Nuffnang

Monday, March 14, 2022

Tudia !!! Dua maut diserang unta naik minyak

 


SEEKOR unta di Shirley Farms, Daerah Obion, Tennessee terlepas pada petang Khamis lalu dan mula menyerang beberapa orang di kawasan kejadian sehingga membunuh dua lelaki. - The Pumpkin Barn, LLC


OBION, TENNESSEE – Dua lelaki di negeri Tennessee, Amerika Syarikat terbunuh selepas seekor unta di sebuah zoo dilaporkan mengamuk dalam kejadian yang berlaku pada petang Khamis lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pejabat Sherif Daerah Obion memaklumkan telah menerima laporan mengenai seekor unta yang melarikan diri dan menyerang orang ramai di Shirley Farms di Obion.

Menerusi audio yang diperoleh program berita CBS News, dua panggilan kecemasan telah dibuat berhubung serangan oleh seekor unta.

ADVERTISING

Sejurus pegawai tiba di tempat kejadian, dua mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dalam masa sama, unta berkenaan masih terlepas.

Haiwan itu kemudian ditangkap untuk menjamin keselamatan orang awam di kawasan kejadian, kata pihak berkuasa.

Menurut seorang wartawan dari News Channel 5, Nick Beres, dia diberitahu oleh ahli keluarga kepada salah seorang mangsa bahawa mereka cuba membantu menangkap haiwan itu tetapi gagal.

“Seekor unta dewasa boleh memuatkan kepala, lengan, kaki atau badan anda di dalam mulutnya.

“Haiwan itu cukup kuat untuk menyerang tangan dan kaki manusia lalu menendang ke depan dan belakang. Unta akan melakukan gabungan aksi itu sambil melutut untuk memijak anda,’’ jelas seorang pakar unta kepada Beres.  – Agensi

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung