Nuffnang

Monday, November 1, 2021

Perghh !! Polis tahan suspek kes rogol, bunuh adik ipar

 


Gambar hiasan
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis menahan seorang pemotong kelapa sawit selepas disyaki tergamak merogol dan membunuh adik iparnya yang berusia 17 tahun di Kampung Bunut Susu, Pasir Mas dekat sini kelmarin.

Lelaki yang berusia 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota polis di pos keselamatan Sekolah Kebangsaan Bakong, Pasir Mas kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin sebelum bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Menurut, hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini pada pukul 8.45 pagi semalam, mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat lemas udara.

“Selain itu, hasil pemeriksaan pada bahagian badan mangsa mendapati ada kesan luka pada muka, tengkok dan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Selain itu, terdapat kesan calar pada bahagian bahu kiri bahagian belakang dipercayai berpunca daripada cakaran kuku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shafien berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 6 November depan untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -K! ONLINE

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung