Nuffnang

Thursday, May 12, 2022

Perghh !!! Buaya baham budak 3 tahun mati dibunuh penduduk

 

PENDUDUK di Asembo Timur di Rarieda menangkap seekor buaya gergasi kerana membaham seorang budak lelaki sehingga maut. - Isaiah Gwengi

NAIROBI, Kenya – Seekor buaya sepanjang kira-kira 5.2 meter mati dibunuh penduduk setempat di Kenya selepas membaham seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan mangsa terkorban, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu ketika kejadian sedang mengunjungi sebuah tasik bersama keluarganya ketika haiwan pemangsa itu menerkamnya di hadapan ibunya.

Budak lelaki yang terkorban itu adalah antara tiga kanak-kanak yang menemani ibu mereka ke tasik berkenaan untuk mengambil air ketika buaya itu menyerang. 

Ads by Kiosked

Kejadian ngeri itu mengejutkan penduduk di kawasan kejiranan tempatan. 

Justeru, sekumpulan penduduk setempat yang tinggal di Rarieda, dalam daerah Siaya membuat perancangan untuk menangkap buaya tersebut pada 7 Mei lalu.

Sebuah perangkap yang dipasang di Tasik Victoria akhirnya berjaya memerangkap buaya berkenaan. 

Setelah termakan umpan, penduduk kemudian menetak badan buaya itu menggunakan kapak, lapor akhbar Mirror UK. – Agensi 

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung