Nuffnang

Saturday, October 8, 2022

Robot anjing China jalani latihan ketenteraan, lengkap dengan mesingan

 

Robot ini dilengkapi dengan mesingan ringan yang boleh melepaskan 650 das tembakan seminit. - Weibo


BEIJING – Satu rakaman video mengejutkan telah didedahkan oleh kontraktor pertahanan China yang memaparkan robot anjing menggunakan mesingan sedang diangkut menggunakan dron, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Rakaman itu dimuat naik di  laman web blog mikro China,  Weibo dan menunjukkan dron menghampiri atas sebuah bumbung sambil mengangkut sebuah robot anjing bersenjata.

Dron itu meletakkan robot itu di atas bumbung berkenaan sebelum mesin ‘robodog’ itu mula bergerak dan meneroka lokasi baharunya.

Rekaan itu dipercayai dilengkapi mesingan ringan QBB-97 buatan China yang dipasang pada belakangnya, demikian menurut laporan oleh The War Zone.

Tiada pengesahan sama ada klip itu berasal daripada  latihan ketenteraan China. 

Ia  dimuat naik oleh akaun Weibo yang disahkan, ‘Kestrel Defense Blood-Wing’ iaitu  syarikat yang dipercayai mempunyai kerjasama secara langsung dengan syarikat China, Kestrel Defense.

“Dron tugas berat Red Wing Forward menghantar robot anjing tempur yang melancarkan serangan mengejut atau boleh diletakkan di atas bumbung sebagai pengawal.

“Tentera darat boleh menggunakan robot ini untuk melakukan serangan penyepit tiga dimensi ke atas musuh di dalam bangunan,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

Menurut The War Zone, mesingan di belakang robot anjing itu boleh menembak sehingga 650 das tembakan seminit. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung