Pergi ‘blah’ dengan kau punya halal! Wanita rembat pesanan Foodpanda di hospital, kantoi nikmati makanan curi dengan mak sedang sakit di wad
LAZIMNYA, berita atau perkongsian di media sosial memaparkan majoriti mereka yang bergelar scammer menggunakan pelbagai modus operandi untuk memperdaya mangsa secara dalam talian (online).
Namun, tidak bermakna golongan scammer ini tidak wujud di persekitaran keliling kita.
Baru-baru seorang individu berkongsi kisah bagaimana seorang scammer wanita begitu licik dan berani 'membuat kerja' di sebuah hospital di Perak.
Bukan wang, tetapi wanita berkenaan mencuri makanan kepunyaan individu lain yang dipesan menerusi servis penghantaran makanan!
"Modus operandi, ambil makanan Foodpanda. Mangsa order makanan daripada Foodpanda. Apabila rider sampai hospital, scammer dah tunggu siap-siap dekat depan tempat delivery dan cubaan mengaku sebagai pemesan makanan yang mana bayaran sudah dibuat secara online.
Perkongsian oleh seorang individu di Facebook mengenai tindakan seorang 'scammer' makanan di sebuah hospital di Perak.
"Apabila mangsa turun nak ambil makanan, rider dah blah. Mangsa call rider, rider maklumkan sudah ada penerima dan mengaku sebagai nama pengorder," kongsinya menerusi satu hantaran di Facebook.
Menurutnya, situasi tersebut secara tidak langsung membuatkan rider berasa serba salah kerana makanan yang sepatutnya diterima individu lain telah diserahkan kepada pihak yang salah.
Dalam kejadian yang berlaku pada pagi Ahad lalu, makanan yang dipesan oleh mangsa menerusi Foodpanda bernilai lebih daripada RM100.
Tangkap layar (screenshot) senarai pesanan daripada sistem Foodpanda yang dibuat mangsa.
"Bila cari satu hospital menerusi info dari rider, pengawal keselematan mengenai ciri orang yang mengambil makanan, akhirnya jumpa dalam wad.
"Siap dah makan makanan dengan muka tak bersalah. Dan perkataan amat kurang ajar, tak ada... sama naik pesakit dan penjaganya. Tak ada minta maaf.
"Ayat terakhir dari scammer 'pergi blah dengan kau punya halal'. Baki makanan ada empat bungkus lagi letak kat lantai," ceritanya.
Siapa yang kenal budak tu tolong nasihat sikit. Nak suruh mak cepat sihat, buat perangai elok-elok skit. Jangan lupa nasihatkan mak tu sama.
NETIZEN
Menurut individu tersebut lagi, dia terpanggil untuk membuat perkongsian di laman sosial kerana tidak mahu pihak lain turut menjadi mangsa, di samping mahu menegur adab 'scammer' tersebut.
"Bukan soal duit tapi nilai kita agama dan bangsa. Kita ada adab sopan... perempuan pula tu. Hati-hati rider-rider semua," kongsinya lagi.
Sementara itu ruangan komen 'meriah' dengan kecaman netizen yang rata-ratanya menyifatkan si pelaku mencemarkan imej seorang wanita bertudung.
Antara komen netizen yang mengecam tindakan 'scammer' wanita berkenaan.
"Muka tak tahu malu. Sanggup makan makanan hak orang, kalau tuan empunya badan cakap tak halal, tanggunglah! Benda nak jadi darah daging.
"Mak aku warded pun aku serba salah nak makan makanan dia. Yang ini pula selamba saja makan makanan orang order dari luar. Cara makan dengan kaki kat atas pula tu.
"Siapa yang kenal budak tu tolong nasihat sikit. Nak suruh mak cepat sihat, buat perangai elok-elok skit. Jangan lupa nasihatkan mak tu sama," demikian antara komen netizen.