Nuffnang

Thursday, February 10, 2022

Tudia Ambil Kau !!! Lelaki terima padah kurang ajar dengan petinju Muay Thai wanita

 

TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika Pareploy bergaduh dengan seorang lelaki yang menyimbah bir pada badannya. - Facebook


BANGKOK – Sebuah video tular di media sosial Thailand memaparkan pergaduhan seorang petinju wanita yang berang disimbah bir oleh seorang lelaki kerana enggan minum dengannya, lapor akhbar Bangkok post.

Pergaduhan di tepi jalan itu dirakam oleh kamera dan video tersebut dikongsikan secara meluas di media sosial semalam.

Pareploy Saeaia, 24, menyiarkan video itu di laman Facebooknya dan menulis bahawa dia sedang makan malam di daerah Huai Kwang, Bangkok ketika kejadian berlaku.

Ads by Kiosked

Seorang lelaki bertindak menghampirinya dan meminta untuk melagakan gelas tetapi wanita itu menolak.

Kira-kira lima minit kemudian, lelaki itu datang lalu menyimbah bir ke seluruh badan Pareploy semasa dia sedang makan lalu pergaduhan bermula di tepi jalan.

“Jika ini berlaku kepada wanita lain, mereka mungkin memilih untuk tidak bertindak balas. Lelaki itu memilih orang yang salah kerana saya seorang petinju,’’ tulis Pareploy.

Aduan telah difailkan terhadap lelaki terbabit kepada polis Huai Kwang, tambahnya.

Menerusi video yang tular itu, Pareploy dilihat menumbuk dan menendang lelaki itu serta menyumpahnya. Walaupun lelaki itu tidak melawan, dia tidak meminta maaf atas perbuatannya.

Semalam, kedua-duanya menyelesaikan kes itu di balai polis dengan permohonan maaf dan membayar denda sebanyak 1,000 baht (RM127.19) setiap seorang.

Ads by Kiosked

Menurut laporan media, Pareploy menjadi petinju profesional muay Thai sejak usia muda.  Wanita itu turut memenangi beberapa pingat di peringkat kebangsaan sejak 2013. 

Dia kini bekerja sebagai jurulatih tinju. Disebabkan kejadian tersebut, lelaki itu dipecat daripada bekerja di sebuah hotel. – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung