Nuffnang

Tuesday, September 13, 2022

Hanya satu peratus watak Muslim ditampilkan dalam rancangan televisyen

 

PELAKON Zainab (MaameYaa Boafo) dan Ramy (Ramy Youssef) muncul dalam siri drama televisyen AS, Ramy. - CNN
Share on telegram

WASHINGTON – Satu kajian mendapati bahawa umat Islam yang membentuk satu perempat penduduk dunia, kurang membuat penampilan di kaca televisyen bahkan sekiranya muncul, mereka digambarkan sebagai stereotaip dan cetek, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Dalam kajian tersebut, pasukan penyelidik Sekolah Komunikasi dan Kewartawanan Universiti Southern California menganalisis lebih 200 siri televisyen yang disiarkan antara 2018 hingga 2019, bertujuan untuk memahami bagaimana orang Islam digambarkan dalam rancangan popular.

Mereka mendapati hanya satu peratus daripada watak yang bercakap adalah Muslim, walaupun 25 peratus penduduk dunia beragama Islam.

Daripada keseluruhan 200 siri televisyen, hanya 12 watak utama beragama Islam. Tujuh daripada watak utama Muslim adalah pelaku atau mangsa keganasan fizikal yang merupakan sebahagian daripada stereotaip yang berleluasa terhadap watak Muslim, demikian menurut penyelidik.

Kajian itu memberi tumpuan kepada siri episod berskrip dari Amerika Syarikat (AS), Britain, Australia dan New Zealand. 

Sekitar 87 peratus daripada rancangan yang dikaji tidak memasukkan walaupun satu watak Muslim yang bercakap.

Umat Islam yang digambarkan adalah cenderung ke arah stereotaip dan tidak mempunyai kepelbagaian yang mencirikan populasi Islam sebenar, jelas kajian itu.

Lebih separuh daripada watak Islam adalah lelaki dan kebanyakan mereka adalah dari Asia Barat. 

Orang Islam cenderung untuk digambarkan sebagai ‘asing’, bercakap bahasa Inggeris dengan aksen atau tidak menggunakan bahasa Inggeris sama sekali. 

Hampir satu pertiga daripada watak Islam bertindak ganas terhadap watak lain dan 40 peratus menjadi sasaran keganasan.

Wanita Islam pula cenderung digambarkan sebagai ‘takut dan terancam’. Mereka kebanyakannya ditampilkan sebagai mangsa ancaman dan keganasan. – AGENSI

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung