia akan menjadi tatapan ramai.

"Ramai juga yang suka tengok saya bermain dan ada yang berkongsi tip dan teknik hayunan. Tapi saya pun tidak terlepas daripada menerima kritikan tentang cara pukulan dan lain-lain lagi.

IMG_0124

Lissa merakam videonya kerana mahu melihat perkembangan prestasi pukulannya.

"Apa-apa pun saya menerimanya dengan hati yang terbuka, cuba untuk ambil mana yang baik dan abaikan yang mana tidak elok," katanya yang menetap di Rawang, Selangor.

Lebih mesra disapa Lissa, katanya, dia mula berjinak-jinak dalam sukan golf sejak Julai lalu bersama rakan serumahnya, Nadiah Shazwani Norriman juga berusia 25 tahun.

Dia mempelajari ilmu tentang sukan golf ini daripada rakan kepada Nadiah yang berusia 50 tahun dan mempunyai pengalaman bermain golf selama 30 tahun.

"Saya masih lagi baru dalam sukan golf ni, mula belajar bermain sejak Julai lalu. Alhamdulillah semakin hari semakin banyak perkara yang saya dapat belajar.

"Selalunya saya akan main golf di MST Bukit Jelutong, Bukit Raja Klang dan Range Puncak Alam. Untuk Bukit Raja dan Bukit Jelutong mereka caj RM10 untuk 100 biji bola, manakala di Range Puncak Alam pula RM10 untuk 80 biji bola.

"Mula-mula main dulu saya berdua je dengan housemate tapi lepas tu kami belajar dengan kawan dia yang saya panggil Abang Jaslan. Dia ajar cara grip kayu golf, berdiri, swingetiquette golf dan Abang Jaslan jugalah yang bagi pinjam golf set untuk berlatih.

IMG_9802

Lissa (gambar kanan) mula bermain golf dengan rakan-rakannya sejak Julai lalu.

"Rasa malu tu memang ada sebab kiri kanan semua orang boleh pukul elok je, bila tiba giliran saya pukul mesti ada yang tak kena. Bola tak pergilah, bola melelonglah.

"Tapi bila dah banyak kali pergi driving range, saya dah tak rasa tak kekok atau malu sebab situ adalah tempat untuk kita berlatih. Jadi tak perlu pun rasa malu, Dari kesilapanlah kita belajar untuk perbaiki diri," katanya yang bekerja sebagai penganalisis sumber manusia di sebuah syarikat di Rawang.

Anak sulung daripada tiga beradik ini berkata sukan golf ini agak mencabar dari segi mental kerana setiap kali pemainannya adalah berbeza.

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, setiap pukulan juga perlu dirancang dengan teliti kerana ia akan menentukan pergerakan bola tersebut.

"Golf merupakan sukan yang memberi cabaran berbeza dalam setiap permainan dan lapangan, setiap course yang kita main cabarannya berbeza-beza. Tetapi golf adalah sukan yang sangat mencabar mental kita

"Sebab kalau bermain di padang golf, cuaca tak selalunya indah. Kadang panas terik, kadang hujan dan boleh buat orang hilang fokus.

"Setiap pukulan dalam golf ni memerlukan 110 peratus fokus, tak sama macam sukan lain. Sebab golf cuma ada satu shot sahaja and every shot counts.

Sebenarnya saya pun ni bukanlah aktif mana, tapi bersukan demi kesihatan.

IMAN LISSA SHAFIQA ZAINAL ARIFF

"Tapi yang menjadi cabaran utama ialah jika tersilap sedikit sahaja ia akan mempengaruhi keseluruhan permainan kita. Masa mula-mula main golf tu rasa sakit bahu, jari dan tangan kanan melecet. Tapi semua itu normal pada peringkat awal, lama-lama akan okay," ujarnya.

Lissa juga mengakui bahawa dia bukanlah seorang yang minat bersukan, tetapi lebih kepada mahu menjaga kesihatan.

Bagaimanapun, gadis ini berharap lebih ramai golongan muda terutama kaum hawa untuk menjadikan golf sebagai salah satu aktivit riadah mereka.

"Sebenarnya saya pun ni bukanlah aktif mana, tapi bersukan demi kesihatan. Jika ada masa terluang terutamanya di hujung minggu, saya akan buat aktiviti fizikal seperti bermain golf, berbasikal, mendaki bukit atau joging.

IMG_9806

Selain golf, Lissa juga suka melalukan aktiviti lain seperti mendaki bukit dan berbasikal.

"Saya sangat menggalakkan masyarakat di luar sana untuk mencuba sukan golf ni terutama sekali golongan wanita. Sebab golf tak sesusah yang disangka kalau kita gunakan teknik yang betul.

"Tapi pastikan ada orang yang pandai untuk mengajar ya! Sebab golf is about technique, strategy and etiquette," katanya.

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung