Nuffnang

Monday, September 12, 2022

Juruterbang helikopter hilang dipercayai warga Hong Kong

 email sharing button

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) helikopter jenis Eurocopter EC120B akan diteruskan 8 pagi esok, memandangkan faktor cuaca tidak mengizinkan dan menentu sejak petang hingga ke malam ini.

PETALING JAYA: Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dekat Bidor hari ini adalah seorang warga Hong Kong yang sedang dalam proses untuk menjual pesawat itu, menurut sumber industri.

“Kami mengenalinya sebagai seorang juruterbang helikopter yang penuh bersemangat dan merancang untuk mencari kerja di Malaysia.

“Cukup misteri bagaimana helikopter itu turun mendadak sedangkan beliau seorang juruterbang yang cekap,” kata satu sumber.

Setakat ini pihak berkuasa masih belum mengumumkan identiti juruterbang berkenaan kerana nasibnya belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun tular di media sosial gambar seseorang yang sedang memegang sijil penerbangan.

Belum dapat dipastikan sama ada helikopter terbabit terhempas atau mendarat cemas.

Bernama melaporkan sistem radar Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) merekodkan kehilangan ketinggian mendadak oleh helikopter membawa seorang juruterbang yang terputus hubungan sebelum dilaporkan hilang di kawasan hutan sekitar Bidor.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Kapten Chester Voo berkata pegawai kawalan trafik udara cuba menghubungi juruterbang walau bagaimanapun tiada panggilan kecemasan dibuat.

“Semakan daripada bacaan radar menunjukkan kehilangan ketinggian yang besar dalam masa kurang daripada satu minit,” katanya.

Helikopter jenis Eurocopter EC120B itu terputus hubungan kira-kira 12.16 tengah hari tadi, dengan lokasi terakhir dilaporkan di sekitar kawasan hutan dekat Bidor.

Helikopter itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang, pada jam 11.37 pagi.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang juruterbang bersama helikopter yang terputus hubungan dengan KLATCC sebelum dilaporkan hilang di kawasan Bidor sejak petang tadi, dihentikan sementara malam ini, lapor Bernama.

Ketua Polis Perak Mohd Yusri Hassan Basri berkata operasi akan diteruskan pada pukul 8 pagi esok, memandangkan faktor cuaca tidak mengizinkan dan menentu sejak petang hingga ke malam ini.

Beliau berkata bagi tujuan SAR dan memantau perkembangan kes tersebut, sebuah Bilik Gerakan Operasi dibuka di Balai Polis Bidor, dengan kekuatan keseluruhan seramai 11 pegawai dan 68 anggota terdiri daripada pasukan polis, termasuk unit udara dan Pasukan Gerakan Am serta Jabatan Bomba dan Penyelamat selain Jabatan Perhutanan.

“Helikopter telah diterbangkan pada pukul 4 petang bagi atur gerak tugas pencarian di kawasan sempadan Hilir Perak

“Kita menerima maklumat orang ramai terdengar letupan di Jeram Mengkuang dan ada yang katakan helikopter terbang rendah di kawasan Kampung Kenangan, jadi Pusat Kawalan Tempat Kejadian akan didirikan esok pagi di kawasan pencarian.

“Setakat ini kita tumpukan koordinat diberikan di Hutan Simpan Chikus dan kawasan yang diberikan maklumat oleh orang ramai. Pasukan SAR akan ‘narrow down’ kawasan pencarian pada esok hari,” katanya pada sidang media di Balai Polis Bidor di sini kira-kira 70 kilometer dari Ipoh malam ini.

Katanya identiti mangsa belum dapat dikenal pasti namun berdasarkan maklumat CAAM, hanya seorang juruterbang terlibat dan tiada penumpang yang dibawa menaiki penerbangan helikopter itu.

Difahamkan, juruterbang tersebut bukan warganegara Malaysia dan helikopter itu dipunyai seorang tokoh kenamaan bergelar Datuk.FMT

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung