Nuffnang

Wednesday, September 14, 2022

Tudia !!! Berang dipatuk, lelaki gigit ular tedung hingga mati

 

Salim melilit ular tedung tersebut pada lehernya sambil berarak di sekitar bandar. – Daily Star

Berang dipatuk, lelaki gigit ular tedung hingga mati

Share on facebook
 
Share on twitter
 
Share on whatsapp
 
Share on email
 
Share on telegram

NEW DELHI – Seorang petani di India membalas dendam terhadap seekor ular tedung yang mematuknya dengan cara menggigit reptilia berbisa  itu sehingga mati, lapor akhbar Daily Star semalam.

Dalam kejadian pada 6 September lalu, petani bernama Salim Khan dilaporkan sedang bekerja di kawasan sawah padi berhampiran sebuah kampung di wilayah Bengal.

Penduduk tempatan berkata, lelaki itu mengumpul rumput untuk memberi makan kepada lembu peliharaannya apabila dia tiba-tiba dipatuk seekor ular tedung.

Salim dipatuk pada bahagian kaki, menyebabkan dia nekad membalas dendam terhadap repitilia berbisa itu.

Tidak seperti kebanyakan orang lain yang melarikan diri sekiranya insiden tersebut berlaku, Salim bertindak menggigit ular tedung itu sehingga ia mati.

Lelaki itu kemudian berarak di sekitar kejiranannya bersama bangkai haiwan itu yang dililit di  leher. Dia bangga kerana dapat membunuh ular yang menyerangnya.

Menurut Salim, dia sedikit pun tidak berasa sakit selepas dipatuk ular tedung itu.

“Kami melihat Salim menunggang basikal bersama seekor ular tedung yang dililit di sekeliling lehernya. Ia amat menakutkan,” kata seorangs saksi kepada laman berita Sambad English.

Menurut Sambad English, Salim mendakwa bahawa dia berjaya menghapuskan bisa ular menggunakan ilmu sihir. – Agensi 

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung