Nuffnang

Thursday, January 19, 2023

Petani jana pendapatan RM130,879 sebulan jual air mani kerbau

 

Air mani Big Billion akan dijual kepada penternak kerbau untuk melahirkan generasi baharu. - NaewNa


BANGKOK – Seorang petani di Thailand menjana pendapatan bulanan mencecah 1 juta baht (RM130,879) dengan menjual air mani kerbau, lapor laman berita Thaiger semalam.

Penternak kerbau air di seluruh Thailand menawarkan bayaran tinggi untuk air mani ‘Big Billion’ iaitu seekor kerbau air jantan berharga 30 juta baht (RM3.9 juta).

Mereka menggunakan kaedah permanian berhadas menggunakan air mani Big Billion ke dalam kerbau betina dengan harapan untuk melahirkan generasi kerbau baharu yang boleh dijual mahal seperti induknya.

Pemilik Big Billion, Mongkol Mongphet berkata, selain kerbau itu menjana banyak pendapatan menerusi jualan air maninya, ia juga merupakan seekor haiwan ladang yang bekerja.

Jelas Mongkol, kerbau itu diibaratkan seperti sebuah traktor tanpa kos. Najisnya digunakan sebagai baja untuk menyuburkan padi  dan tanaman lain tanpa menggunakan bahan kimia yang mahal dan tidak sihat.

Dalam pada itu, kerbau tersebut juga dibesarkan untuk kecantikan dan kekuatannya serta  bersaing dalam pertandingan kebangsaan. 

Pemenang akan menjual kerbaunya melalui lelongan pada harga berjuta-juta baht.

Terdapat lebih daripada 20 ekor kerbau di ladang ternakan Mongkol, tetapi Big Billion adalah ‘wira’, katanya. – Agensi

No comments:

Posting Terbaik Minggu Ini

Sila Like Blog Apa Khabar Orang Kampung

Follow twitter

Harga Minyak dan Logam Dunia

Sahabat Ku... Tanpa Mereka Siapalah Media Orang Kampung