Nuffnang

Sunday, October 9, 2022

Perghhh !!! Ramai ‘cair’ lihat rupa paras pembuat rugs viral, siapa sangka orang UK pun nak beli Rugs dia..


Buat duit dengan hobi suka-suka, siapa sangka orang UK pun nak beli... Ramai ‘cair’ lihat rupa paras pembuat rugs viral

Arif mula menghasilkan rugs ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

REZEKI tidak pernah salah alamat.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai kisah seorang jejaka apabila dia meraih pendapatan sampingan dengan penghasilan karpet hiasan (rugs) sejak setahun lalu.

Menurut Arif Ed, 27, walaupun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni, namun dia mula jatuh cinta dengan kraf itu ekoran kelapangan masa ketika pandemik Covid-19.

"Ianya bermula sebagai hobi ketika pandemik. Saya mula buat rugs pada tahun 2021. Pada waktu itu, saya bosan sebab tak boleh keluar. Layan YouTube pun dah bosan.

"Kemudiannya saya tonton video dari Amerika Syarikat (AS), saya rasa tertarik untuk buat rugs. Jadi saya beli peralatan dan mula belajar sendiri secara online.

"Masa awal-awal, hasilnya tak cantik. Tapi saya teruskan latihan sehinggalah hasil makin baik. Pada waktu itu memang tiada permintaan pelanggan, saya sekadar buat saja," ujarnya.

arig65

Arif turut menerima tempahan dari UK.

Tambah Arif, dia bagaimanapun terharu apabila seorang rakan menjadi pelanggan pertamanya, sekali gus menjadi titik tolak untuk dia berkecimpung dengan lebih serius.

Dalam tempoh setahun ini, Arif berjaya mengumpul pelanggan tersendiri dari dalam Malaysia sehinggalah ke United Kingdom (UK).

"Modal untuk beli peralatan dan bahan dalam RM3,000 ke RM5,000. Bermula dengan tempahan kawan, maka ia semakin berkembang. Sekarang, saya juga ada pelanggan dari UK.

Sekarang saya beroperasi dari rumah. Lepas ni mungkin nak ada bengkel sendiri.

ARIF

"Harga pula bergantung pada saiz. Ada yang saya buat RM80, yang paling mahal pernah dijual setakat ini adalah RM1,200. Dari segi rekaan pula, semuanya mengikut permintaan pelanggan," ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Arif berkata dia terpaksa mencuri masa untuk menyelesaikan permintaan pelanggan kerana dia mempunyai pekerjaan hakiki.

Arif bagaimanapun tidak menolak rezeki seandainya perniagaan itu dapat dikembangkan lagi dalam skala besar sehingga menjadi sumber pendapatan utamanya suatu masa nanti.

arif4

Kata Arif, dia berdepan cabaran untuk membahagikan masa antara kerjaya dan bisnes.

"Sehingga saat ini, pembuatan rugs ini dibuat secara sampingan saja. Saya ada kerja hakiki, bermula 9 pagi hingga 5 petang. Saya bekerja dalam bahagian salesbusiness development

"Jadi biasanya saya akan uruskan permintaan pelanggan pada waktu malam. Jadual tidur saya pun dah berubah. Sejujurnya agak susah untuk bahagikan masa sebaiknya.

"Tapi saya gembira dengan sambutan buat masa ini. Sekarang saya beroperasi dari rumah. Lepas ni mungkin nak ada bengkel sendiri," ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

arif2

Anak jati KL ini memasang impian untuk pergi lebih jauh dalam bidang kreatif itu.

Dalam pada itu, Arif turut terharu apabila video penghasilan rugs yang dikongsi ke TikTok meraih perhatian ramai sehingga menerima ribuan tontonan.

Menelusuri ruangan komen, segelintir netizen turut memuji rupa paras Arif dengan pelbagai komen usikan terhadapnya.

"Bro is also part of the arts.

"Cute guy and cute rug.

"The artist is the art," tulis beberapa netizen.

arif3

Arif terharu menerima sokongan ramai menerusi perkongsian video di TikTok.

Diajukan mengenai hal itu, Arif berkata dia peka dengan komen-komen yang ditulis namun menganggap ia sebagai usikan semata-mata.

"Sebenarnya saya baru buat TikTok tiga bulan lepas. Selepas video viral, saya ada dapat beberapa pelanggan daripada TikTok. Sebelum ini saya hanya buat di Instagram saja.

"Sejujurnya saya buat video sebab nak tunjuk proses penghasilan rugs. Saya tiada niat nak jual. Tapi tak sangka ada orang nak beli.

"Saya juga ada tengok komen-komen dalam video TikTok. Semua komen baik-baik termasuk pujian saya terima seadanya. Terima kasih semua atas sokongan anda.

"Kalau minat nak buat rugs juga, boleh cuba. Saya dulu pun cuba buat saja. Boleh mulakan secara kecil-kecilan. Kita tak akan tahu selagi tak cuba," ujarnya lagi.


No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung